Salam dears… Anak kembar tiga, jadi semua benda pun ganda tiga. Masa si kembar ni masih bayi, sekali nak beli baby toys kena beli tiga yang sama, atau yang lebih kurang sama. Mainan budak budak masa baby, agak mahal juga sebenarnya. Ye lah, nak mainan yang sesuai dan selamat untuk bayi ni biasanya elok beli yang berjenama macam Fisher-Price tu ke kan.
So nak berjimat punya pasal, Mama Ayah selalu gak beli second hand atau preloved baby toys untuk si kembar. Ehh sampai sekarang pun sebenarnya kitorang masih dok beli mainan terpakai untuk si kembar ni hehe
Cumanya yang Mama ingat, masa si kembar ni kecil kecil dulu, nak cari satu laman web yang mengumpulkan barang barang preloved daripada ramai seller dalam satu website je memang susah lah. Masa tu kalau nak beli online, biasanya kitorang beli melalui forum atau pun blog je lah.

Tapi sekarang ni, dah makin mudah kalau nak jual atau beli barangan terpakai tau, sebab boleh guna Carousell. Ehh apa tu Carousell? Haaa meh nak cerita meh…
Jual Beli Barangan Preloved dan Baby Toys di Carousell
Korang pernah dengar pasal Carousell? Mama pernah laa dengar, pernah ternampak iklan pasal Carousell tapi sebelum ni tak ambil peduli sangat pun. Tapi bila terbaca kat blog Diya Nadia tentang Carousell ni, ehh macam menarik juga lah. So aii pun usha usha lah website tu.
Daripada apa yang Mama nampak, ada beberapa sebab yang menjadikan Carousell ni tempat yang sesuai untuk jual beli barangan terpakai, secondhand atau preloved, termasuklah:
1. Pelbagai barangan dan banyak pilihan – macam macam ada kat Carousell ni daripada mainan, pakaian, baby toys, perkakas dapur, home & lifestyle, benda benda hobi dan banyak lagi lah. Ada barang baru dan ada barangan terpakai atau preloved, pilih je lah nak yang mana. Ikut selera dan ikut poket sendiri hehehe

Ada banyak pilihan baby toys kat sini, ada yang baru dan juga preloved
2. Harga yang berpatutan – barangan preloved tentulah dijual pada harga yang berpatutan kan. Kena pandai pandai laa search dan tengok keadaan barang tu macam mana, InsyaAllah dapat yang elok dan boleh laa berjimat di zaman GST ni kan 😉
3. Mudah digunakan – laman web yang mesra pengguna dan mudah digunakan. Nak muat turun aplikasi mobile app pun ok gak, boleh laa bershopping dimana saja anda berada, asalkan ada data internet lah kan hehe.
4. Barang disusun mengikut kategori dan juga Groups – lebih senang nak jual atau beli barang mengikut kategori barang tu. Dan juga ada Group khas untuk orang yang nak cari dan jual benda tertentu. Contohnya kalau nak jual beli keychains, maka join lah Group Keychain Collectors. Kalau nak beli barang untuk anak lelaki, boleh usha Group untuk Baby Boy.

Ada macam macam Group mengikut minat masing masing lah kot ni
5. Boleh berinteraksi dengan penjual – ada button ‘Chat With Seller’, jadi pembeli boleh laa nak berinteraksi dengan penjual dan tanya apa nak tanya ke kan sebelum membeli.

Murah! Nampak elok kan walaupun preloved. Kalau beli yang baru mau seratus lebih harganya ni.
6. Penghantaran secara Meet Up atau pos – kat situ pembeli boleh pilih samada nak barang dihantar secara Meet Up atau di pos. Seller akan tulis kalau Meet Up, kawasan mana yang diorang boleh cover. Kalau korang ni jenis yang tak yakin nak buat bayaran secara online, maka boleh laa jumpa dan buat bayaran secara tunai kan?
Sebenarnya barang mainan si kembar ni dulu dah banyak Mama bagi kat orang. Tapi ada laa ‘motor rempit’ kesayangan diorang yang masih ada di rumah ni haa. Dok kumpul habuk kat atas almari je. Sayang punya pasal, simpan sampai sekarang. Kalau jual kat Carousell pun bagus gak kan? Boleh dapat duit sikit, beli benda lain plak untuk si kembar ni.

‘Motor rempit’ si kembar masa kecil dulu, dok kumpul habuk je ni huhu
Hmm ok lah pasni nak cuci mainan tu kasi lawa, pastu post kat Carousell je. Lagipun…boleh gak bagi peluang ibubapa lain beli mainan murah untuk anak anak diorang kan? Kira macam win win situation, membantu sesama komuniti sendiri. Kalau korang pun ada benda nak beli atau jual, cuba lah usha kat Carousell gak, mana tau ada yang berkenan dihati dan sesuai dengan bajet, ye dak?
Website: Carousell
Facebook: Carousell.my
6,591 total views, 1 views today





Seronoknya tgk barang baby.. Toys baby oun comel2 jew.. Doakan yanie merasa gak beli utk anak sendiri ye..
InsyaAllah. Kot kot rezeki Yanie nanti dapat anak kembar gak, Aaminn
Nak download la app carousell ni , ldg brg preloves ni pun ok lagi .. then dpt berjimat cermat
Selagi boleh berjimat, why not kan
Dah tengok memang harga mampu beli laa…
Nak usha lagi nanti
Kan..harga ok
Wow, berita baik nie. Harus kena singgah.
Sila sila 🙂
Kena download nie. Bolehlah berjimat sikit.
Sila sila 🙂
Alahai akak…entry ni sangat berbahaya untuk saya yang suka beli toys tuk anak bertuah tu…habislah
..haha
hahaha beli murah murah takpa hehe