Salam dears… Saja Mama nak kongsikan video ni kat sini, sebab Mama rasa ianya satu nasihat yang bagus dan sesuai dengan situasi sekarang untuk kita sebagai umat Islam.
Ni Mama tuliskan untuk korang yang malas nak tonton the video 😊
1. Jangan panik kerana panik boleh mendatangkan keburukan.
2. Still be prepared. Walaupun jangan panik, tapi tetap bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan. Ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan diri sendiri dan orang lain daripada dijangkiti. Ikut nasihat health officials, basuh tangan, avoid mass gathering, abstaining from unnecessary travel, pakai facemask kalau tak sihat.
3. Self isolation & quarantine. Jangan pergi tempat wabak, jangan keluar dari tempat wabak. Kalau sakit atau bergejala, jangan pergi solat di masjid pun. In Islam, preventing harm takes precedence over any benefit.
4. Spiritual protection. Amalkan doa yang berkaitan untuk lindungi diri.
5. Yakin dengan Allah. Segalanya berlaku atas kehendak Allah. Berdoa dan mohonlah agar Allah melindungi kita semua, semoga wabak ni cepat berakhir dan keadaan kembali seperti biasa.
Sama sama lah kita doakan yang terbaik untuk kita semua 😊
3,561 total views, 6 views today
Leave a Reply