Salam dears… Minggu lepas Mama asyik balik kerja lewat. Dok singgah makan kat kedai je lepas kerja, sampaikan tak sedar barang dapur dah habis! Malam Jumaat tu baru perasan, ehh peti ais dah kosong! Adehhh dah laa nak puasa, nak pergi beli barang plak dah tak sempat. Nasib baik lah teringat hari tu ada nampak kat Instagram Faizal Fredly pasal dia beli barang dapur online di HonestBee. Sepantas kilat Mama skodeng website tu dan terus order! Haaa main klik klik je wehhh beli barang dapur, bijak tak aii? Hehehe 😉

Pagi confirm order, petang barang dah sampai, terbaik!
Beli Barang Dapur Online di HonestBee
Korang yang biasa baca blog Mama mesti perasan yang Mama ni memang ‘kaki shopping online’. Tapi entah kenapa Mama tak pernah terfikir nak beli barang dapur online. Biasanya penat macam mana pun, balik kerja singgah gak kat kedai untuk membeli.
Kadang tu kan letih sangat sampai rasa macam jalan seret seret kaki jer, tapi sebab memikirkan kalau tak beli nanti tak ada benda nak makan kat rumah, maka ku gagahkan jua huhu. Tapi…ni sekarang ni dah tahu boleh beli barang dapur online di HonestBee, serius terasa awat laa aku tak guna HonestBee ni dari dulu lagi?? Adehh…

Semua ni order dari HonestBee je. Sardin kegemaran si kembar opkos kena ada hehe

Segar! Puas hati sangat dengan barang yang dipilih oleh concierge HonestBee ni
Kenapa Nak Membeli Belah di HonestBee?
Bila cakap pasal makanan dan barang dapur, Mama pentingkan bahan mentah/bahan basah yang segar dan kalau barang dapur kering, tarikh luput tu mesti lama lagi. Ye lah kadang tu kita beli buat stok, bukannya nak terus masak kan? Sebab tu lah Mama rasa best guna HonestBee ni, sebab salah satu benda yang kita boleh buat ialah bagi arahan macam mana kondisi barang yang kita nak tu. Ehh sambil tu meh laa nak cerita apa lagi sebab kenapa Mama suka beli barang dapur online di HonestBee ni…
1. Mudah, jimat masa dan tenaga. Tak perlu nak bersusah payah keluar ke kedai, boleh order online dari ofis ka rumah sendiri ka rumah jiran sebelah pun boleh, tapi mintak kebenaran dulu lah yer hehe. Kalau muat turun mobile app, sambil dalam LRT ka komuter ka dalam kereta masa sangkut dalam jammed pun boleh beli barang dapur.
2. Pelbagai pilihan barang dapur dan makanan. Selain daripada pasaraya macam Ben’s Independent Grocer dan Shojikiya, ada juga produk lain seperti kek Wondermilk, Cat & The Fiddle, kedai coklat Goldoni Chocolates, kedai jus La Juiceria dan kedai bunga pun ada tau. Order je apa nak daripada kedai tu semua, nanti concierge HonestBee akan pergi pilihkan yang terbaik dan hantar kat kita. Senang hidup! hehehe

Mama beli barang dapur dari Ben’s Independent Grocer je hari tu. Lain kali nak cuba order dari kedai lain plak.
3. Website yang ‘user friendly’. Mama suka sangat dengan laman web HonestBee ni sebab mudah digunakan. Barang dah disusun ikut kategori jadi mudah nak cari apa yang nak. Kalau malas nak skroll, search je lah lagi senang.
4. Kalau barang habis, boleh pilih gantian atau substitute. Semasa order dah boleh tetapkan nak ganti dengan barang lain atau tidak. Atau pun nanti masa concierge (ni macam personal shopper) tu tengah pilihkan barang, dia akan hubungi kita untuk maklumkan barang tak ada, dan cadangkan barang lain.

Boleh masukkan arahan nak barang yang macam mana dan boleh pilih ‘substitute’ kalau barang tu tak ada.

Hari tu concierge whatsapp je Mama bagitau barang apa yang tak ada dan apa yang nak diganti.
5. Boleh masukkan arahan spesifikasi barang yang kita nak. Di bahagian ‘instruction for your shopper’, boleh masukkan spesifikasi barang macam mana yang kita nak. Macam Mama, nak barang yang paling kurang 6 bulan dari tarikh luput.

Mama nak paling kurang 6 bulan dari tarikh luput. Nahh dapat yang expire tahun 2018 terus, terbaik!
6. Boleh tetapkan tarikh dan masa penghantaran. Paling cepat penghantaran boleh dibuat dalam masa 1 jam dari confirm order. Macam Mama hari tu, order pagi…pastu tetapkan masa penghantaran antara pukul 4-5 petang, sebab ada beli barang basah jadi pilih masa dekat dekat nak balik kerja lah bagi barang tetap segar bila sampai rumah.

Pilih lah nak suruh hantar barang tu bila. Senang camni, takde lah kita dok tertunggu tunggu dok jenguk kat tingkap…bila laa barang nak sampai, kan? hehehe
7. Tak ‘terbabas’ beli barang lain. Tiap kali nak shopping, kemain lagi buat senarai barang untuk dibeli. Tapi bila dah kat kedai tu biasalah, ternampak itu ini pastu terrrbeli, kan, kan? Tambah plak kalau bawa anak anak, senang hati je diorang dok menambah itu ini kedalam troli. Tiba tiba je ehh ada cikedis laa coklat laa. Haishhh lari bajet! Tapi bila membeli belah di HonestBee ni, kurang sikit kemungkinan nak ‘melencong’ dan ‘terbabas’ beli benda yang tak perlu, boleh fokus cari barang yang nak saja. Selamat sikit, kan kan? 😉
8. Mudah untuk pantau perbelanjaan dan jumlah barang yang dibeli. Boleh tengok senarai barang yang dipilih dan berapa banyak dah belanja dalam ‘shopping cart’. Macam Mama ni, ada perangai setiap kali tambah barang mesti nak ‘refresh shopping cart’ supaya boleh pastikan perbelanjaan dalam bajet atau tidak. Kalau beli kat kedai, susah sikit nak pantau macam ni. Dok kira tambah tolak dalam kepala jer, tengok tengok bila sampai kat cashier, rupa rupanya dah belanja lebih daripada bajet huhu. Mesti pernah terjadi kat korang juga kan, kan?

Senang nak tengok barang apa yang dah pilih dan berapa belanjanya.
9. Boleh bayar secara tunai ‘Cash-on-Delivery’. Ada sesetengah orang tak suka buat bayaran secara online kan? Mama tahu, ada je yang risau nak guna online banking. Kalau korang jenis camtu. boleh pilih untuk bayar secara tunai semasa terima barang nanti.
10. Penghantaran percuma untuk belian minima RM200. Mama ni jenis yang beli barang dapur sekali atau dua kali je sebulan. Beli banyak banyak terus dan simpan stok. Tiap kali beli memang biasanya akan belanja lebih daripada RM200, jadi boleh laa dapat penghantaran percuma dari HonestBee, yayyy!
Puas Hati Membeli Belah di HonestBee
Secara keseluruhannya Mama memang puas hati dengan servis HonestBee ni. Barang yang dipilih semua segar dan dalam keadaan yang elok. Tak ada lah tin kemek ke apa ke, terbaik! InsyaAllah lepas ni Mama pasti akan shopping kat sini lagi.

Puas hati, lima bintang aii bagi!
Ohh yaa…HonestBee ni masih baru beroperasi di Malaysia dan belum semua kawasan diorang cover. Buat masa ni servis diorang hanya di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Jadi sebelum order, sebaiknya check dulu ada tak penghantaran ke alamat korang. Macam Mama, belum ada penghantaran ke kawasan rumah Mama jadi minta hantar ke alamat ofis je.

Boleh check kat website HonestBee untuk tahu samada penghantaran dibuat ke kawasan korang atau tidak.

Adik encem ni laa yang hantar barang Mama, ramah orangnya. Pasrah je dia Mama suh posing hahaha
Haa kalau korang nak shopping di HonestBee ni, sila guna kod voucher HBSPECIAL untuk dapatkan diskaun RM20 dengan perbelanjaan minima RM100. Voucher ni sah digunakan sekali saja sehingga 30 Jun 2017 dan untuk pengguna kali pertama saja yer (tertakluk kepada terma & syarat). Jadi apa lagi…selamat membeli belah di HonestBee! 😉
Maklumat lanjut:
Website: HonestBee
Facebook: HonestBeeMy
Instagram: HonestBeeMy
Muat Turun Mobile App: GooglePlay / AppStore
#honestbeemy
9,759 total views, 1 views today
Wahhh, bestnyaa kak. Senang dan jimat tenaga, masa kitaa
Betul betul, tak yah bazir masa nak bersiap pergi kedai bagai
Sngnya.. suka lah klu dia bleh hantar smpai depan rumah..
Kann…senang dok tunggu kat rumah je
Menariknya honestbee ni…warna kuning pun dh tertarik!!! Juju suka expired date dia lama betul…so x ragu2 nak order brg yeyyy…nak order juga. Tq kak nanie share
A ahh bagus concierge tu pandai pilih barang
Wahh bestnya dapat shopping kat sini..naper laaa.kat tempat kita takde..kalau tak blh la kita shopping jugak macam mama..jehlessa kita tau hahaha
Jangan jeles hehehe. Hopefully nnt HonestBee ada lah kat sana kan
Wah bestnya kak.. Nak jugak beli online mudah tp tak cover lak lokasi yanie ni huhu
Hopefully pasni HonestBee berkembang sampai ke sana kan yanie
haaa. betul .. kadang tak sempat nak pergi kan… rupanya byk yer supermarket yg terlibat. boleh try and test jugak nanti
Try laa kak azni, menyenangkan hidup hehe
Wow bestnye , bahan2 pun nampak segar dan berkualiti ..
Yup, brg elok elok, puas hati
Menariklah service ni, buah dan sayur pun nampak segar. Lagipun memudahkan urusan beli barang dapur jika tiada masa. Nanti nak cubalah perkhidmatan ni.
Yup, mudah & puas hati brg yg sampai elok
kita selalu beli kat tesco online jer
Nnt boleh laa try HonestBee plak hehe
Wau.. alternatif baru utk soping barang dapur.. tp point paling penting.. tak terbabas beli bende lain yg xde dalam senarai pun.. selalunya yg xde dlm swnarai lg bnyk dr yg ada dlm senarai.. hahaha
Tau takpa, pi nak beli sikit je tup tup penuh satu troli hahaha
Wah… Bestnya.. Dapat beli barang dapur secara Online… Tinggal oder jer…
Erkk… Siap ada diskaun lagi tu… 😉
Yup, best ada diskaun
tak payah susah-susah nak ke mall lagi kan jimat masa
Yup, mmg jimat masa
Bestnya kalau ada cover area beranang…mudah kerja shoping mak2 yang sukar nak drive dgn anak kecil ni..
Harap hrap nanti ada lah sampai ke sana kan
senangnya shopping barang dapur macam ni, tak yah tolak troli round market..heee
betul, sambil releks ja order barang
Best betul macam ni.. senanggg… Hope kat Kuantan ada suatu hari nanti. Hiks.. senang nak beli barang keperluan kat Hostel.. Bagus juga untuk student perkhidmatan ni sebab ada sesetengah student tak ada transport.. so nak beli barang agak susah..
Yup betul tu. Harap harap nnt honestbee akan ada seleruh malaysia lah kan
WAH HEBAT LAH MAMA….SAYA PUN BELI 2 KALI GAK DGN HOSNEST BEE NIH…
Rasa nak repeat shopping gak lagi ni, sbb senang sgt kan
Best nya tak perlu lagi penat-penat nak tolak troli kat pasaraya pastu beratur kat kaunter cashier.
Yup betul, tak yah beratur kat kaunter tu best
tak ada bersesak dengan anak bila dapat beli barang secara online ni kan.. selamat duit pket mama juga.
Tau takpa hehe
Weiiiiii… Walaweh.. Senangnye kerja.. Tang jimat tu setuju, sebab mata x melilau tempat lain macam kita g kedai sendiri. Thanx info. Tq.. Tq.. Tq..
Kannn hehehe
wahh syiok boleh berbelanja secara dalam talian.. zaman moden kan dan memudahkan
aku penghibur recently posted…Maaflah Dia Walaupun Di Kala Kita Ada Kesempatan Untuk Membalasnya
Betul betul, sangat mudah
tunggu depa bukak servis kat jb dulu.
hoho..
Harap harap ada lah nanti kan
bagus betul..sekarang beli barang dapur pun online..mudah je
Memang sangat mudah beli online
bestnya.. shah alam ada tak?
Tak pasti plak, cuba check kat website HonestBee