Salam dears… Zaman sekarang ni kita tak dapat nak halang sepenuhnya anak-anak kita daripada menggunakan gajet kan? Tambah pula bila ada PdPR atau pembelajaran online, tentulah anak-anak akan kena mengadap gajet juga tak kiralah telefon bimbit ke tablet ke komputer ke, yang tentunya akan ada kesan keatas mata mereka.
Jadi, nak tak nak, kita kena tahu tips dan cara jaga mata anak untuk elakkan atau kurangkan kesan buruk akibat terdedah dengan cahaya biru daripada gajet tersebut. Betul tak?
Sebab tu lah Mama tak lepaskan peluang untuk sertai sesi ceramah bertajuk ‘Bagaimana Nak Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet?’ yang telah disampaikan oleh Dr. Mohd Hafidz Ithnin, pakar mata di Optom Eyecare dan pensyarah UIAM, pada 1 Disember 2021 yang lalu.

Percuma ja ceramah tu wehh, rugi betul siapa yang tak sempat join masa tu hehe. Tapi takpa, jangan risau…meh Mama nak kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang telah Mama perolehi dengan korang.
Penggunaan Gajet di Malaysia
Mengikut Dr. Mohd Hafidz, data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (Department of Statistics) menunjukkan penggunaan gajet di Malaysia adalah agak tinggi. Penggunaan telefon bimbit sehingga 97.9%! Tinggi betul!

Kadar tempoh penggunaan pula meningkat di hujung minggu. Ada dikalangan kanak-kanak dan remaja yang berterusan menggunakan gajet sehingga lebih daripada 3 jam tanpa henti! Ishh lama tu wehh
Ye lah, sekarang ni kan ada macam-macam aplikasi online. Boleh sampai berjam-jam leka main game, layan YouTube, TikTok, Instagram dan macam-macam lagi lah. Si kembar ni pun suka main game dan tonton YouTube. Kalau tak ditegur dan dikawal, memang ralit ja masing-masing tak sedar masa berlalu huhuhu
Kesan Penggunaan Gajet Ke Atas Mata Kanak-Kanak
Sekiranya tidak dikawal, ada banyak kesan negatif yang boleh terjadi kepada mata kanak-kanak yang terdedah kepada penggunaan gajet, antaranya ialah:
1) Peningkatan Power Spek Mata

Sejak lahir hingga umur 13 tahun, mata kita masih lagi berkembang seiring dengan usia. Jika anak-anak dari kecil lagi contohnya umur 5 ka 6 tahun dah mula pakai spek mata, bila asyik mengadap gajet ni boleh meningkatkan power spek mata.
Bila pakai spek dan power semakin meningkat, pemanjangan bola mata adalah lebih cepat. Ditambah pula dengan penggunaan gajet yang tidak terkawal, pemanjangan bola mata boleh jadi sehingga saraf mata boleh rosak atau terkoyak. Boleh jadi buta! Ishh risau kan.
2) Otot Fokus Mata Yang Tidak Stabil

Bayangkan mata kita ni umpama kamera DSLR. Anggap lens dalam kamera adalah kanta dalam mata, dan kanta mata yang akan control fokus. Tangan yang memegang kamera tu pula umpama otot yang memegang kanta mata.
Bila tangan kita pegang kamera terlalu lama, tangan pasti akan terasa letih kan? Begitu jugalah dengan otot yang memegang kanta mata kita. Bila kanta fokus kepada skrin terlalu lama, otot jadi letih dan kanta mata akan hilang atau tukar fokus. Bila otot fokus tak terkawal, maka alignment mata pun jadi tak terkawal / tidak stabil.
3) Mata Cepat Penat

Bila mengadap gajet, mengadap skrin terlalu lama, tentunya mata akan juga rasa cepat penat. Pandangan rasa kabur, mata rasa kering, berair, gatal dan rasa tak selesa lah.
4) Juling

Pengalaman Dr. Hafidz sendiri, dia ada pesakit remaja berumur belasan tahun hadapi masalah mata jadi juling. Bila disoal selidik, rupa-rupanya rutin remaja ni bermain game berterusan sehingga 3-5 jam setiap hari! Jadi mata penat, hilang fokus, alignment lari dan mengakibatkan jadi juling.
5) Susah Nak Tidur (Insomnia)

Bila mengadap gajet terlalu lama, ianya boleh menggangu penghasilan hormon untuk tidur. Cahaya biru daripada skrin tu akan menggangu dan buat susah nak tidur. Tidur yang cukup adalah penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
Tips Cara Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Penggunaan Gajet
Nak elakkan sepenuhnya daripada guna gajet memang susah lah kan. Tapi kita boleh kawal dan hadkan masa penggunaannya. Jom Mama kongsikan beberapa tips cara jaga mata anak menurut Dr. Mohd Hafidz:
1) Berehat sebentar

Bak kata Dr. Mohd Hafidz, bila menggunakan gajet kita mesti ingat kata kunci – KENA REHAT! Jangan berterusan mengadap sampai lebih 3 jam. Setiap 1 jam, berhenti sekejap dalam 10-15 minit dan tengok pemandangan jauh.
Masa rehat tu pergilah tengok keluar tingkap ke apa ke, jangan waktu rehat pergi tengok TV plak, sama ja tak rehat mata tu kalau tengok TV hehehe. Nak elakkan terleka, pasanglah alarm kat handphone tu agar setiap sejam sekali mesti rehat!
2) Galakkan aktiviti diluar rumah

Ibubapa boleh ajak anak-anak buat aktiviti diluar rumah. Ajak pergi jogging ka main bola ke basuh kereta bersama-sama ka kan. Bila anak-anak ni ada aktiviti lain, boleh laa kurangkan guna gajet.
3) Kanta khas untuk penggunaan gajet

Ibubapa boleh belikan cermin mata dengan kanta khas untuk penggunaan gajet dan bagi anak-anak pakai ni untuk lindungi mata mereka. Sebab kanta khas ni boleh tapis cahaya biru dari skrin supaya tak tembus terus ke dalam mata dan dapat kurangkan risiko kerosakan mata akibat mengadap skrin gajet.
4) Penggunaan kanta penapis berwarna biru (blue filter light lens)

Boleh juga pakai spek yang menggunakan kanta yang boleh tapis cahaya biru atau blue filter light lens.
5) Beri ganjaran kepada anak

People response to incentives, gitteww kata Dr. Mohd Hafidz. Jadi ibubapa boleh cuba bagi ganjaran sebagai insentif kepada anak-anak untuk kurangkan dan kawal penggunaan gajet.
Ganjaran ni tak semestinya duit. Contoh macam kalau hari ni tengok gajet sejam saja, nanti dapat makan aiskrim ka nanti bawa jalan-jalan ke. Haa gitu lah, ikut lah apa yang boleh menarik perhatian anak-anak korang.
Kiddos Eyecare di Optom Eyecare Bangi
Ohh yaa…ada berita baik ni. Optom Eyecare Bangi akan perkenalkan servis baru iaitu Kiddos Eyecare, dimana diorang akan bawa pakar penglihatan kanak-kanak untuk buat pemeriksaan mata khas untuk kanak-kanak.
Dan pada 11 Disember 2021 nanti, Dr. Mohd Hafidz Ithnin akan berada di Optom Eyecare Bangi. Jadi kalau korang nak bawa anak-anak kesana untuk dapatkan nasihat dan pandangan beliau, rebutlah peluang ni ye.
Korang boleh Whatsapp ke 011-11479093 untuk dapatkan maklumat lanjut dan buat temujanji.
Penglihatan adalah sangat mahal! Mata hanya ada sepasang saja, tak ada ganti. Jadi kita kena jaga sebaik mungkin. Kalau perasan macam ada sesuatu yang tak kena atau risau mata anak-anak mungkin bermasalah, cepat cepat lah pergi check dan dapatkan rawatan secepat mungkin. Cegah sebelum parah adalah yang terbaik kan? 🙂
OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)
Laman Web : https://optom.com.my/
Instagram : Optom Eyecare
Facebook : Optom Eyecare
Whatsapp : wasap.my/601111479093
1,966 total views, 3 views today
Penggunaan gajet mmg tak boleh elak.. kita sbgai parents yg kne ambil tindakan sewajarnya utk elak mata anak dr rabun
Ya betul. Cegah sebelum parah kan.