Salam dears… Sebenarnya ada banyak benda yang Mama nak ceritakan di blog, tapi asyik terbantut ja idea nak mengarang. Sebabnya rumah Mama sedang diubah suai dan Mama rasa kusut!
Rasa kusut otak sebab bising dan rumah jadi berselerak kan. Bunyi drill, bunyi ketuk ketung ketang ketung ketang sana sini, berhabuk satu rumah! Fuhhh!
Dah laa Mama sejenis yang tak tahan habuk, memang achumm achumm sampai migrain gak lah.



Hmm ni perkara biasalah kan bila tengah renovate, memang dah jangka ni semua. Tapi bila betul betul kena hadap sendiri, tetap rasa adehhh bertabahlah! huhu.
Tambah plak dalam keadaan sekarang ni, bila ada orang luar masuk rumah ja kita tetap kena jaga SOP. Kami sekeluarga tetap pakai double face mask walau dalam rumah sendiri.

Bila kontraktor balik plak, habis satu rumah ku sembur sanitizer hahahah. Pastu vacuum dan mop berkali-kali lagi. Nasib baik lah ada mop Norwex, tak payah dok usung baldi, tak dak sakit belakang sebab tak payah tertunduk-tunduk masa mengemop.



Lega sangat dah ada ‘senjata’ ni semua untuk memudahkan kerja mengemas rumah yang tengah di renovate ni hehehe
Kenapa Nak Renovate?
Sebelum mula kerja-kerja pengubahsuaian ni kitorang dah maklumkan kepada jiran-jiran juga dalam group Whatsapp. Ye lah, kita dok apartmen kan, tentunya bunyi bising akan menggangu jiran-jiran juga terutamanya yang satu blok. Alhamdulillah, setakat ni jiran-jiran memahami, syukur.
Lagipun kitorang terpaksa renovate ni pun sebab bilik air ada kebocoron sampai leaking ke rumah jiran bawah. Sebenarnya dah bertahun-tahun hadapi masalah ni dan dah banyak kali lah kitorang cuba repair itu ini.
Dulu ingatkan paip pecah dalam dinding jadi kitorang buat piping luar dinding, tapi masih bocor. Lepas tu buat plak Epoxy waterproofing kat lantai bilik air tapi jiran kata masih ada leaking sikit sikit.
Adehhh peningnya kepala masa tu sebab tak tahu kat mana punca leaking tu! Nak kata paip bocor, dah buat paip luar dinding. Nak kata lantai bocor, dah buat waterproofing. Jadi apa masalah agaknya? huhuhu
Jadi lepas tu kitorang panggil plak kontraktor lain untuk datang tengok dan masa tu kontraktor cadangkan kaedah PU Injection. Mama pun tak tahu lah nak terangkan macam mana PU Injection tu, korang Google lah cari sendiri ye hehehe.
Pada masa yang sama, kontraktor tu syak mungkin ada lubang sikit kat dinding bilik air, jadi dia seal lah lubang tu. Tapi masa tu dia dah bagitau, it’s a temporary solution. Sebab kemungkinan akan bocor balik tu ada.
Dan kini masanya telah tiba, memang dah mula leaking balik dah huhu. Jiran bawah hantar gambar, siling rumah dia dah mula nampak bekas air tanda leaking.
Jadi sebelum bocor sampai menitik-nitik, kitorang buat keputusan renovate terus lah kedua-dua bilik air. Tukar terus semua jubin lantai dan dinding, buat waterproofing baru sebelum pasang tiles.
Kenapa dari dulu lagi tak renovate terus bilik air tu? Sebab dulu tak ada bajet. Nak renovate bukannya murah kan. Jadi masa tu buat ja apa yang termampu ja dulu, sebab kesian lah kat jiran yang terpaksa hadap air menitik-nitik dalam rumah dia kan huhu.
Alhamdulillah sekarang ada rezeki untuk renovate terus bilik air ni. Buat simple biasa-biasa ja, bukan renovate jadi macam bilik air hotel hehe. Tapi tu pun peluh tiak gak lah tengok kosnya, ketaq-ketaq tangan nak transfer payment hahaha. Nanti bila dah siap renovate ni InsyaAllah Mama kongsikan tentang kosnya pula yaa. Tu pun kalau rajin lah hahahaha
Semoga lepas dah diubah suai, tak akan ada apa apa masalah lagi dah laa, InsyaAllah.
4,598 total views, 8 views today
Renovate rumah memang stress. Penat!
InsyaAllah sementara je, lepas dah siap terbalas stress tuu.. Lega!
Harapnya macam tu lah, moga puas hati lah lepas dah siap ni. InsyaAllah
Macam rumah sewa IQ sebelum ni la. Jiran bawah mengadu kat management yang ada leaking. 4 hari je dorang buat kerja, habis berdebu satu bilik sebab bilik air utama yang kena hack ape semua. Renyah habis, hidung terus problem bila kena debu2 tu semua. Masa renovate tu kitaorang balik kampung, sebab risau budak2 kecik ni kaco orang buat kerja.
Nsb baik 4 hari ja kan IQ. Ni sini 1 toilet pun dlm 8-9 hari, jd lama sbb Management bg rules boleh buat kerja kerja yg bising separuh hari saja. Jenuhhh huhu