Salam dears… Patutnya hari ni Mama travel ke luar negara. Tapi ada perubahan rancangan, tarikh ditunda. Mama ok ja, yakin pasti ada hikmahnya. Mesti ada sebab Dia tak bagi pergi pada tarikh tu kan…
Dan memang betullah, nasib baik gak tak jadi travel hari ni…sebabnya dah beberapa hari Mama tak berapa sihat. Selsema, batuk dan semput skit. Berjangkit daripada opismate Mama rasanya ni. Opismate Mama tu jenis yang jaaarang sangat sakit, jadi sekali dia demam tu memang virus power rangers punya lah tu. Terus berjangkit kat aii yang ‘manja’ nih hehehe.
Bayangkan…kalau tarikh tak ditunda, entah lepas ke tidak nak travel tu pun tak tahulah. Yang pasti, mungkin tak berapa nak enjoy lah bercuti masa badan tak sihat kan? Silap gaya, ntah ntah menyusahkan orang lain plak huhu.
Lagi satu, Mama berbulan bulan juga tak balik kampung. Dok pasang niat nak balik, tapi bila cuti panjang skit je ada hal. Tup tup bila dah cancel trip tu, apa lagi…jom balik kampung! Dah cuti banyak hari kan, yahooo! Parents Mama pun happy rumah meriah anak cucu balik. Hmm rupa rupanya Dia suruh balik gembirakan hati ibubapa aii lah ni 😊
Dan kebetulan 29 April harijadi adik Mama. Dia pun balik kampung gak, sebab ada kenduri. Jadi dapatlah kami adik beradik berkumpul sambut harijadi dia di rumah parents Mama dikampung. Meriah bila semua berkumpul tu, korang pun boleh bayang kan, kan? Bertambah berbunga bunga lah hati birthday girl tu hehehe
Pastu hari Ahad 30 April ada kenduri kahwin sepupu Mama juga. Awalnya Mama dah bagitau makcik Mama, tak dapat nak balik pergi kenduri sebab tak ada kat Malaysia masa tu. Tapi bila rancangan berubah, dapatlah kitorang sekeluarga hadir kenduri tu.
Happynya makcik Mama, lebar senyuman dia sambil peluk ucap terima kasih “dapat gak hangpa balik mai kenduri makcik nooo…”. Ohh terharu plak aii masa tu huhu. Ye lah, itu kenduri anak sulung dia. Kenduri yang first ni feeling dia lain macam kan? Alhamdulillah dapat juga kitorang jadi sebahagian daripada kenangan hari terindah tu 😊
Betul lah…yakin ja dengan perangcanganNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sebab Yang Maha Esa lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, dan juga orang disekeliling kita, kan? Hmm moga bila sampai masanya, tarikh baru nanti…dipermudahkan lah untuk Mama nak travel tu, InsyaAllah….
6,674 total views, 2 views today
Ya.. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..
anuar recently posted…Macamana nak Beli Rumah dengan gaji kecil?
Yakin ja kan
Sangat tepat…yang kehadapan pun Allah sudah tahu..cuma kita kena sabar..
Betul, insyaAllah yg terbaik
tak de rezeki kat situ, ada yang kat sini..kan??Alhamdulillah..
Betul betul, Alhamdulillah 🙂
Betul tu, bukan rezeki kita. Ai pun tak sihat sejak Khamis kepas, nasib jugaklah tak jadi pergi kan?
Tu lah, dlm keadaan Mas lagi lah kan…
betul tu, setiap perancangan Dia, pasti ada hikmahnya
Yup, yakin ja 🙂
Travel dlm xsihat, mmg feels tu xbrp.. Ada hikmah ditunda
Yup betul