Salam dears… Bila anak anak dah pandai memilih barang sendiri, dah pandai bershopping…fuhh boleh rabak poket mak pak jadinya kan? Hmm alkisahnya siang tadi Mama bawa si kembar keluar pergi beli baju, sebab baju diorang dah banyak yang tak sesuai dipakai, ketat dan lusuh dah. Mama ni kalau nak beli baju kanak-kanak murah, memang selalu ke Pusat Pakaian Hari Hari je. So bawa laa si kembar ni ke sana tadi.
Rancangan asal nak beli baju seorang dua pasang je. Nak cari yang sesuai pakai kat rumah dan nampak cukup kemas untuk pakai keluar jalan jalan juga. Akan tetapi…sebaik saja masuk ke Hari Hari terus rancangan berubah! Sebabnya si kembar ni ternampak baju gambar Pokemon dan terus pakat teruja jerit “nak baju ni! Nak baju ni!!”. Pastu sendiri pergi pilih corak mana yang nak. Adeh laaa…Mama tak nak beli baju kain licin camtu, dah laa gambar Pokemon plak tu, macam tak sesuai je nak buat pakai jalan jalan kan?
Tapi bila tengok betapa terujanya si kembar ni dok memilih corak mana yang berkenan…siap tanya sendiri dekat salesgirl tu minta ambilkan saiz diorang, kemain lagi wehh dengan konfidennya masing masing memilih haha. Si Fauzi lagi lah…terus nak tukar pakai baju tu kat situ jugak jugak! Ishhh aii is tak sampai hati nak kata tak boleh! Lagipun bukannya selalu beli baju baru untuk diorang pun. Sudahnya Mama redha je lah, ok lah…ambillah sayang…

Tu haa baju Pokemon yang sampai tergedik gedik si kembar ni nak sangat!
Lepas tu Mama ajak diorang gerak ke bahagian lain untuk cari lagi sepasang baju. Sambil bagi pesanan penaja – biar Mama pilih pulak tau! Tetapi…lagi sekali diorang ternampak baju gambar Pokemon juga! Adeh laa… Kali ni baju tidur pula. Dan seperti yang dijangka, ulang tayang je laa aksi seperti diatas tadi hahaha. Mama kalah lagi sekali! Ambil lah sayang…ambil lah…. hahaha
Dah dapat dua pasang baju gambar Pokemon, barulah masing masing puas hati dan biar Mama pilih je apa apa lagi baju yang nak dibeli. Bukan takat biar, langsung tak peduli terus dah! Pakat dok berlari main kejar kejar keliling kedai pula. Sampaikan nak panggil suruh cuba baju pun jenuh laa Mama ni dok terpekik pekik panggil diorang! Bising satu kedai dengan suara kitorang je tau huhuhu *malu*
Sudahnya hasil tangkapan untuk hari ini ialah 4 pasang baju seorang, maksudnya 12 pasang baju kesemuanya. Walaupun kat Hari Hari tu jual baju kanak-kanak murah, tapi kalau dah sampai 12 pasang sekali angkut, huishhh peluh tiak gah lah rasa nak membayarnya, kan?
Hmm lain kali bila nak beli baju diorang, rasanya tak payah laa bawa diorang sekali kan? Dibuatnya pakat tergedik memilih baju sendiri macam tadi, konpem lari bajet lagi punya lah! Tapikan…kalau tak bawa diorang, takut beli salah saiz pula. Mama ni selalu je bila pilih baju, terambil saiz yang kecil sikit. Sebab dok bayang anak anak masih kecil, padahal diorang dah besar panjang pun. Tinggi belaka dah. Err mak mak memang macam ni kot? Anak anak dah besar pun, kita masih dok nampak diorang macam kecil je lagi kan? Sindorm mak mak camni lah kot hehehe
6,734 total views, 1 views today





takpa, mau nak habis pun baru RM200.00, banyak agintu dlm beg duit mama
umminani recently posted…Apa aktiviti hujung minggu?
Sekali sekala untuk anak anak kan…walaupun beg Mama banyak resit je hehe
Hahaha… mujurlah ketiga-tiga anak mama lelaki.. baju yg dipilih pun murah-murah sikit.. kalau anak perempuan lain pula citarasanya…
anuar recently posted…Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar sempena Musim Cuti Sekolah.
Kalau anak perempuan nak skirt kembang kembang lg mahal rasanya kan hehe
situasi akak tu sama je dgn kita ni haaa dan syukurnya sya2kids ni size standard dgn umur. kat situ da mudah sikitla.
dan biasanya lagi abi dorg yg akan layan dorg, hanya emak sahaja yg memilih seorang diri. lagi pula kita biasa beli online. baju raya beli di kedai, itupun hanya setahun sekali. thn depan siaplah, semua da bersekolah sesi hendak membeli baju sekolah pula, huahuahua dorang bertiga tak sama umur. lap peluh-lap peluh!
Nahhh ambik ni lap peluh *hulur tisu* hahaha
huyo, pokemon go hehe
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan BEST di Seremban 2
Tgh minat ni skarang hehe