Salam dears… Hari tu Ayah si kembar ni dok mengadu lenguh lenguh badan. Dah pergi berurut biasa, tapi katanya masih tak lega. Jadi Mama ajak dia cuba buat urutan sukan atau sports massage kat Pro MMR Sport Massage di Bandar Sri Permaisuri plak.
Ayah kata dia bukannya bersukan pun, boleh ke nak buat sports massage? Mama cakap lah opkos boleh, urutan sukan ni bukan untuk ahli sukan semata mata tapi sesuai untuk sesiapa sahaja. Mama sendiri pun dah pernah buat urutan sukan walaupun Mama ni langsung tak bersukan hehe.

Dulu Mama pergi ke Pro MMR tu sebab Mama asyik dok sakit lenguh lenguh dan rasa tengang bahu. Lepas pergi berurut kat Pro MMR tu, terus hilang lenguh lenguh bahu tu tau. Sebabnya urutan sukan ni fokusnya lebih kepada otot dan ‘deep tissues’ untuk membantu otot bergerak dan mengurangkan tekanan pada otot. Kiranya urut nak bagi releks otot gitu lah.

Diantara fungsi dan kebaikan urutan sukan di Pro MMR Sport Massage ni ialah untuk:
– Melegakan kelesuan
– Mengurangkan tekanan
– Mengembalikan tenaga
– Membantu fleksibiliti otot
– Mengekalkan kecergasan
– Meningkatkan prestasi tenaga
– Mencegah dan merawat kecederaan

Bila Ayah pergi hari tu, opkos laa Mama pun join sekaki gak..mana aci dia sorang ja nak enjoy berurut kannn. Aii pun nak kasi releks kurang kan stress gak hehe. So kitorang berdua ambik full body massage. Dan Mama request juru urut lelaki untuk Ayah dan juru urut wanita untuk Mama.

Mama dan Syafiqa, salah sorang juru urut kat Pro MMR Sport Massage Cheras ni
Masa mula mula tau Syafiqa yang akan urut Mama, terfikir alahai kecik comeinya..larat ka nak urut aku yang besaq ni? Bukan apa, takut kang urut tak rasa apa jaa hehe. Sekali dia dah start mengurut….haaa memang terasa ko! Best!
Ruang untuk berurut yang disediakan kat Pro MMR Sport Massage Cheras ni pun selesa dan ada aircond. Dalam bilik untuk wanita ada langsir jadi tak lah segan dengan orang sebelah masa dok urut tu hehe. Memang selesa.
Tapi jangan laa expect dihias cantik, bau lilin aromateraphy dan ada musik bagai macam kat spa tu yer, dah namanya pun ini tempat untuk sport massage…bukan spa hehehe.

Ohh yaa…kat Pro MMR Sport Massage ni semua juru urutnya dah jalani kursus dan latihan yang melayakkan diorang untuk buat urutan sukan ni. Jadi InsyaAllah diorang dapat berikan servis urutan yang terbaik dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh customer yang pergi situ.

Kalau korang nak pergi gak, boleh laa hubungi nombor telefon kat bawah ni yer. Pergilah…sesekali kasi ‘maintain’ badan sendiri apa salahnya kan. InsyaAllah akan rasa lebih segar dan sedap badan π
Maklumat Lanjut Pro MMR Sport Massage:
π Cheras, Permaisuri (HQ)ππ»
http://www.wasap.my/60123992109/prommrcheras
.
π Setapak, Gombak ππ»
http://www.wasap.my/60182474109/prommrsetapak
.
π Jln Tun Razak, G Towerππ»
(Male therapist only)π¨π»
http://www.wasap.my/60182409223/prommrgtower
.
Instagram ππ»(setiap cawangan berbeza promo)
π· instagram.com/prommr.sportrecovery
π· instagram.com/prommr.gtower
π· instagram.com/prommr.setapak
Facebook ππ»
https://www.facebook.com/prommrteam/
Telegram ππ»
https://t.me/prommrmassage
5,011 total views, 4 views today
un teringat2 urutan syafiqah..nnt kita repeat lagi
Jommmm! hehe