Salam dears… Semalam kitorang berbuka simple je. Beli karipap dan donut sikit, dan Mama goreng cucur manis. Tapi itu pun si kembar ni makan dengan penuh berselera, berulang kali dok sebut sedap, sedap! Sebab semua kuih dan cucur tu memang kegemaran diorang.
Saat tu, timbul rasa syukur yang amat sangat, sebab dapat bagi anak anak makan. Dan terdetik dihati Mama, macam manalah agaknya…andai suatu hari nanti Mama tak dapat nak bagi diorang makanan yang diorang suka macam tu lagi? Tiba tiba rasa sayu je masa tu. Moga Allah akan sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga, Amin.
Dan Mama terus teringatkan kisah dan gambar yang kawan Mama kirim dalam group Whatsapp, tentang 4 beradik yang dijaga oleh nenek diorang dan hidup dalam keadaan serba kekurangan…
Ini kisahnya yang Mama ambil dari Facebook Raja Shamri…
“Hari ini Allah pertemukn kami dengan keluarga ini. Empat beradik yg dijaga oleh nenek, Azizah bt junuh, 58 tahun. Tidur dan bangun di sebuah rumah robek di kg sg nyior palekbang Tumpat.
Tersentuh hati bila masuk ke dalam rumah yg sangat tidak terurus. Cucu2 tidak berbaju dengan seluar tanpa talipinggang diikat dgn tali rafia. Lantai papan yg reput memberi isyarat supaya berhati2 dan memilih tempat yg betul untuk meletakkn kaki.
Tanpa sebarang pekerjaan nenek ini menjaga cucu2nya ini dengan kesihan belas orang lain dan jiran2.
Takkan selamanya nak begini.
Entah di mana ruang tidur, ruang solat atau ruang yg lain. Bila ditanya kenapa tidak berkemas… “nk beli penyapu pun takdok pitih”… Allhuakhbar.
Tong gas terpaksa digadai, tukaran untuk membeli makanan untuk cucu2. Dan sekarang terpaksa menggunakn kayu api. Tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan persekolahan cucu2nya ini.
Bukan nk mencari salah sesiapa dan tidak ingin bercerita kemana perginya kedua ibubapa kepada cucu2 azizah ini selain dari perceraian dan perkahwinan baru serta masalah penagihan dadah.
Namun begitu, mengikut nenek, ada juga sedikit belanja kadang2 diberi oleh ibu anak2 ini.
Kerapkali mereka kehabisan makanan dan terpaksa mengharap belas kasihan jiran dan kerap juga pergi ke kilang serunding di Kg Laut untuk mendapatkn lemak2 lebihan daging buat serunding. Kemudian digoreng dan dijadikn lauk untuk cucu2 makan pada hari itu. …Allahurabbi
Keluarga ini:
1. Azizah bt junuh 58th(nenek)
2. Adam faiz n faizal 9 tahun
3. Haikal faiz b faizal 8 tahun
4. Azman faiz b faizal 6 tahun
5. Azmi faiz b faizal 6 tahun(kembar)Di wajah lesu si sulung seolah terbayang pertanyaan, “mengapa aku di sini” “mengapa keluargaku begini” “mengapa, mengapa dan mengapa?”
Tidak mendapat apa2 bantuan kewangan dari mana2 agensi kerana tidak menepati syarat kelulusan mungkin kerana masalah ibubapa yang terlibat dgn najis dadah.
Tetapi apakah dosa anak2 ini untuk di biarkan sebegini tanpa sebarang bantuan bersama nenek yg makin uzur. Adakah kita sebenarnya mahu melahirkan lebih ramai penagih dadah dan penjenayah dgn membiarkan anak2 tidak berdosa ini sebegini?
Kami bercadang untuk mencari ibu kepada anak2 ini untuk adakn perbincangan supaya kita dapat membawa keluar anak2 ini dari tempat ini ke institusi yg berkaitan dengan prosidur yg betul.
Andai kita tidak mendapat kerjasama dari ibu mereka pastinya usaha kita akan terbantut. Jalan kedua perlu dicari untuk menyelamatkn kehidupan anak2 ini.
Thirdforce akan bawa anak2 ini ke JKM dan agensi2 yang berkaitan. Sementara ini kita sedang berusaha untuk mendapatkn pakaian raya untuk anak2 ini agar di hari raya nanti mereka tidak tersisih benar dari kawan2 yg lain.
Doakn untuk mereka… doakn untuk kami meneruskan misi ini.
We are the 3rd force
Together we are strongerWallahualam.
Hubungi ayah ngah (Cikgu Izani) yang lead kes ini untuk ke sini : 011-1060 6890 atau PM ke inbox facebook saya ini untuk detail bagaimana boleh sama2 membantu.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seriusly tak tertahan rasa sebak, terus bergenang air mata membayangkan keadaan diorang! Budak budak tu sebaya dengan si kembar ni. Bayangkan….pada usia sekecil itu, diorang terpaksa hidup dalam keadaan yang daif. Entah apa je lah yang diorang makan agaknya? Sedangkan kita ni sampai berlebihan, makanan berbuka siap boleh tapau untuk makan waktu sahur nanti. Dan mungkin ada yang sampai buang makanan, sebab tamak haloba beli banyak sangat kat pasar ramadhan! Tapi anak anak tu??…
Banyak lagi sebenarnya kisah tentang mereka yang memerlukan. Korang boleh tengok di Facebook Raja Shamri. Hmm dah kita tahu ada pihak yang memerlukan, tak kan setakat nak tengok saja kan? Ya memang kita tak kan dapat membantu semua orang. Tapi pabila mampu, maka buat lah sesuatu, daripada sekadar like dan komen ‘kesiannya’ saja! Walaupun sedikit, sekurang kurangnya ada juga insan yang dapat manfaat dan kegembiraan daripada bantuan kita, betul tak?
Hulurkanlah bantuan, sumbanglah setakat yang mampu. Kalau seorang derma RM10 je pun, kalau seratus orang…dah jadi RM1,000 kan? Dan jumlah tu tentu sangat berharga bagi mereka. Kalau tak mampu nak menderma pun, maka sebarkanlah maklumat. Moga ada orang lain yang mampu membantu.
“Helping a person will not necessarily change the world. But it can change the world for that person.”
7,505 total views, 1 views today
Sedihnya…. Semoga Allah melindungi mereka sekeluarga
Aminn…
Swdihnya tengok..tak boleh tengok budak2 macam ni..nangis nanti
Sama laa kita… terbayang anak anak sendiri… sedih!
Ya Allah yan tuhanku…. Kesiannya nasib keluarga ini…. Sebenarnya ada ramai lagi keluarga yang mempunyai basib seperti mereka… Semoga ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka…
Anuar recently posted…Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
Tu laa sedih sgt tgk keadaan diorang
Di sebalik kebahagian yang kita ada, terdapat mereka2x yang kurang bernasib baik serta menderita dek kerana ketiadaan wang.
Yup betul tu. Sebab tu kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan cuba bantu mereka yang memerlukan.
semoga banyak lagi keluarga yang memerlukan kita dapat bantu
umminani recently posted…KEMALANGAN MAUT KETIKA RAYA SATU TRAGEDI PILU
InsyaAllah…