Salam dears,
Sejak melahirkan kembar 3 dan sejak berblog ni, macam macam peluang dan rezeki yang tak terjangka Mama dapat. Sebelum ni dah beberapa kali kami berpeluang muncul dalam Majalah Pa&Ma. Si kembar 3 pernah jadi penghias kulit, kami sekeluarga masuk ruangan ‘Famili’ edisi pertama Pa&Ma Genius, dan Mama juga dijemput sebagai penulis jemputan ‘Diari Blogger’. Sungguh, benda yang tak pernah jangka akan dapat buat tau, Alhamdulillah.
Dan baru baru ni, lagi satu rezeki Allah bagi, dapat jemputan untuk muncul di kaca TV pula. Masa mula mula dapat e-mel daripada krew TV AL-Hijrah, Mama macam tak percaya saja. Siap tanya Ayah ni prank ke apa ni? hahaha! Nasib baik Ayah suruh jawab email tu untuk dapatkan maklumat lanjut. Alhamdulillah, yup betul, Mama Kembar 3 dijemput untuk muncul di program ‘Masam Masam Manis’, satu program baru di TV AL-Hijrah!
Bila dah confirm dengan TV Al-Hijrah, seriously aii nervous tahap gaban! Walaupun dah diberitahu bahawa ni rakaman saja, bukan siaran langsung, Mama tetap ketaq lutut peluh tiak hahaha. Sampai beberapa kali juga timbul rasa macam ehhh nak cancel je la, aii takut hoihhh!
Ye laa…mana pernah beraksi depan kamera. Nervous sangat sampai tanya Ben Ashaari, sebab dia kan dah biasa muncul di TV. Ben kata just relax & jangan risau krew TV AL-Hijrah cool & baik baik je. Kalau silap cakap pun diorang tak marah & boleh reshoot hehehe. Pagi sebelum ke studio tu pun kawan kawan #KelabBloggerBenAshaari bagi sokongan moral juga, lega skit rasa.
Sebenarnya beberapa hari sebelum shooting, krew TV Al-Hijrah ada bagitau apa topiknya so Mama bolehlah cuba bayangkan apa soalan yang akan ditanya & apa pula jawapan Mama. Siap points skit lah kan. Tapi kan….on the day itself semasa shooting tu, Mama rasa Mama cakap ntah apa apa je! Berterabur bercampur campur cakap Bahasa Malaysia & English. Pastu lain ditanya, lain dijawab pun ada huhuhu.
Sebabnya, si kembar 3 ni tak duduk diam! Diorang teruja sangat dapat masuk studio, tengok kamera & nampak muka sendiri kat TV! Even masa shooting, kamera tengah rolling tu diorang boleh kejap bangun kejap duduk, pegang pegang mike, tarik tarik bean bag yang ada kat situ.
Pastu kan, ada satu masa tu tiba tiba je si Fahmi ni dengan selambanya cakap “lamanyaaa! bila nak balik ni?”. Huwarrghhh Mama yang tengah menjawab soalan masa tu, terus berterabur idea apa yang nak cakap huhuhu *nangissss*. Harap harap diorang boleh edit & cut lah part tu.
Adehhh…satu pengalaman berharga yang masam masam manis betul lah, sesuai sangat dengan nama program tu juga ‘Masam Masam Manis’! hehehe 😉
Mengintai dari pintu je sebab rakaman sedang berlangsung
Krew TV Al-Hijrah paling muda ke ni? hehe
Menyibuk 😉
Touch-up skit bagi encem hehe
Mama sekeluarga berterima kasih sangat sangat kepada TV Al-Hijrah, Pn. Nora, pengacara Mas Muharni & Muniff Isa, juru mekap, serta semua krew program Masam Masam Manis. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Terima kasih atas layanan mesra & kesabaran semua krew dengan kerenah kami sekeluarga. Korang memang terbaik!
Haaa…korang jangan lupa tonton Mama merapu meraban dalam program Masam Masam Manis di TV Al-Hijrah esok, Khamis 2 Julai 2015, pada jam 11.30 pagi tau *lari nyorok belakang pintu, malu!*
7,240 total views, 1 views today









Wah mama tahniah.. Sy baru 4 bulan baca blog mama.. Tiap2 hari mesti tengok ada entry masuk pasal kembar.. Suka sgt baca blog mama kembar 3. Sampai cite2 lama pun sy selongkar baca.. 🙂 tak sabar nk tgok kat tv plk..
tahniah akak!terbaikkk lah
baikkkk….. syoknye hebat betui la
best nya mama dapat masuk TV..
wahhhh… kak nani.. nak sign… ^_^
Assalamualaikum, saya selalu dengar nama blog sist ni tapi hari ni baru menyinggah. Rezeki anak-anak kan? Tahniah!
Saya pun pernah tolak bila WHI ajak masuk TV..Live kot? takmaula..kiki
Wow congrats 😀
Alhamdulilah sis, so proud of u mama kembar tiga, siaran khas untuk mama sekeluarga….yeyyyyyyyyyy rasa seronok bila mama dan satu family masuk TV, ni nama yer rezeki tau sis…happy for u…nanti julia nak cari streaming khas boleh tgk kt pc
tahniah kaknani
Alhamdulillah..
Part Fahmi tu saya boleh bayang macam mana rasa nak nyorok je belakang sofa itu..Penat sangat agaknya..
Smlm tgk… kelakar betul fahmi… "apa perasaan tgk muka sendiri?" "Ni hensem (tunjuk fauzi), hensem (tunjuk faris), hensem (tunjuk muka sendiri).." mmg kelakar tgk… comel pulak tu…
tahniah dari aida 🙂
Kembar tiga…
(Nganga mulut luas2).
Eh, salam kenal.
(Mulut masih nganga).