Salam dears… Meriah! Dapat makan sepuas hati, dapat t-shirt dan juga hadiah cenderahati. Wahhh rasa macam ‘langkah kanan’ sungguh lah masa Mama dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari (#KBBA9) hadiri Majlis Raya Sakan ZY Phyto pada hari Sabtu lepas.
Rumah Terbuka ‘Raya Sakan ZY Phyto’
Sebaik melangkah masuk, kitorang disambut dengan mesra oleh staff ZY Phyto. Walaupun tak pernah jumpa dan inilah kali pertama Mama ke sana, terasa selesa ja nak makan minum dan ambil itu ini.

Tengok lah tu, ada jaa yang nak photobomb hahaha
Si kembar ni plak tak cakap banyak terus pergi meronda tengok apa yang ada. Pakat pulun makan karipap, aiskrim Malaysia dan koey toew goreng yang perghh sedap!





Siapa Zy Phyto?
Ohh yaa…ZY Phyto Holdings Sdn Bhd ni ialah syarikat 100% milik Bumiputera yang menyediakan khidmat membuat produk kesihatan dan kecantikan kepada para usahawan yang berminat untuk menghasilkan produk jenama sendiri melalui kontrak pengilangan (OEM).
Terkenal dengan gelaran ‘King of OEM’, ZY Phyto turut jadi pilihan founder produk terkenal seperti Qu Puteh dan Inteemor by Ephyra. Fuhh…hebat kan?
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang servis yang disediakan oleh ZY Phyto, korang boleh baca kat blog Mommy Shehan pasal cara nak buat produk sendiri.

Diantara produk yang dihasilkan oleh ZY Phyto

Rupa rupanya tak perlukan modal yang tinggi pun tau, dan boleh berurusan terus dengan pengilang, tak payah guna orang tengah. Mudah ja sebenarnya, Mama pun jadi teringin juga ni. Best kan kalau ada produk jenama sendiri? Ehh pergi laa baca kat blog Mommy Shehan tu yer.
Majlis Pelancaran ZY Herbal Science Sdn Bhd
Haaa semasa majlis Raya Sakan hari juga diadakan pelancaran salah satu anak syarikat ZY Phyto Holdings Sdn Bhd iaitu ZY Herbal Science Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Saudagarherba.com.

Saudagarherba.com ni menjalankan aktiviti perniagaan sebagai pembekal bahan mentah kepada peneraju industri produk kecantikan dan kosmetik. Ni sedikit maklumat tentang syarikat tersebut:
- ZY Herbal Science Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat perdagangan di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 2016.
- Fokus utama ZY Herbal Science Sdn Bhd adalah membekalkan bahan mentah termasuklah ekstrak herba, serbuk dan cecair yang mendapat permintaan tinggi di pasaran khususnya di dalam sektor pembuatan produk kecantikan dan kosmetik.
- ZY Herbal Science Sdn Bhd tidak hanya memilih mana-mana herba tanpa mengetahui manfaatnya, tetapi memastikan kualiti setiap bahan memenuhi dan mencapai piawaian kebangsaan bagi produk makanan dan kesihatan.
Herba kami terbukti secara saintifik oleh penyelidikan dan memberi manfaat kepada pengguna. Kini, keperluan untuk produk halal semakin meningkat dan telah mendapat perhatian utama di kalangan masyarakat dunia. Justeru itu, kami melengkapkan produk kami dengan sijil halal dari JAKIM.

Siap dapat cenderahati, yahooo hehehe
T-Shirt KBBA9 Tajaan ZY Phyto
Ohh yaa…salah satu anak syarikat ZY Phyto ada menyediakan servis percetakan, dan diorang telah berbesar hati menaja t-shirt khas untuk Kelab Blogger Ben Ashaari.

Terima kasih ZY Printpack Sdn Bhd! Kalau sudi lain kali taja lah lagi….ehhh hahaha

Memang cantik dan berkualiti tau t-shirt ni. Kainnya lembut, tak panas dan selasa ja bila dipakai. Hasil cetakannya pun cantik, kemas!
Hmm dah laa Raya Sakan, dapat buah tangan dan t-shirt plak tu untuk team #KBBA9. Syiok sungguh lah hari tum Terima kasih ZY Phyto Group of Companies atas jemputan. 😘😘😘
Maklumat lanjut:
Website:Â https://www.zyphyto.com/
Facebook:Â https://www.facebook.com/zyphytogroup
8,070 total views, 2 views today





best kan? rezeki kita
Tu lah, syiok sgt
Memang cantik baju tu, terima kasih ZY Phyto!
Menyerlah kalernya kan
bestnya dapat makan free
Alhamdulillah rezeki
A ah kan? Selama ni jenuh dok fikir camne la ramai org boleh buat jenama sendiri.. Rupanya lebih mudah gunakan perkhidmatan company macam ni. Baru tau😬
Tu lah, dulu ingatkan kena ada kilang sendiri lah apa lah hehe
tak sabar nak dapt baju gak..heehe..semoga terus maju Zy Phyto
Lawa tau tshirt tu, kualiti elok
Meriah.. Untung dapat pergi. Hehehe.
Alhamdulillah, rezeki.