Salam dears… Korang takut jumpa doktor gigi tak? Mama takuttt! Sebab tu lah gigi Mama tak cantik, senget je. Siap ada ‘gigi rabbit’ lagi haha. Tapi untuk si kembar ni, Mama seboleh bolehnya nak supaya gigi diorang cantik. Jadi walaupun Mama takut nak ke klinik gigi, Mama tetap bawa si kembar pergi. Tapi nak cari doktor gigi pediatrik atau doktor gigi kanak kanak, macam susah je nak jumpa. Mungkin Mama yang tak tahu kat mana kot?
Hmm nak bagi budak budak ni senang dan tak takut, kenalah cari doktor yang mesra dan pandai layan budak budak. Dan…penyabar! Betul tak? Haaa sebab tu lah Mama selesa bawa si kembar ke Klinik Pergigian PROHEAL MOC Balakong. Dah beberapa kali ke sana, walaupun dapat doktor yang rasanya bukan doktor gigi kanak kanak, tapi tetap mesra dan layan si kembar dengan baik. Jadi si kembar ni pun suka je bila diajak jumpa doktor gigi, legaaa 😊
Setakat ni kitorang pernah dapatkan rawatan daripada Dr Lim dan Dr Wong. Dua minggu lepas pergi, dapat jumpa Dr Wong yang baik. Si kembar ni macam biasalah gedik ja sibuk kacau pegang itu ini, Mama marah diorang tapi Dr Wong kata tak apa biar lah…biasa laa budak budak aktif camtu. Pastu doktor usik nak cabut gigi, terus si Fahmi lari keluar! Tau pun takut hahaha
Kitorang pergi tu sebab nak cabut gigi Faris dan nak buat scaling untuk cuci gigi si kembar ni. Walaupun kotor sikit, tapi doktor kata gigi si kembar ni ok, bagus sebab tak berlubang ke rongak ke. Doktor kata “pandai ibunya jaga”. Ehhh kembang montot maknya kena puji hahaha.
Rasanya ini lah hasil sejak kecil Mama Ayah kawal tak bagi makan gula gula dan setiap malam sebelum tidur mesti gosok gigi. Mama memang tak belikan gula gula, kalau orang bagi pun Mama hadkan, Mama buat kering ja cakap jangan bagi banyak banyak hehe. Mama pernah ceritakan sebelum ni tentang bagaimana cara gigi si kembar ni, silalah baca 🙂

Seorang cabut gigi, lagi dua orang tukang sorak 😉
Ohh yaa lepas tu ada lagi sekali kitorang ke sana sebab gusi si Fahmi bengkak dan ada infeksi sikit kat satu satunya gigi dia yang pernah ditampal. Nak bagi Fahmi tak takut, Dr Wong siap menyanyi nyanyi lagi tau. Releks laa si Fahmi siap gelak gelak tengok doktor, walupun sebelum tu dia nerves juga sebenarnya.
Dan….dengan Mama sekali tiba tiba jadi berani nak buat scaling! Huhhh dah 12 tahun tau aii tak buat. Memang ajaib betul lah tetiba hari tu berani plak walaupun doktor bagi amaran mungkin akan sakit sikit, sebab plak dah banyak kan huhuhu. Malunyaaa kat doktor masa tu *tutup muka*. Apa apa pun, rasa lega sebab dah tahu kat mana nak jumpa doktor gigi yang tidak menakutkan…sesuai untuk mak dan anak anak gitu hahaha 😉
Maklumat lanjut:
Klinik Pergigian PROHEAL MOC Balakong
S16-A (Tingkat 1), Jalan 1/6, Taman Indah,
Cheras Batu 11, 43200 Cheras, Selangor
Tel: 011-33334585
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu – 9 pagi hingga 6 petang
7,951 total views, 1 views today





wah untungla anak2 suka ke klinik gigi.
Raihanah recently posted…Detox dan Peranan Pencegahan Kanser
Lega 😃
Hahaha.. saya pun takut jumpa doktor gigi..
10 tahun tak pernah jumpa doktor gigi, sekali jumpa memang teruklah kena…
Eloklah bawa anak-anak kerap jumpa doktor gigi.. sekurang-kurangnya 6 bulan sekali…
anuar recently posted…[HASIL SURVEY] Kos Korban dan Aqiqah 2016 Untuk 1 Bahagian Lembu di Seluruh Malaysia
Yup, 6 bln sekali sebaiknya
bpe cost skali visit yer..
Bergantung kepada apa rawatan yg dibuat. Cabut gigi si kembar ni dlm rm30-40 camtu.