Salam dears,
Mama dapat message ni dalam Whatsapp. Disaat membacanya, rasa terkena batang hidung sendiri. Rasa insaf, rasa bersalah. Dalam kesibukan & penat bekerja, kadang kadang mudah sangat nak marah pada anak anak, walaupun kesalahan yang dibuat tu kecil saja.
Ni Mama copy paste from Whatsapp, sekadar peringatan untuk diri sendiri & all parents out there – kena lebih bersabar & pastikan anak anak tahu betapa kita sayangnya pada diorang. Jangan terlalu ego dengan anak anak, kalau tak mau anak anak ego dengan kita bila diorang dah dewasa nanti.
_______________________________________________________
KEEGOAN SEORANG BAPA/IBU
Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap
Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.
Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.
Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..
Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang menjemput.
Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan
Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.
Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.
Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.
Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.
* peringatan untuk saya dan anda
* kongsi dari seorang sahabat
_______________________________________________________

Peringatan untuk diri sendiri…
4,319 total views, 1 views today






biarpun tak kawen lagi, tp tersentap juga baca. teringat anak-anak buah semua.
Allah.. memang menusuk dalam kalbu. 🙁 thanks for sharing
terima kasih atas perkognsian ini Betul..kadang2 kita sebagai parent pun terlepas jugak….
oh mama dah tukar background ya… nice
Allahu…sama2 kita usaha untuk jd ibubapa yg terbaik utk anak2 insyaAllah
sedihnya..sebak dan nak mengalir air mata bacanya..samala mcm terkena batang hidung sendiri..
saya anak 4..yang sulung darjah satu asyik kena marah jugak..
btw,..salam ukhwah ya..baru jumpa blog awak ni..excited nak baca cerita triplets tu,..takleh imagine camne..sebab saya ada twin umur 15bulan..huiiiiii takleh imagine triplets 🙂
free2 singgah la http://mamasihatcantik.blogspot.com/
terasa sedih pulak membacanya…harap kita dapat ubah layanan kita terhadap anak² ni..thanks untuk peringatan ini…
samalah kita..walaupun x kawen lgi..tpi kdng2 trasa jgak..sbb sy pun ada anak buah..tpi nasib baik lah slpas ja habis sekolah diorng akn stay rumah parents sy sementra..skurg2 nya ada jgak tok dan tok wan layan diorgn..thaks for sharing..
Macam-macam perangai anak-anak boleh penat dibuatnya. Kalau ketiadaan mereka walaupun seketika membuatkan rasa rindu dan sunyi pula.
Terkesan di hati..
Moga kita akan berubah menjadi lebih baik dari sebelum ni..