Salam dears… Sejak kisah ngeri ‘diserang’ kutu kucing, Serai Wangi AFY Haniff dah jadi salah satu benda yang wajib ada kat rumah kitorang ni. Tu ‘senjata’ Mama untuk halau serangga terutamanya semut, lipas, lalat dan macam macam lagi lah. Ehh korang tahu tak yang sekarang ni Serai Wangi AFY Haniff dah bertukar nama jadi SWiPEL? Haaa baru lah hipster sikit bunyinya kannn hehehe.

SWiPEL Serai Wangi Penghalau Serangga Yang Berkesan!
Ohh yaa…SWiPEL ialah singkatan untuk ‘Serai Wangi Insect Repellent’. Setakat yang Mama dok guna, SWiPEL memang berkesan untuk halau serangga. Semut, lipas, lalat, kutu kucing pun bye bye!
Tapi dengan penggunaan yang konsisten lah. Macam Mama biasa guna SWiPEL ni setiap minggu. Janganlah sembur sekali ja setahun pastu harap serangga dah gone forever plak hokay…itu ‘angan-angan Mat Jenin’ namanya tu hahaha.
SWiPEL Insect Repellent & Cleaner ni ada dua jenis tau – satu jenis semburan dan satu lagi jenis pekatan. Mama guna kedua duanya. Yang jenis pekatan lagi jimat sebenarnya, tapi disebabkan Mama ni ‘rajin’, maka Mama lebih suka yang jenis semburan sebab bila nak guna boleh terus spray ja lagi senang. Bila nak mop lantai baru Mama bancuh yang jenis pekatan tu.

Fungsi 2-Dalam-1 SWiPEL Serai Wangi AFY Haniff
Bestnya SWiPEL ni ialah ia ada fungsi 2-dalam-1, iaitu sebagai penghalau serangga dan pembersih permukaan (insect repellent and cleaner).
SWiPEL mengandungi pati Serai Wangi yang merupakan bahan aktif citronellol dan berfungsi menghalau serangga secara semulajadi dengan bau ‘tajam’ serai wangi yang tak disukai oleh serangga.
SWiPEL juga bebas DEET (N,N-Diethyl-meta-toluamide) yang tinggi toksik dan membahayakan pengguna dan alam sekitar. Jadi Mama rasa lebih yakin nak guna sebab SWiPEL berasaskan bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia yang berbahaya.
Selain daripada menghalau serangga, SWiPEL juga mengandungi agen pembuihan yang bertindak untuk membersih dan menghapuskan 99.9% kuman dan bakteria di permukaan.

Haaa dalam keadaan sekarang ni memang sangat penting lah untuk kita sentiasa jaga kebersihan di luar dan di dalam rumah gak kan. Kerap kerap lah guna SWiPEL ni untuk bersihkan dapur, meja, mop lantai dan sembur kat sofa dan tilam gak. Kita ikhtiarlah sedaya mungkin untuk jaga kesihatan diri sendiri dan keluarga kita kan?
Ada sesetengah orang akan rasa yang bau SWiPEL ni agak kuat. Ye lah kalau baunya sweet manjah manjah gitu jer, ada yang semut leh releks lengkang kangkung ja kan hehe. Ni bau power, baru lah bersepah lari tak mai dekat dah haaa.
Tapi kalau ikut hidung Mama ni, ok ja baunya. Masa nak sembur tu jarakkan lah jauh sikit dari muka atau pakailah face mask kalau korang jenis yang tak tahan. Kejap ja nanti bau yang kuat tu hilang dah ok dah.

Cara Guna SWiPEL Serai Wangi:
- Bersihkan permukaan yang ingin disembur terlebih dahulu.
- Goncang sebelum guna.
- Putarkan trigger pada stream atau semburan.
- Sembur dengan jarak 20cm dari objek.
- Tidak perlu dibilas selepas disembur.
- Jika digunakan pada tumbuhan atau haiwan cairkan semburan pada nisbah 1:3.
Ada Banyak Lagi Produk SWiPEL
Kalau korang belum tahu, sebenarnya ada banyak lagi produk dalam rangkaian SWiPEL ni. Bukan setakat semburan dan pekatan saja tapi juga ada kiub penghalau lipas, kiub penghalau tikus, lilin penghalau lalat dan penyegar udara gak.

Kuib SWiPEL untuk halau tikus
Kiub SWiPEL untuk halau lipas
Kiub Anti-Tikus dan Anti-Lipas SWiPEL ni berfungsi untuk menghalau tikus dan lipas, bukan untuk bunuh tau. Baunya yang kuat dalam ruangan tertutup akan menghalang tikus dan lipas daripada memasuki ruang tu. Ia bebas daripada alkohol yang mempercepatkan pengeringan bau pada kiub. Jadi kiub ni boleh tahan selama dua minggu gak dalam ruangan yang tertutup.
Lilin Serai Wangi SWiPEL halau lalat
Lilin Serai Wangi SWiPEL untuk halau lalat dan serangga ni mengandungi parfum serai wangi dan pandan segar. Sesuai digunakan kat dapur, di restoran, spa, perkhemahan dan kat pasar pun ok.

SWiPEL Hanging Insect Repellent ni adalah penghalau serangga dan penyegar udara. Ada bau Serai Wangi dan Pandan. Mama letak kat dalam bilik, tutup pintu…bila buka pintu ja fuhhh baunya semerbak satu bilik wehhh. Memang power!
Ohhh yaa..walaupun SWiPEL ni bahan utamanya adalah serai wangi, tapi pastikan korang sentiasa ambil langkah keselamatan gak tau. Bak kata omputih, better safe than sorry.
Pastikan simpan ditempat yang tak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Bilas tangan dengan air bersih lepas guna, pakai sarung tangan kalau kulit jenis sensitif. Kalau terkena mata, cepat cepat bilas dengan air bersih tau.
Kat Mana Nak Beli SWiPEL?
Nak beli produk SWiPEL ni pun senang, rata-rata pasaraya ada jual. Boleh cari kat AEON Big, Mydin, Tesco, Giant dan banyak lagi lah. Kedai runcit kat area rumah korang pun mungkin ada kot. Pergi laa tengok hehe.
Tapi kalau korang risau nak keluar ke kedai masa kes Covid tengah meningkat ni, boleh gak beli secara online. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk kat laman web dan media sosial AFY Haniff yer…
Website: AFY Haniff
Facebook: AFY Haniff
Instagram: AFYHaniff_Consumer
YouTube: AFY Haniff
Pembelian Online: AFY Haniff
11,788 total views, 7 views today
Sep! Nina pun guna SWiPEL.
Geng! Hehe
Paling mudah nak guna , memang kena simpan stok kat umah ni
Betoi betoi
sy la tu yang tak berapa tahan bau dia. mmg kuat. tangan pun kena pkai gloves. hehe.. but efektif tu yg penting.. so kena ada kat rumah
YB Shehan recently posted…SWiPEL Serai Wangi AFY HANIFF – CARA SELAMAT HAPUS SERANGGA!
Yup, yg penting efektif & selamat
boleh cuba swipel lepas ni 🙂
Sila lah cuba, best guna
complete semua ada brangan swipel ni yer..
azni recently posted…Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti TV3 kisah orang ke 3 hancurkan rumahtangga
hmm, boleh nak coba nih. complete lah Swipel ni
Lutfiani recently posted…50 Ucapan Ulang Tahun untuk Keponakan | Islami, Menyentuh Hati
Cuba lah, best guna