Menyesal… Serius menyesal! Adehhh…patut lah Ben Ashaari awal awal dah kata jangan sesekali minum Kopi Badang ni. Memang betul ‘berhantu’ lah…tak boleh minum sekali, tapi kena berkali kali! Minum secawan…nak bercawan-cawan!
Alkisahnya semalam Mama ikut team Kopi Badang untuk ‘Program Sentuhan Kasih Ramadhan‘. Kitorang bawa anak anak yatim dan asnaf pergi shopping baju raya, itu nanti Mama cerita kemudian yer. Lepas dah shopping tu, ada majlis berbuka puasa kat Ruang di Shah Alam dan opkos laa ada Kopi Badang untuk para tetamu kan.
Staff situ dah bancuh satu bekas besar, siapa nak minum panas boleh, kalau nak sejuk tambah je ais ketul yang disediakan. Masa Mama dok tunggu giliran nak ambil kopi tu, staff tu kata “kak try minum sejuk, letak ais ketul tu banyak sikit kak”. So…aii pun ambiklah secawan ikut cakap dia.
Sebaik saja azan berkumandang, hirup sikit Kopi Badang ni. Terus rasa macam wehhh apsal sedap sangat ni?? Belek belek peket…ohh patutlah…diperbuat daripada 100% kopi asli! Dengan gelojohnya teguk lagi gulp gulp gulp sampai habis secawan dalam sekelip mata!
Pastu terus nak bangun pergi ambil lagi secawan, sampai Ben pun geleng kepala ja tengok hahaha. Nasi pun belum makan lagi masa tu tau, dah kalut nak tambah kopi, takut kopi habis punya pasal. Ehh buruk perangai mak budak ni kan hahaha

Minum secawan…nak bercawan-cawan!
Masa staff Kopi Badang tengah bancuh refill pun Mama setia menunggu kopi siap tau. Sampaikan staff tu kata “sabar ye kak…sabar…”. Adehhh…termalu aii huhu. Tapi tak lah malu sangat sebab ada geng yang sama naik dok terpacak kat situ tunggu kopi siap. Tu haa si Yanie pun dah ketagih Kopi Badang dah tu hehehe

Tensen agaknya abam abam ni nak bancuh Kopi Badang bila Mama dan Yanie dah dok menunggu sambil pegang cawan

Ishhh lambat betul lah si Yanie ni, tak tau ka orang dah tak sabar ni? (kredit foto Ben Ashaari)
Berebut Kopi Badang!
Kitorang ni siap berebut kopi nak bawak balik tau. Kat setiap meja memang diletakkan beberapa peket Kopi Badang ni, dengan terpaksa kitorang bahagi dua…satu untuk kau, dua untuk aku..gitu hehe. Ben Ashaari yang duduk semeja ngan kitorang langsung kitorang tak bagi, suruh dia pergi mintak sendiri. Sori boss, kitorang kedekut tak nak kongsi hahaha
Pastu kan, boleh plak dok jeling jeling kot ada peket kopi lebih kat meja sebelah. Si Yanie tu laa, Mama tak…Mama malu *konon*. Tapi kecewa, tak dak sepeket pun yang tinggal! Ye laa benda sedap, opkos laa masing masing pakat angkut kan, kan? Nasib baik lah sebelum balik dapat goodie bag ada sekotak Kopi Badang, yahooo! *joget*joget*

Ikut hati, nak ja angkut semua ni bawa balik. Nasib baik aii masih tau malu hehehe
Haaa korang kalau nak rasa Kopi Badang ni, sila lah order dari para stokis. Mama dah order dah dari Papa Amyzal. Yup, aii memang pantas bab membeli ni, nak cepat cepat order sebelum kehabisan stok. Habis kalu, nangis tepi bucu katil je laa jawabnya yerr huhuhu
Ehh korang nak jadi stokis pun boleh gak, ada peluang dapat insentif kereta Toyota Velfire atau Mercedes Benz wehh! Nak tahu macam mana, sila rujuk kat Facebook Kopi Badang Official yer…
Update – Disebabkan dah jatuh cinta dengan Kopi Badang ni, Mama pun dah jadi stokis, yayyy! Meh order ngan Mama meh…whatsapp 0133935052 naa 🙂
15,245 total views, 2 views today
Tu la degil taknak dengar nasihat jangan minum Kopi Badang ni, kan dah terjebak. Hahaha!! Anyway, terima kasih sebab sudi mengorder Kopi Badang yang tersangatlah badang tu ngan Papa Amyzal ya!
Hahaha padan muka degil sangat kan. Nanti mesti repeat order nih, konpem!
Taknakk cubaaaaaaaaaa.. dah la sume ckp best
Cuba…jangan tak cuba *hasut* hehehe
Menggoda sungguh lah kopi badang ni…
Sangattt hehe
Tau x pa…juju kt rumah suka minum kopi badang panas2…sedap…husband pun suka tau kak…
Try minum sejuk plak Juju, sedap hoihhh
wah menyelerakan nampak
berebut gitu
Si Yanie tu lah, nak berebut plak hahaha
Alamak… tkut lah nak minum.. iolls jenis hantu kopi… nnt termimpi2…
Minum lah..minum lah…. *hasut* hahaha
ni mesti sedap sangat ni
Memang sedap! Rasa kopi tu very smooth dan tak manis sgt, just nice
Nasib baik minum Dalam bulan ramadan. Hantu xde. Hehehe.
Hahahha kannn haha
Nak cuba gak lah.. Tapi nanti pasti tak tido malam pulak minum kopi ni.. 😔😔😔
Tengok orang jugak, Mama minum tapi lena ja pastu haha
Rak sabarnye nk minum nnt
Mesti ketagih lah pastu hehe
Wah, ni serius kene cuba ni 😊
Cuba jangan tak cuba…
huwaa memang menyesal tau.. hihihi terus ketagih dengan kopi badang..sedappp
Kan…ketagih sudah hahaha
Kalau ai penggemar kopi mesti ketagih jugak ni. Nak beli untuk husbandlah, dia peminum kopi tegar, mesti dia suka!
Haa bagi hubby u Mas, sedappp
Haishhh… menggoda betul la semua dok promote kopi badang ni…tak sabor pulak nak try… tapi nak rasa sepeket dua dulu.. haha~ nampak macam sedap…
Mesti tak cukup sepeket, baik beli sekotak terus Ain hehe