Salam dears,
Hari Sabtu lepas Mama sekeluarga pergi kenduri. Seperti biasa, bila orang tengok si kembar tiga ni, mesti ada yang akan bertanya soalan “Macam mana bezakan? Macam mana kenal? Muka sama jaa!”.
Jawapan standard Mama “Ada beza, tengok tiap tiap hari boleh kenal”. Walaupun yang sebenarnya, kalau tengok dari tepi atau dari belakang, Mama pun fail selalu hahaha. Sebabnya dak tecik 3 orang ni, tinggi dan berat masing masing hampir sama, beza laa sekilo seinci jaa kot.
Masa kecil baby dulu, kitorang pakaikan gelang warna lain lain untuk bezakan si kembar ni. Gelang buat daripada benang je pun. Warna biru Fahmi, hijau Faris dan merah Fauzi. Lepas tu, setiap baju akan letak name tag yang jenis iron-on. Kalau tertukar baju, tengok gelang.
Tapi bila semakin besar, raut wajah masing masing dah berbeza. Si Fahmi mukanya nampak paling matured, maklumlah taiko sulung kan. Bentuk muka pun, lebih bulat dan kulitnya gelap skit berbanding Faris dan Fauzi.
Si Faris pula, paling senang nak cam sebab ada tahi lalat kat dagu. Tahi lalat pemanis, bila senyum muka nampak cheeky tapi manis gitu hehe. Dan matanya yang nampak paling sepet antara diorang bertiga. Muka dia pun lebar skit.
Si Fauzi pula, muka kecil dan dagu runcing skit. Raut wajah Fauzi nampak paling muda diantara diorang bertiga. Sesuai laa sebagai adik bongsu, walaupun lahir bezanya cuma 2 minit dengan Fahmi dan seminit ja dengan Faris haha.
Daripada segi suara pun, masing masing berbeza. Mama dengar suara ja, InsyaAllah dah boleh kenal siapa yang bercakap tu walaupun tak pandang muka.
Tapi…cara paling senang nak bezakan diorang sekarang ni ialah…tanya je laa nama ni sapa? Hahaha. Kalau tersilap panggil, memang diorang akan betulkan.
7,210 total views, 2 views today
Comel kembar. Nani ada anak buah kembar dua sampai sekarang tak tahu nak beza. Hahahaha. Kena tengok hari2 juga lah kot baru dapat beza π
Betul la.. kecik muka memang copy paste.. dah besar nampak la sikit beza nya.. tp biasanya kita ni parents twin boleh cam.. orang luar ajer mcm susah sikit
wahh..kembar tiga. selalu tengok rancangan korea tuh superman is back ada kembar tiga jugak. comel kembar tiga π
Bila tengok Fahmi,Faris,Fauzi,,PC senyum sendiri..kadang tu terdetik dalam hati Ya Allah mana tahu satu masa nanti jodoh mereka juga kembar…subhanAllah..indahnya…mesti mamalah paling gembirakan…6 anak 3pasang kembar..hihi..
nak teka
dari kanan- fahmi, fariz,fauzi
betul x? huhuhu
coemy 3 orang tu… tapi pakai gelang memang senang la nak cam kan
ala xreti bezakan. hihi. comel2 semuanya
comel je masing2..dah bujang nanti macam mana la gayanya..hihi
saya baca blog ni dari tahun 2012..stil fail lah mama..tak tahu mana satu fahmi faris fauzi tu…hadeww..
saya laaaa tu yang tak leh bezakan kembarrrr kak nani ni hahahahaha..sy selalu tnya..ni saper hahahahahaha..mesti diaorang jawab..ok dah kenal dah..pastu jumpa tnya lagi hahahaha adoi samaaa sgttt
Alia Alang terbalik hehe.. Dari kiri Fahmi, Faris, Fauzi
hahah..pernah ada ke yang terkena dengan diaorang ni..bijak betul…heheh
Alhamdulillah..dah besar da semua..dulu time sy mule kenal mama kat dunia blog ni..dorg kecik2 lg..memang susah nak bezakan wajah dorang. π