Salam dears,
Selesai sudah Mama meregister and bukak fail untuk si kembar pi check up for speech delay diorang. Nasib baik laa nurse dah pesan awal awal tak yah bawak si kembar sama untuk register nih, sebab takat register je pun ambik masa almost 2 jam and kena pegi a few departments.
Banyak jugak laa proses and observations yang si kembar kena lalui sebelum dapat jumpa pakar nanti, berderet appointments!
1) 19 Ogos 2011 – Appoinment kat Unit Terapi Cara Kerja. Therapist kata ni basically to observe their attention level, leh ikut arahan ke tak and whether they can do things themselves. Also nak ajar si kembar ni cara untuk ikut arahan and duduk diam bila disuruh.
Katanya if duduk diam pun tanak, susah lah kita nak ajar diorang bercakap kan? Hmm Mama dah terpikir dah it will be a challange, sebab bak kata cikgu kat taska, si kembar ni seminit pun tak duduk diam hehehe. So it will be good for me & Ayah to learn that too.
2) 19 September 2011 – Appointment kat Unit Terapi Pertuturan untuk observe and test their language skills.
3) 29 September 2011 – Appointment kat Child Development Center (CDC) dimana nurse akan observe si kembar and akan interview Ayah & Mama jugak.
4) 29 November 2011 – Appointment kat Klinik Audiologi untuk buat audio test.
5) 30 Disember 2011 – Appointment ngan doktor pakar perkembangan kanak kanak kat CDC. Masa ni lah doktor akan discuss the findings of all the tests & observations daripada proses proses sebelum ni dan akan bagitau what to do next.
Perghhh giler banyak appointments kan? Habih laa annual leave Mama camni. Tapi takpa laa, demi kebaikan anak anak tersayang. Kalau pun it turns out that si kembar ni tak dak apa apa masalah, sekadar jenis yang lambat bercakap je, then Alhamdulillah.
If found out diorang ada masalah lain, then we can take action. Camni hati Mama akan lebih lega at least we are doing something. And bagus juga Mama & Ayah pun akan dapat belajar cara & teknik untuk merangsang pembelajaran dan perkembangan mental si kembar ni dengan lebih baik, InsyaAllah 🙂
By the way, thanks to Farihah sebab bagi tips untuk amalkan baca surah Robbisrohli tiap kali buat susu anak or siapkan makanan anak anak supaya diorang mudah cepat bercakap. Ibu ibu lain yang ada masalah anak lambat bercakap pun boleh laa kita sama sama amal kan.
Moga moga berkat usaha ni semua, si kembar akan cepat dapat bercakap and berborak ngan Mama, walaupun rasanya maybe nanti Mama yang tak terlayan sampai nak fengsan hahaha!
5,329 total views, 1 views today
hye sis berbuka apa tadi!kite dulu macam tulah,bila anak lambat cakap,mulalah risau.masa tu mulalah bandingkan dgn anak2 jiran/kwn/sedara yg sebaya dgn anak kite.
Pernah baca kat pa&ma perkembangan anak2 mmg berbeza.tapi better refer pakar kalau rasa perkembangan diorg lambat sgt berbanding budak2 sebaya diorg.
insya Allah nti anak2 sis akan cepat bercakap.hah masa tu nti sis yg tak larat nak jawab.diorg ni umpama mesin pop corn.anak kite yg bongsu ni pulak alahai becok tak ingat dunia.sampai satu ketika,kitorg jerit suruh dia diam hehehe.
anak saudra sy umo 4 thun p0n msih blm bercakp…
insyaAllah mama…izan doakan semua urusan mama dipermudahkan oleh Allah ye. then bila si kembar dah dapat bercakap dgn jayanya for sure mama tak terlayan punya…
salamm.
anak sy pulak banyak becakap…hik..hik..
tak telayan walo sorang..
alhamdulillah kak nani..
kta pun nak amalkan surah tu jugak la thankssss
xpe la…anak saya yg sulung 5 thn br byk bercakap..menurun sy kot yg pendiam ni…masa tu adik dia dulu yg byk mulut…jgn risau sgt la…
mula2 pendiam, pastu jadi banyak cakap. penat la akak nak melayan pasni. 3 lawan 1. haahaha
kembatolo: macam izwan & izzudin yer? kecik kecik pemalu tak banyak cakap (kunun hehe), dah besar tak lehj berenti sampai siap kenakan ummi sendiri bila tepon? haha! jgn marah 🙂
Nur Qaseh: 5 tahun yer? Hmm hopefully my boys pun camtu laa kan, jenis lambat panas enjin jer hehe
amiey lee: moga moga berkesan kan 🙂
Mama Farra and Faris: rajin bersembang ikut sapa agaknya tu yer? hehehe
Izan Ishak: thanks izan. mama pun dah dapat bayangkan betapa kecohnya nak melayan diorang bersembang nanti hehe
adilah: ohh ya ka? boy jugak ke?
aleasara: td berbuka pekena roti jala, yummy! hehe. mesin pop corn? kelakar laa plak membayangkan tuh hehehe
esok alya ada temujanji speech therapy, syasya ngan niesa pulak tak berenti bercakap sampai tak terlayan…tapi apa yang alya cakap, syasya ngan niesa jer yang paham, diorang yang jadi translator ibu…
betul.. bila banyak kali appointment maka cuti pun kena banyak juga yang perlu diambil.. tapi demi anak2 kurelakan jua..
kalau mama nak tahu pasal speech boleh godek2 cik jue punya blog sebab banyak jugak cik jue share pasal speech nie..
Insya Allah, si kembar tak de apa2. Derang nak suruh mama derang relax dulu. Kang dah pandai cakap kang..tak terlayan kot..sekali bagi soalan berderet tu…hehehe
the triplets: nasib baik ibu ada translator hehe
Farihah: time tu mama fengsan kot hehe
cik Jue aka Ibu farisyah: Actually lepas baca entries pasal farisyah kat blog cik jue laa yang Mama pi tanya kat peadiatrician dulu, but time tu pead kata tunggu diorang umur 3 tahun, tgk ada improvement ke tak. But now dah dkt 3 tahun dah, mama tanak tunggu dah laa. Thanks for sharing semua tu cik jue 🙂
aizamia3: agreed, if terpaksa cuti potong gaji pun potong lah…
Cerewet jugak kan…but its okey demimu anaknda…