Salam dears,
Lama betul Mama tak update blog kali ni. Sebab tak sihat, fizikal & mental….tapi bukan sakit mental ye hehe.
Beberapa minggu lepas, hadapi tekanan kerja. Masalah yang tak sepatutnya wujud pun…tapi Mama terjebak sama. Susah dan tak boleh nak diceritakan pada sesiapa. Simpan saja, sampai memakan diri. Tapi Alhamdulillah, sikit demi sikit….dah nampak akan ada penyelesaiannya. Ada harapan π
Tapi tu lah…bila lama dipendam, tekanan sangat rasanya…sampai badan pun jadi tak sihat. Ditambah plak dengan cuaca panas sekarang ni dan ada plak orang yang sangat ‘cerdik’ pi bakar sampah dekat sebelah umah Mama ni, menyebabkan batuk makin menjadi jadi.
Sudahnya dari hari Khamis minggu lepas Mama demam. Jumaat pagi semput pula. Pergi klinik, doktor bagi MC dan suruh balik rehat. Tapi disebabkan Mama dah plan nak cuti 3 hari sempena cuti sekolah ni, Mama paksa diri duduk kat ofis dan siapkan juga kerja hari Jumaat tu.
Akhirnya…sakit makin menjadi jadi, sampai nak bangun berjalan pun tak larat. Belum Mama pulih sepenuhnya, sambung plak dengan si Faris demam, muntah & cirit birit. Hari ni baru rasa ok skit, walaupun masih ada rasa lemah badan & pening pening skit. Nasib baik lah kebetulan parents Mama datang dari kampung, dapat lah tolong tolong.
Hmm asalnya nak bawa anak anak dan parents Mama jalan jalan ke Port Dickson sempena cuti sekolah ni, tapi semua rancangan terpaksa dibatalkan. Kecewa juga rasa. Tapi nak buat macam mana, dah tak sihat kan? Bak kata mak Mama, ada lah sebab tu kenapa Allah tak bagi pergi kali ni. Takpa lah…harap ada rezeki lain kali untuk bawa anak anak dan parents jalan jalan π
3,620 total views, 1 views today
Moga cepat sembuh hendakNYA.
Mungkin ada yang lain menanti bila rancangan asal terpaksa dibatalkan.
get well soon…jangan sedih ye..ada hikmah tu
rehat ye mama..g bercuti pun ok gak tu π
GWS ye…
jgn simpan2 prob tu , mmg kne story kt someone yg kite rpt ..
Semoga cepat sembuh mama π