Salam dears… Eiii masam! Busuk…tak sedap! Itulah yang terlintas difikiran Mama bila sebut Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal. Pastu terbayang bila minum tu nanti boleh jadi pedih menyucuk perut. Ye lah, cuka kot! Tapi disebabkan kebelakangan ni ramai plak kawan kawan blogger dok cerita tentang khasiat apple cider vinegar, tambah plak ada yang kata boleh kurus, apalagi…Mama pun terpengaruh nak cuba juga cuka epal keluaran Surya Malaysia yang jadi bualan diorang tu.
Haishh ni lah susahnya berkawan dengan blogger, kalau bab bercerita tu bersungguh sungguh sampai boleh buat kita terpengaruh lah. Tapi pengaruh benda baik takpa kan, bukan nya pengaruh suh buat benda mengarut kan. Ehhh melalut kelain plak, nak cerita tentang cuka epal ja ni sebenarnya ni hahaha
Cuka Epal dengan Madu Asli
Sebenarnya dulu Mama pernah beli apple cider vinegar dan minum. Kononnya masa tu nak amalkan lah untuk kuruskan badan. Tak ingat dah jenama apa. Tapi…hmm kes hangat hangat taik ayam ja, baru sekali dua minum dah berhenti. Sebab tak tahan rasa masam menyengat dan bau tak sedap! Mama ni kalau bab makan supplement, nak yang sedap aja hehehe.

Apple Cider Vinegar with Natural Honey
Sekarang ni dah beberapa hari Mama mulakan balik, cuba yang jenama Surya Malaysia tu. Dan memang boleh telan lah, yahoo! Malah sedap plak, masam masam manis. Rasa macam air zappel tapi tak bergas atau pun air epal cair giler gitu lah kot. Mungkin sebab ada campur madu asli (natural honey) jadi bau pun best ja, tak busuk. Jadi memang serasi dengan tekak aii lah. Tambah plak minum sejuk, perghhh laju jer teguk gulp gulp gulp!
Khasiat Apple Cider Vinegar atau Cuka Epal
Bila Mama post di Instagram dan Facebook tentang ACV ni, ada yang bertanya…betul ke boleh kuruskan badan? Well, daripada apa yang Mama Google memang banyak artikel mengatakan salah satu kebaikan cuka epal ialah ia melawaskan pencernaan dan membantu menurunkan berat badan.

Cuka epal sesuai digunakan untuk detoks dan kuruskan berat badan
Malah ada banyak lagi kebaikan cuka epal termasuklah:
- Mengandungi vitamin, pectin, postassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi.
- Mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.
- Bagus untuk detoks bagi mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan dan melancarkan sistem pencernaan.
- Merendahkan paras glukosa darah dan insulin untuk kehidupan yang lebih sihat.
- Membantu melambatkan pengosongan gastrik.
- Meningkatkan tenaga semasa berpuasa.
- Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
- Asid asetik boleh mengurangkan selera makan dan membantu meningkatkan metabolisma badan, dengan itu kadar pembakaran lemak menjadi lebih cepat daripada biasa.
- Boleh digunakan dalam masakan harian atau pun untuk ganti minuman kordial. Chef Wan pun ada cadangkan untuk guna cuka epal ni sebagai pengganti asam jawa dan gula bila buat ayam masak merah atau acar.
- Madu asli membantu melegakan batuk dan sakit tekak.
Kelebihan Cuka Epal dengan Madu Asli Keluaran Surya Malaysia
Well…dipasaran kan ada banyak jenama lain untuk cuka epal ni, tapi Mama suka jenama Surya Malaysia sebab:
- Mempunyai sijil Halal Jakim dan mendapat kelulusan sijil HACCP.
- Diperbuat menggunakan epal segar dan tidak ada bahan pengawet.
- Menggunakan madu asli tanpa sebarang gula tambahan.
- Harga yang berpatutan, lebih kurang RM20++ je sebotol. InsyaAllah boleh laa nak beli, tak lah macam sesetengah supplement tu sampai ratusan ringgit kan.
- Mudah didapati sebab boleh beli kat Watson, Lazada dan Shopee.

Cuka epal dengan madu asli ni sedap tau
Kesan Selepas Mengamalkan Cuka Epal
Macam yang Mama kata tadi, Mama baru beberapa hari je amalkan minum cuka epal dengan madu asli ni. Tapi…suprisingly, dah ada beberapa kesan yang Mama rasai tau…
- Lawas – dalam beberapa hari ni dah macam ada ‘set time’, dalam pukul 8.30 ke 9.00 pagi macam tu, mesti nak pergi tandas untuk ‘membuang’ dan lepas tu rasa fuhhh leganyaaa! Hehehe
- Selsema berkurangan – biasanya bangun pagi Mama sok sek sok sek hidung berair. Ataupun bangun tu dimulai dengan haachumm! Tapi, beberapa hari ni bangun pagi rasa hidung macam kosong je. Bukan lah tak selsema langsung, tapi rasa selesa…rasa ‘clear’. Boleh tarik nafas panjang panjang tanpa sebarang cecair tersangkut hehe. Ehh tak tahu lah macam mana nak terangkan, korang yang geng selalu selsema macam Mama mungkin faham kot?
- Berat turun – Haaa ni antara yang paling best! Mama tak expect pun akan ada kesan dalam masa beberapa hari je. Tapi pagi tadi timbang, ada turun 1.5 kg lah! Yayyy! Tak tahu lah sebab puasa sama kot, tapi sebelum sebelum ni kalau puasa bukan makin turun, tapi makin naik berat adalah. Jadi bila turun 1.5 kg pun dah rasa nak lompat bintang tau. Berapa berat Mama? Ehh rahsia lah tak nak bagitahu, aii is malu lah hahaha

Mama minum segelas Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey ni setiap pagi dan malam. Sukatannya 2 sudu makan cuka epal campur 180 ml air kosong gitulah lebih kurang.

Minum semasa berbuka puasa pun sedappp!
Ohh yaa…ibu menyusu pun boleh minum cuka epal dengan madu asli ni. Ada kawan Mama yang minum dan dia kata tak ganggu penyusuan dia pun. Tapi untuk ibu mengandung, rasanya tak sesuai kot. Sebab cuka kan, elok elakkan lah semasa mengandung. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey ni, korang boleh usha sendiri kat Facebook Surya Malaysia atau Instagram Surya Malaysia yer 🙂
31,397 total views, 8 views today
Makin ramai kata best acv ni.. sapa belum cuba kena cuba
Yup, harga pun murah ja
semoga raya nih boleh pakai kebaya lawa2
Amboih kebaya terus hahaha
Bila sebut je boleh kuruskan badan.. memang makin teruja nak cuba semdiri surya acv ni..
Kannn…harap harap raya nanti slim melim hahaha
Wahh boleh kurus aaa… hahhaha laju jer bab ni kan
Tau takpa hahaha
Cuka epal dengan madu asli…senang tak payah nak tambah gula ke apa …rasa pun tak kuat sgt mcm sesetengah cuka. Mudah nak amal…lawas!
Betul betul, rasa dah cukup sedap dah
Sedap buat air .. jd air rutin utk brbuka puasa 😁
Yup betul
ACV ni kalau minum dengan ais boleh ilang tak khasiatnya ?
Ok je minum ngan ais, lagi sedap
Lepas bersalin nanti ai nak amalkanlah, nak pasang body cam Che Ta ni! Hahahaaa.
Amboi che ta terus hehehe
memang sedap..yang ni memang mudah nak telan.
Yup betul, sedap plak tu
selalu bantai satu sudu pagi. satu sudu malam.
tapi kalau tak tahan kena sengat..jangan bantai makan.
haha..
Bancuh ngan air dulu tak tu hehe
bagusnya apple cider ni…nak kene simpan satu ni
Recommended sgt
Ummi dah rasa. memang sedap. tambahan kalau minum sejuk2
Ehm, boleh kurus la lepas ni yer. minum ACV hari2x
Harap harap nya kuruslah sikit masa raya nanti hehe
macam best je khasiat acv ni… teingin nk try
Try la lisa, bagus utk kesihatan
Oooo boleh kuruskan badan jugak eh,ok nak togok sebotol dengan harapan leh muat balik baju nikah hahahahah
Try laa sue, kot berkesan utk u kan
baru thu kebaikan produk nie
Yup banyak kebaikan, bagus untuk kesihatan ni
lau minum nie x de kesan sampingan k…
time pose boleh minum k…
Time puasa pun boleh minum, ikut sukatan insyaAllah ok
Ya mmng sgt bagus…i dah amalkn 3 botol..
Wahh bagus!
3 botol..turun btul ke berat bdan..mcm nk try jgak je
nak tanye,time yg sesuai minum acv ni pagi sebelum sarapan, malam sebelum makan malam..betul ke?
Acv elok diambil selepas makan
Dah cuba minum kesan ketara pada sya kulit lebih halus
Alhamdulillah 😊
Sudah try cuba kesan ketara kulit halus dn lembap rse bertenaga
Alhamdulillah 😊
Memang kena campur dengan air kosong ke?
Iya, ikut arahan kat botolnya gitu lah