Salam dears,
Si kembar 3 ni dah darjah 2, tapi diorang belum cekap membaca. Bukan tak pandai baca langsung, cuma masih ‘merangkak rangkak’ lagi. Cikgu diorang pesan suruh rajin rajin laa latih membaca dirumah, satu mukasurat sehari pun tak apa asalkan konsisten.
Budak bertiga ni memang suka buku, dari kecil lagi Mama dah biasakan diorang dengan buku. Cuma, diorang lebih banyak membelek gambar daripada membaca apa yang ditulis. Bila Mama cuba untuk buat seperti yang cikgu suruh, ada masanya terpaksa jadi ‘raksaksa gorgon’ juga lah nak memaksa budak 3 orang membaca. Kadang kadang, disebabkan Mama ajar sorang demi sorang, sementara nak habiskan giliran 3 orang tu boleh sampai rasa nak ‘give up’ juga lah huhuhu
Jadi, Mama cuba cari cara baru. Memandangkan diorang nampaknya suka komik, Mama bawa diorang ke kedai buku untuk pilih sendiri komik mana yang diorang nak. Tapi dengan syarat, setiap hari mesti baca komik tu kuat kuat bagi Mama dengar. Tak boleh baca dalam hati saja. Masing masing pun “ok Mama, kita janji”. Alhamdulillah setakat ni, bila Mama suruh diorang bacakan komik tu untuk Mama, diorang tak banyak songeh.
Hmm…mungkin ada yang tak setuju sangat bagi anak anak baca komik. Sebab komik ada yang ceritanya mengarut dan ganas lawan lawan. Tapi bagi Mama, pilihlah komik yang sesuai. Sebelum beli tengok dulu isi kandungannya, pilih yang gunakan bahasa dan ejaan yang betul. Juga tulisan yang cukup besar dan senang dibaca.
Mama rasa tak kisahlah anak anak nak baca komik ke buku cerita ke buku pendidikan ke, asalkan diorang nak membaca. Daripada langsung tak nak, sekurang kurangnya dapat juga pupuk minat membaca tu kan? Apa pendapat korang?
6,131 total views, 1 views today





setuju!😂
tak salah bagi anak2 baca komik untuk tarik minat mereka membaca dengan syarat kita ibubapa main peranan dengan memilih komik komik yang sesuai…
nanti ayyan dah besar nak cuba tips akak >.<
tak salah mama, mana2 pun boleh, dan cikgu anak ajar, nak bagi anak2 lancar membaca, suruh depan baca signboard kat jalanraya. latih setiap masa. insyaallah
kalau ikut minat depa memang boleh pupuk ..teruskan. lain budak lain cara.. good luck !
ok je kak,saya belajar bahasa inggeris dari sekolah rendah hasil dengar lagu and salin hehehhe bolehla lepas kan mat salle sesat sekarang hahahahah
bgus ni..satu tips beri dorongan anak suka membaca
my 1st book archer.. till now i still remember that book. i bought it at sg wang plaza
mama..dulu2 saya blajar membaca guna majalah Gila-Gila.. sebab tu jer bahan bacaan ada kat rumah hasil pengumpulan kakak2 n abang..
komik bagus sebab gambar yang menarik menarik minat anak. yang penting dia minat dulu. isi kandungan tu kita la kena pantau kan. diaorg mana tahu .kalau ada aksi lawan tu boys lagi la suka. kalau girls ni nak princess je
tak semua komik tu tak bagus …banyak kosa kata diorang boleh belajar nak2 komik yg dialih bahasa…anak2 kita pun baca komik sebab dulu makpkanya pun kaki baca komik…ehehehehe
Betul..asalkan penggunaat bahasanya elok dan ada nilai murni dalamnya…lepas ni boleh cuba baca surat khabar pulak untuk kecekapan mata dan kelancaran…in sya Allah si kembat boleh!..yakin boleh..
Selagi di bawah pemantauan kita layankan aje.. daripada tak membaca langsung.
Sama gak ngan anak2 kita..suka gak baca komik..diaorang baca sambil santai..