Salam dears… Hujung minggu lepas Mama pergi berkursus, anjuran company tempat Mama kerja. Mula mula kena pergi tu, Mama akui memang rasa ‘berat’ dan terpaksa jugak lah. Ye lah, hujung minggu kan…lebih suka kalau dapat habiskan masa dengan famili.
Tapi Alhamdulillah, bila sampai di tempatnya, semangat nak berkursus tu tetiba je ada. Salah satu sebabnya ialah tempatnya yang best – resort dalam kawasan dusun di tepi sungai. Jejak je kaki dah dapat dengar bunyi air sungai mengalir, terasa tenang sangat!
Ohhh kursus tu diadakan di Impian Rimba Resort di Hulu Langat, Selangor. Walaupun sebenarnya tak lah jauh mana pun dari Kuala Lumpur, tapi Mama tak pernah tau pun tentang kewujudan tempat ni. Tapi sekarang dah tau, InsyaAllah boleh laa pergi lagi.
Sebabnya Impian Rimba Resort ni bukan saja sesuai untuk anjur kursus ke kem motivasi ke di situ, tapi kalau nak bawak family bercuti di hujung minggu jauh dari hiruk pikuk bandar Kuala Lumpur ni, memang sesuai sangat lah tempat tu. Anyways, jom layan gambar je lah senang hehe….

Sejuk mata memandang…
Diantara chalet yang ada
Ada 2 single bed & 1 queen size bed
Lengkap dengan kipas, aircond, TV, hot shower.
Harga bilik Mama tak tau, sebab semuanya company yang bayarkan hehe
Gazebo di tepi sungai ni boleh sewa pada harga RM30 sehari
Kalau nak datang mandi manda saja di Impian Rimba Resort di Hulu Langat ni pun boleh, cuma bayar RM3 seorang je rasanya. Sebab disini ada disediakan tandas dan surau untuk pengunjung guna.
Suka sangat dengar bunyi air sungai mengalir…rasa tenang
Simple tapi sedap.
Masa kursus tu menu masakan Melayu dan lauk pauk ala kampung, memang kena sangat lah dengan tekak Mama nih. Air kopi O panas pun kaw kaw punya.
Bilik penginapannya selesa, makan minum pun sedap, dewan dan kemudahan untuk berkursus pun ok lah, selesa. Dewan ada aircond sejuk sampai terketaq lutut jugak lah hehehe. Mungkin tak setaraf hotel 5 bintang, tapi overall, Mama puas hati dengan Impian Rimba Resort di Hulu Langat nih. Rasa macam balik kampung pun ada, syiok! Kalau korang nak tau lebih lanjut, terjah sendiri lah website nya yer…http://impianrimba.com/
IMPIAN RIMBA RESORT ENTERPRISE
Lot 8944, Batu 22, Jalan Pangsoon,
Hulu Langat, 43100 Selangor.
Tel : 03 – 90211221 Fax : 03 – 90211217
Hulu Langat, 43100 Selangor.
Tel : 03 – 90211221 Fax : 03 – 90211217
Haji Ishak : 019 – 223 5304
Nur Ain : 017 – 539 1300
E-mail : impianrimba@yahoo.com
Nur Ain : 017 – 539 1300
E-mail : impianrimba@yahoo.com
8,420 total views, 1 views today
selamat datang ke hulu langat!!!
owh, kampung mertuaku 🙂
bestkan? sejuk je rasa.
siap ada sungai lagi..kan??
cantik pemandangan nya…
Terima kasih atas info. Saya sendiri pun tak pernah tahu ada, sebab tinggal di daerah hulu langat -bangi
Bestnya suasana kat sini… Kalau dapat buat program universiti kat sini kan best…
Saya pernah kursus kat sini.. memang menenangkan…