Salam dears… Hari Sabtu lepas, pagi pagi lagi si Fahmi dah tanya “Mama, nanti lepas tusyen nak makan churros boleh tak?”. Adehh bila anak bertanya dengan penuh sopan santun camtu, ditambah plak dengan muka seposen dia tu, tak sampai hati Mama nak kata tak boleh. “Ok lah sayang, lepas kelas nanti kita naik MRT ke MyTown, makan Street Churros kat situ ye?”. “Yayyy saaaayang Mama!” *kiss*kiss*. Ok, Mama cairrr hahaha!
Senang Je Naik MRT ke MyTown dan IKEA, Cheras!
Sebenarnya Mama pun teringin gak nak ke MyTown tu, sebab tahu yang sekarang ni dah ada laluan pejalan kaki yang bertutup dan bersambung dari stesen MRT terus ke situ. Mama ni tak pandai drive, jadi kalau tempat yang dah ada kemudahan MRT ka LRT ka tren ka Mama semangat sikit nak pergi tengok tengok. Kalau senang, haaa panjang lah langkah aii pasni hahaha 😉
Dan…memang senang pun! Kalau nak naik MRT ke MyTown atau IKEA Cheras, turun di stesen Cochrane pastu ikut je signboard yang ada kat situ. Jalan tak jauh, rasanya dalam 5 minit je kot jalan. Selesa, sebab laluan tu bertutup dan ada aircond jadi tak panas. Kalau hujan pun tak risau, masih boleh ke MyTown untuk bershopping yayy!

Laluan MRT Kajang-Sungai Buloh.

Ikut je signboard yang ada.

Pintu masuk laluan pejalan kaki ke MyTown dan Ikea Cheras

Laluan pejalan kaki ni bertutup dan selesa. Memang senang lah nak ke MyTown dari stesen MRT Cochrane tu.

Yayyy dah sampai MyTown! Masuk terus kat Ground Floor.
Melayan Permintaan Anak Anak…
Sebaik saja masuk ke MyTown tu, kitorang terus cari kedai Street Churros. Si kembar ni dah tak sabar nak makan churros, siap cakap “kita nak order semua yang ada!”. Hamboihhh korang ingat mak korang ni cop duit ka? hahaha

Happy si kembar bila nampak Street Churros ni 🙂

Mama order sekotak mini churros ni, cukuplah makan kongsi kitorang anak beranak. Sedappp!

Dapat 4 jenis dip jugak, best!
Jalan Jalan di MyTown
Dah puas makan churros idaman hati, tak kan nak terus balik kan? Alang alang dah sampai kat MyTown tu, Mama ajak laa si kembar ni ronda ronda sikit. Luas jugak MyTown, sampai Mama tak tahu nak pergi mana. Nak shopping, bajet nan hado huhuhu.
Tapi…si kembar ni ternampak plak ada MPH kat situ. Terus excited masing masing “jom Mama, kita nak tengok buku boleh?”. Ok lah jom lah ‘cuci mata’….

Nak tengok buku katanya. Hmm betul ka ‘tengok’ saja?

Opkos…Mama kena ‘pau’ juga akhirnya! Hahahaha
Kan dah kata, tak mungkin lah masuk kedai buku boleh ‘tengok’ saja. Konpem Mama akan kena ‘pau’ punya lah hahaha. Takpa lah, demi nak tanam minat membaca, aii is redha je lah belikan jugak. Tapi dengan syarat, balik rumah kang mesti urut bahu Mama sorang 100 kali tau! Apa, ingat free free ja ka dapat komik tu? Masing masing pun angguk je lah, nak komik punya pasal kan hahahaha
Jom Balik!
Dah settle beli komik, tak tau nak kemana lagi dah. Nak pergi kedai lain takut ‘terrrtengok’ ntah apa apa lagi plak kang hahaha. So, jom balik je lah anak anak.

Jom balik!

Bye bye MyTown, lain kali konpem leh datang lagi ni hehe

Dah pandai beli tiket MRT sendiri, tapi jangan berani berani nak pergi jalan jalan sendiri tau kembar…

Kalau bawa anak anak, hati hati tau naik eskalator kat MRT tu sebab tinggi dan eskalatornya laju gak tau.

Tak sempat balik rumah dah pakat baca dah 🙂
Hmm walaupun pergi kejap ja, dalam 2 ka 3 jam ja kitorang kat situ, tapi puas hati sangat lah si kembar ni sebab dapat apa yang dihajati. Mama pun puas hati sebab dapat gembirakan anak anak.
Bila balik tu kan, si kembar cakap “seronok lah hari ni, dapat makan churros dan beli komik. Terima kasih Mama, Mama memang terbaik lah!” pastu pakat hug hug kiss kiss Mama. Ohhh serius melting lah Mama tau hehehe. Alhamdulilah, syukur sangat dikurniakan permata hati yang sweet sweet macam ni 😊
Dan…kepala otak ni dah dok fikir dah…lain kali nak pergi lagi ke sana. Sebab senang je naik MRT ke MyTown tu kan. Boleh laa pergi tengok wayang ka makan makan ka ‘window shopping’ saja ka. Ehh memang panjang lah langkah aii lepas ni hehehe 😉
14,530 total views, 1 views today
memang senang.. hehehehe.. tu yg sokmo ariq ajak jom naik tren. hannah lak jom g stesen cochrane.. amboihhh
hahahah pandai depa nooo
Wah bestnya kembar..hehehe..kte nak try la naik mrt..haha..x pernah naik
Pi try…pastu pi shopping skali hehe
Wah..sakan kembar berjalan ye.. Seronok kemain lagi 😀😀
Alhamdulillah..seronok diorang 🙂
memang seronok dapat bawak anak jalan2…..memang plan nak bawak bebudak ni naik MRT jugak …..
Bawak laa, mesti excited tu
Memang mudah naik MRT ke sana kan, memang panjang lah langkah lepas ni
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Pengalaman Pertama Bila Anak Disahkan Jaundice Semasa Berpantang
Kannn…kejap kejap sampai ke MyTown hahaha
sekarang ini dah senang nak ke ikea, jemput singgah ke http://www.vitaminwawa.com , terima kasih …
Yup, senang
menariknya ada kemudah MRT, senang la nak berjalan dan elakkan traffic jem
Betul, tak payah sesak hadap traffic jam
sy pun baru tahu ade MRT yang lalu dekat my town cheras tu … lepas ni boleh laaa try…
street churos tu pun sedap. first rasa dekat sogo hari tu
Pasni jalan jalan ke MyTown plak ye hehe
Ikea Cheras the bestt sebab banyak barang.
Betul, kalau pergi mesti tershopping hahhaha
Baru tahu dah ada laluan bertutup tu lepas baca kat sini. Terima kasih!
Sama sama 😊