Salam dears… Mama bukan peminat Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Tak ambik tahu sangat pun pasal diorang, atau anak diorang si Lara Alana. Tapi bila ada kawan yang tag Mama kat satu posting di instagram Awal, Mama pun tengoklah. Pastu rasa ehhh ko ni, tak payah laaa nak kata orang camtu. Kata apa? Ni haaa…

Ini post yang Awal share kat instagram dia asalnya. Kata kata motivasi yang bagus kan?

Komen netizen yang Mama rasa tak berasa sedap di baca..
Mama tak tahu lah betul ke tidak Lara Alana tu ada apa apa development problem ke tidak, sebab Mama tak follow pun perkembangan dia. Setakat yang Mama pernah tengok kat instagram, nampak ok je…comel je dia. Nampak bijak je budaknya.
Kalau Nak Tegur Pun, Fikir Lah Dulu….
Cumanya bila baca komen netizen tu, rasa ishhhh sesuka hati je ko kata camtu! Mungkin ada betulnya, itu Mama tak pasti. Tapi…Mama rasa cara komennya tu tak berapa sesuai. Sesuka hati je kata anak orang ‘terlampau lambat’. Pastu jangan lah senang sangat ‘menjatuhkan hukum’ seolah olah mak bapaknya tak beri cukup perhatian pada Lara. Sebab, dia tahu ke apa yang Awal dan Scha dah buat untuk anak diorang?
Yaa diorang selebriti, setiap apa yang diorang buat jadi perhatian. Tapi, kita ni sama sama manusia, ada hati dan perasaan. Jadi fikir dulu lah sebelum nak kata/tulis apa apa secara public kat social media artis tu. Ehhh artis ka bukan artis ka, bila bab anak anak ni isu sensitif hokey. Nak menegur kalu, fikirlah dulu…biarlah kena caranya ye.

Ni lagi satu, ‘cantiknya’ bahasa tu…Mama pun boleh naik hangin kalau orang tulis camni!
Mama Faham Macam Mana Rasanya…
Hmm teringat kan si kembar ni, diorang pun pernah hadapi masalah lambat bercakap (speech delay) dan juga perkembangan yang agak lambat berbanding kanak-kanak sebaya diorang. Mama pun pernah juga terima komen-komen yang tak sedap camtu. Jadi Mama faham macam mana rasanya, bila orang ‘mengata’ anak kita. Tapi…biarlah, yang berkata tu bukannya tahu apa yang kita dah buat untuk anak anak kan? Apa cabaran yang kita hadapi pun, bukan semua orang tahu kan.
Alhamdulillah sekarang ni si kembar dah ok, setelah bertahun tahun jalani terapi. Walaupun diorang dah masuk darjah 2 baru pandai membaca dan daripada segi akademik tak berapa nak ‘cun’, selalu fail periksa…tapi Mama ok ja. Asalkan diorang nak pergi sekolah, tahu membaca, tahu mengira dan pandai berkawan (bersosial), pun dah syukur dah. Lagipun Mama yakin, diorang sebenarnya bijak. Mungkin tak bijak daripada segi akademik, tapi diorang tak bodoh! Lagipun, kalau tak pandai belajar, kalau selalu fail periksa…tak boleh jadi orang yang berguna ka?
Haishhh ntah lah.. Kadang kadang orang terlalu mudah menilai dan judge orang lain. Cepat sangat menuduh parents tak buat itu laa ini laa untuk anak anak. Walhal, apa yang parents tu dah buat, mana kita tahu kan? So, kalau kita tak betul betul kenal, bukan kawan atau ahli keluarga yang rapat, tak payah laa nak komen benda benda yang sensitif dan boleh mengguris perasaan orang tu. Kita doakan yang baik baik sudah lah ye….
7,469 total views, 2 views today
masing-masing ada tempoh dia…
Yup, lain org lain
amboiiiii yang mengomen punnnnn,ishhh kita lak panas ni mama huhuuuu setiap anak berbeza selagi masih dlam tempoh masa its normal itu yg doktor dokbebel bila cik sue pun risau humaira lambat tumbuh gigi and jalan.huhuuuuu doktor kata nak cepat2 awak buat robot la senang….haaa kena setepek.
Haa kan kena setepek hehe
Bagi PC mudah…setiap orang ada buku takdir masing-masing…tak salah nak menegur atau menasihati dan sebagainya tapi pastikan ada adab dan tertibnya…jaga bahasa..mesti kena dengan caranya..
Betul tu, adab dan bahasa kena jaga jangan sampai mengguris perasaan orang
netizen memang nak tunjuk pandai je..adoii
tu lah…
OOOOO.. ini rupanya kisah pasala komen Lara Alana tu sampai masuk dalam Melodi… Thanks mama sebab tolong share, boleh saya baca sekali. hehe..
Pandangan saya, Awal sebagai artis, kene beriskap terbuka, terima je apa orang komen/kritik/beri pandangan, tak perlu ego, and lagi satu si netizen yang komen tu pun patutnya janganlah tulis macam tu, eloknya kalau nak menegur PM je la si Awal tu, at least tak menimbulkan kontroversi atau fitnah sampai masuk melodi. hehe. *just my 2cents
Yup, kalau ditegur secara elok, rasanya Awal pun boleh terima dengan elok.
Tak kena kat anak dia lg mama.. boleh la dia ckp mcm tu.. setiap budak perkembangan dia berbeza.. suka ja lara explore dunia dia.. Anak dia 4 tahun baru boleh bercakap.. sekarang jadi engineer dari jepun..
Betul tu, setiap budak lain perkembangan nya. Tak kena kat diri sendiri, senang la cakap kan
Betul tu lain orang lain2 cara berkembang menuji dewasa. Mybe dia tkde anak kot tu jeles dng lara
Yup lain budak lain tahap perkembangan nya
my BIL cakap sepatah ayat pada umur 4 tahun …tanpa rawatan pulak ….maklumlah orang dedulu kan ….pandailah dia nak ajar anak dia pandailah dia nak buat kalau berul apa yang tak kena …kalau tengok dari rancangan LARA OH LARA tu nampak Lara tu bijak jer ….buat benda yang tak dijangka …independent pun yer ….
apapun ai memang tak suka ngan Awal Ashaari …tapi tak pernahlah kondem atau kutuk keluarga dia …sebab ai suka Scha jer ….hahahahaha
Sama laa kita, tak minat Awal…dia biasa hentam bloggers kan. Tapi bila bab anak anak ni, sian gak sbb as a parent tau camna rasa
Jeles arr tu lara tu glemer…tgk lara tu ok jer..xde pun yg kurang😊
Ntah laa, tak tau laa jeles ke apa hehe
Orang yg komen2 takde adab ni memang menyampah , ayat pun kasar je , mak pak ni sensitif bila orang ckp bukan2 psl anak dia bukannya xboleh terima teguran tp biar kena dengan cara
Tu lah bab anak ni mak pak mmg sensitif skit
Tah pape..dm la awal tu x yah la tego camtu..hurmmm
Tu lah, dm je lah kalau concern sgt kan
236 total views, 58 views today plugin apa ni?
Plugin Page Views Count utk wordpress
Menarik topik ni. Secara personal sy setuju dgn kak nani. Xyah nak kecoh sgt dgn hal org. Nak menegur boleh tp biar beradab. Btul bab anak ni sensitif ooi… even yg ditegur tu btul sekali pun, sentap tetap sentap. Jadi kena bijak berkata2…
Yup, kena bijak berkata kata
Sesekali bertemu buku ngan ruas.
Hahaa..
Tapi memang tak patut menuduh kannn
#AdabKatMana
yup…adab kat mana
Paling suka bila mama tulis pasal anak mama tu.. Mula2 akak pon risau dengan hero kecik akak ni… Tp bila baca kisah mama ni.. Buat akak utk lbh positif… Sbb tengok hero akak ni pon mcm lambat sikit dari segi akademik.. Masih x blh membaca. Thn depan darjah 1.
Kena sentiasa positif kak, untuk anak anak kita cuba sedaya upaya. Lain budak lain tahap perkembangannya. Yang penting kita as parents cuba bantu. Macam saya, tak suka terlalu memaksa sampai budak stress takut nanti dia jadi tak mau belajar terus, tapi slow slow guide dia. InsyaAllah boleh 🙂
senang cakap.
ambil yang keruh.
ambil yang jernih.
tu je.
Yup…
haaah apa aaa derang ni…. tapi tgk lara tu comey jer… english pun fluent jer.. apa lah masalah derang nih
Itu yang tak faham tu, tang mana yang dikata terlampau lambat nya tu huhu