Salam dears,
Selamat Hari Raaayaaa! Best tak beraya? Kitorang enjoyyy. Korang beraya dimana tu? Mama sefamily Raya pertama di KL dulu, umah my mom-in-law. Pagi ni nak bertolak balik ke kampung Mama di Lunas, Kedah plak. Owhhh tak sabar nya nak balik kampung, tak sabar nak jumpa parents Mama π
And tak sabar nak pulun makan ketupat pulut berkacang, yummy! Tekak aii ni tekak orang utara, ketupat nasik memang tak minat, bila nak telan tu macam ada tersangkut sangkut skit hehehe. Mama mesti mau ngap ketupat pulut jugak, tapi kat KL ni susah skit nak carik kan. Nak buat sendiri? Errr harap maap tiada dalam perkhidmatan hehehe. Anyway, ni some pics si kembar encem beraya smalam…
Selamat Hari Raya dari kembar 3 π
Punya laa susah nak ambik pic ngan si kembar nih, tak nak duduk diam walau seminit!
Mat motor datang beraya π
Orang pakai kain samping, si kembar pakai pelampung hehehe
Tengok laa tu, pi beraya pun bawak bantal bucuk tau
Pakat excited tengok bird, sampai ajak balik pun tanak hehe
Perghhh memang lasak betul lah si kembar nih, penat nak kawal diorang yang tak reti duduk diam tuh. But nasib baik umah MIL & umah Nenek Ayah ada macam macam mainan, at least it kept them occupied jadi dapat lah Mama melantak kuih raya dengan jayanya hehehe.
Actually kan, kali ni pics tak banyak sangat. Coz Mama cam malu-malu skit time mengsnap pics (malu laa kunun hehe), sebab asal Mama kluar handphone nak snap pics je ada yang kata “haaa tu boleh masuk blog tu”. Errr rupa rupanya mak cik pakcik sepupu sepapat semua rajin baca blog Mama laa *blushing*.
Mama memang tau parents and adik beradik Mama dok baca blog nih, tapi bila pak cik mak cik belah Ayah pun bila jumpa terus kata “ehh apsal dah banyak hari tak dak crita baru? Kita slalu baca blog Nani tau”, terus termalu laa plak aii hehehe
Tapi yang bestnya, dengan blog ni lah ahli keluarga sanak sedara semua dapat ikuti perkembangan si kembar ni. Walaupun jarang berjumpa, masing masing tau je crita tentang si kembar. Ni lah seronok nya berblogging, kan, kan? Ok lah, stop sini, nak sambung packing barang barang nih. Sebelum tu, kita nyanyi dulu…
Balik kampung oh oh oh…
Hati girang
Ho ho… Balik kampung
Hati girang
Hati girang
Ho ho… Balik kampung
Hati girang
Yahooo! π
4,278 total views, 2 views today












SALAM LEBARAN dan salam kemerdekaan buat mama kembar 3 sklrg..
lucunya dengan aksi kembar 3.. hehheeh. part samping pelampung tu mmg terbaik
ayu setuju sangat2 bab blog tu.. mmg banyak manfaat kan??
oh ya, berhati2 memandu ke utara. dapat bygkan mama dok pulun ketupat pulut banyak2… ehhehe
Citarasa Rinduan: thanks ayu. mmg akan dipulun ketupat dgn bersungguh sungguh nnt hehehe
Amboi. seronokny si kembar beraya. cantik baju dorang. siap dgn topi keledar lagi π
selamat hari raya dan selamat hari merdeka buat mama kembar 3…
lucu tengok gelagat si kembar 3 tuh..huhu
salam aidilfitri buat mama kembar 3.maaf zahir dan batin
salam aidilfitri dan kemerdekaan ke 54
Salam Aidilfitri kak.. Comelnya si kembar tu.. macam2 keletah dia waktu raya.
Hencem nya si kembar sedondon dengan mama dan papa..selamat hari raya sis…
hihii Selamat Hari Raya mama π
selamat hari raya utk mama kembar 3 dan juga si kembar,khasnya!!!owh semoga perjalanan pergi pulang ke kg dilindungi Allah amin.kite baru je balik dr selama,taiping.mmg sempadan kedah sgghlah.biasa dah makan ketupat pulut bkacang,mula2 tak reti maklumlah kite ni org Johor,reti makan ketupat biasa tu je.
jgn lupa update lagi tau!!!
sama la kita kak..tekak utara, balik pulak raya johor..susahnya nak telan ketupat nasi…nak jaga hati org sana, terpaksa la jugak telan….
betul tu.. dahlah jarang jumpa.. dengan cara macam ni aje sekurang2nya rindu terubat dengan keletah mereka itu.. π
selamat hari raya aidilfitri.. π