Salam dears,
Tak lama lagi si kembar ni ada peperiksaan…ujian bulanan tahun 2. Jadi semalam buat lah ulangkaji subjek Bahasa Malaysia. Tapikan…baru buat beberapa mukasurat je, terus Mama yang blur bila baca soalan ni….
Diftong? Vokal berganding? Digraf? Konsonan bergabung? Huwaaaa apa kebendanya semua tu??? Masa zaman Mama sekolah dulu rasa macam tak belajar pun semua tu! Yang Mama ingat, masa darjah 2 dulu setakat belajar kenal huruf, kenal nombor, membaca dan mengira je kot. Pastu yang paling ingat ialah pergi main je lebih hahaha
Kelam kabut laa juga Mama mengGoogle apa maksud diftong tu. Nasib baik jumpa dan faham. Kalau tak, malu laa wehhh kat anak anak, kan? Haaa kalau korang tak tahu apa maksud diftong segala tu, boleh baca kat SINI.
Hmm…apa pentingnya perlu tahu apa itu diftong, vokal berganding semua tu? Ntah lah…Mama pun tak tahu. Zaman Mama dulu tak belajar semua tu pun, Mama masih boleh membaca dan memahami bahasa. Memang laa tak pandai bahasa sampai nak jadi pensyarah ke ahli akademik ke penulis ke. Tapi boleh laa nak hidup, dan bekerja hehe. Tapi…nak buat macam mana, dah sekarang ni sistem pendidikan kat sekolah kata kena belajar, maka terpaksa lah kan?
Hmm…apa pentingnya perlu tahu apa itu diftong, vokal berganding semua tu? Ntah lah…Mama pun tak tahu. Zaman Mama dulu tak belajar semua tu pun, Mama masih boleh membaca dan memahami bahasa. Memang laa tak pandai bahasa sampai nak jadi pensyarah ke ahli akademik ke penulis ke. Tapi boleh laa nak hidup, dan bekerja hehe. Tapi…nak buat macam mana, dah sekarang ni sistem pendidikan kat sekolah kata kena belajar, maka terpaksa lah kan?
Patut laa zaman ni ramai mak pak yang hantar anak anak ke tuisyen je. Nak ajar sendiri kat rumah, bukan mudah kalau diri sendiri tak cukup ilmu! Tapi, yuran tuisyen bukannya murah. Tambah plak kalau anak ramai. Kalau tak mampu, adoii susah gak kan?
Nak hantar 3 orang ke tuisyen, mahal. Kalau Mama je yang pi tuisyen, pastu balik ajar si kembar, jimat skit hehe. Err ada ke cikgu tuisyen nak terima pelajar terlajak umur cam aii ni? Bayangkan…Mama masuk kelas tuisyen Bahasa Malaysia untuk darjah 2…dan budak budak umur 8 tahun lebih pandai daripada Mama? Aiyooo….maluuuu hahaha
Nasib baik lah ada pakcik Google dan ada cikgu cikgi yang rajin berkongsi ilmu di blog diorang kan? Terima kasih cikgu! 🙂
Hmm…semakin susah rasanya sistem pendidikan sekarang ni kan? Ke Mama je yang rasa macam tu?
3,416 total views, 1 views today
Adik ipar PC pun cakap agak susah la mama…anak dia baru darjah satu…patutlah sekarang nak tentukan kelas pun kena exam…ada orentasi…
sikit lagi dah boleh jadi penyair penyajak puitis dah budak2 zaman sekarang.. padahal takde kepentingan sangat pun dalam hidup seharian
erk apa tinggi nau tatabahasa utk budak darjah 2?? aduii
mujur ada google kan kak! ank sy yg baru umur 4 thn pun kdg blk sekolah tanya mcm² and kitorang blur, laju² google…malu la kn ank tanya makpak x dpt jawab…ngeh²
patut la sekarang bila tanya pelik2 je jawapan yang keluar dari mulut anak dara i..ntah apa la diorang ni belajar..x sama betul dengan apa yang kita belajar dulu
Ayarkkkkk camana nak ajar anak sendiri nanti…harus lagi bombastik depa punya….hadoiii
sama la…selalu google sebab ummi pun tak tahu…kesian anak2 sekarang…
itu la kan.
diftong la digraf la.
then ayat tak transitif la…
hu hu hu sama la kita.
the power of google 🙂