Salam dears… Walaupun dekat je ngan rumah, orang kata kentut pun boleh dengar lah hehe, tapi…tetap rasa seronok dan mood cuti cuti Malaysia tetap ada bila dapat ‘weekend getaway’ dengan keluarga. Tambah plak bila kitorang sewa homestay di Putrajaya yang ada kolam renang. Serius besttt!
Homestay di Putrajaya – Indie Apartment
Mama terjumpa Indie Apartment ni secara tak sengaja, masa saja dok survey tengok tempat tempat menarik untuk percutian singkat bersama keluarga. Mama memang gini, kalau datang angin rasa nak bercuti, mula laa mengGoogle cari hotel dan homestay murah murah, dan kriteria utama – mesti ada kolam renang!
Dok Google tu, terjumpa Indie Apartment ni kat website Airbnb. Mula mula tengok je terus rasa ehh macam best lah. Ada harga promosi plak masa tu jadi sewanya RM176 ja semalam. Untuk apartment yang ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air, pastu ada kolam renang, Mama rasa murah tu!
Terus whatsapp adik Mama tanya nak bawak Abah Mama pi duduk sana tak? Sebab kebetulan hujung minggu lepas parents Mama nak datang dari kampung. Adik Mama pantas je jawab “menarik gak”. Haa apa lagi, terus buat booking lah jawabnya hehehe..
Ohh yaa, ni pertama kali Mama cuba guna website Airbnb ni. Nanti Mama cerita pasal proses nak buat tempahan melalui Airbnb ni naa…itu pun kalau rajin lah ye hehehe

Indie Apartment ni homestay di Putrajaya yang terletak di Dwiputra Residence
Penginapan Yang Selesa
Sebaik saja melangkah masuk ke dalam Indie Apartment ni terus rasa wahhh cantik! Luas! Best best! Pakat teruja kehulu kehilir tengok bilik bilik yang ada. Serius jatuh cinta pandang pertama dengan layout apartment ni. Pastu berangan kalaulah ni rumah aku, syioknyaaa hehehe. Haaa meh nak tayang pics kat korang meh…

Cantik kan? Dekorasi yang ringkas tapi menarik dan selesa.

Ruang tamu kat Indie Apartment Putrajaya ni luas!

Pemandangan dari balkoni di ruang tamu

Bilik tidur utama, ada satu katil saiz Queen dan bilik air

Bilik tidur ke-dua. Ada dua katil single dan bilik air (attached bathroom) juga

Bilik tidur ke-tiga. Ada satu katil single. Yang ni tak ada attached bathroom, tapi bilik air di sebelah bilik ni je.

Pemandangan dari tingkap bilik ke-3, best nampak kolam tu cantik kan?

Ni bilik air untuk bilik ke-2 ka ke-3 ntah, lupa plak hehehe

Pintu masuk di sebelah kanan, bilik tidur ke-2 dan ke-3 kat belakang dinding belakang TV tu haa. Terlindung, privacy gitu, nice layout kan?

Kat sini ada disediakan peti ais, microwave, cerek dan teh, gula, kopi semua ada. Cuma tak ada dapur je, tak boleh memasak kat sini. Haa seterika ngan ironing board pun ada.

Ruang sebelah dapur, pinggan mangkuk ada disediakan kat sini.
Ohh yaa…kat Indie Apartment ni ada disediakan dua lot parking kereta untuk penyewa. Jadi kalau datang naik lebih dari 2 kereta, parking kat luar je lah. Atau ada parking untuk pelawat kot, itu Mama tak pasti. Untuk keluar masuk, nak naik lif je kena scan kad akses yang diberi oleh pemilik homestay ni. Tapi owner bagi satu kad je.
Jadi kalau menginap beramai ramai tu, sila bergerak secara berjemaah lah bila nak naik turun kat sini hehe. Hmm kalau lepas ni owner dapat sediakan dua kad akses untuk penyewa guna, tentu lebih memudahkan untuk penyewa kan?
Kolam Renang ‘Infinity Pool’
Kolam renang infinity pool ni lah yang Mama rasa menjadikan Indie Apartment ni homestay di Putrajaya yang sangat best! Sebab kolamnya luas dan cantik. Pemandangan di infinity pool ni masa awal pagi cantik memukau gitu. Disebabkan aii like sangat sangat, meh nak tepek pics banyak banyak buat kenangan hehehe

Cantikkkk!

Bagi Mama kolam renang yang luas ni lah tarikan utama kat Dwiputra Residence ni. Kolam ni ada bahagian yang dalamnya 1.2 meter tau, jadi kalau bawa budak budak pastikan korang sentiasa pantau yer sebab tak ada lifeguard kat sini

Ada gym juga kat situ, tapi aii opkos laa tak masuk pun gym tu hahaha

Sebelum terjun kolam, baca peraturan dulu ye anak anak hehe

Jom mandi kolam, yayyy!

Opah control ayu dok lepak tepi kolam je tengok anak cucu berkubang hehehe

Wan gigih angkat cucu gitu, padahal dok sakit lutut tu. Demi cucu, apa saja lah kann

Dah macam kelas berenang dan belajar terapung plak si kembar ni hehe

Pertama kali mandi kat infinity pool, asyik nak dok tepi tu je si Fauzi ni

Siapa suka mandi sini angkat tangan? Sayaaa!

Ntah apa dia berangan tu buat gaya gitu, tengah kumpul kuasa lawan raksaksa kot hahaha

Ada kolam kanak-kanak gak di Dwiputra Residence ni

Kolam kanak-kanak ni cetek sekerat lutut si kembar ni ja

Ada taman permainan gak kat sebelah kolam renang tu

Ni ntah apa nama ntah, kat sebelah kolam gak
Order Je Makanan
Asalnya rancang nak jalan jalan ronda Putrajaya diwaktu malam. Kononnya nak pergi makan malam kat Ayer8, pastu nak pi lepak kat Dataran Putrajaya. Tapi…sudahnya tak pergi mana pun. Masing masing dah penat lepas sakan mandi kolam, nak keluar pun malas dah.
Nasib baik lah owner homestay ni dah tampal siap siap iklan dari Restoran Taiba yang boleh hantarkan makanan. Apa lagi, terus telefon dan order je lah. Tak sampai setengah jam pastu, makanan pun sampai. Kitorang order Nasi Mandhi Ayam dan Nasi Kabsa Ayam, semuanya sedap!

Kitorang call nombor telefon yang ada kat situ je. Cuma harga makanan lain skit laa sebab tu promo lama tu.

Berselera si kembar ni makan, Nasi Mandhi tu sedap!
Percutian Singkat dan Dekat, Tapi Best!
Menginap di Putrajaya yang jaraknya tak jauh dari rumah, check-in Sabtu petang, check-out tengahari Ahad – memang percutian yang singkat dan dekat je hehe. Tapi jadilah, dapat gak merasa suasana lain dari biasa, berbeza dari rutin harian. Terasa laa juga pergi bercuti dan luangkan masa bersama keluarga. Yang penting, anak anak happy 🙂

Seronok sangat dak tecik 3 orang ni, rasa puas hati dapat gembirakan diorang 🙂
Hmm…masa nak balik tu kan, dok check check bilik semua Mama tanya lah ada tinggal apa apa barang tak? Ayah jawab apa tau… “tak ada tinggal barang, tinggal kenangan indah saja”. Ececeh….dia pun suka lah tu hehehe.
So…nampak gayanya nak kena mula menabung balik dah ni, dana ‘cuti cuti Malaysia’ aii dah kering dah hehe. Cukup duit nanti boleh lah nak repeat kesini lagi, InsyaAllah 🙂
8,998 total views, 1 views today
walaupun dekat tapi percutian yang sangat bermakna nak menyeronokkan.
Betul betul betul 🙂
wah bestnya.pool menarik sangat
Mmg best pool tu Ummi
Cantiknya homestay dia. Menarik betul.
Mmg cantik!
best betul! duduk homestay macam ni pun puas hati, kumpul ramai2.
Yup sesekali berkumpul camtu rasa lain dr biasa, enjoy!
Fuhhh dekat lah syokk kak nani…kolam dia luas betul..mmg puas anak2 kembar sis mandi..haishh juju plak eksaited baca entry akak ni…bagus owner ni sediakan menu leh order dari penginapan cayalah!
Kolam mmg superb juju, puas mandi!
betul tu. walaupundekat.. kalau pandai plih tempat nti boleh ciptakan moment yang indah dengan family
Kenangan tu yg sgt berharga kan
Perghhhh best giler kolam renang dia. Tak pernah tahu pun pasal homestay ni, TQ nani share. Nanti bolehlah pi menginap dengan adik beradik.
Haa pi pi.. hehe
Serius besssttt…tq mommy..nak bisik kat Mr Hubby jap gi..mesti anak² suka klu diajak ni..
Bisik jangan tak bisikkk hehehe
Mak aih..bestnya swimming pool dia! Bukan anak-anak je suka ni. Mak pak pun boleh tersenyum lebar,,hehe
Memang pun, mak pak sama naik sakan mandi kolam hehehe
tak kiralah jauh ke dekat,yang peting anak2 dan kluarga gembira dan seronok..hihihi
Yup, dekat dekat jimat duit minyak & tol gak hehe
bestnya dapat bawa anak-anak mandi dekat swimming pool.. Dekat Putrajaya pun kira dah ok dah tu…
Alhamdulillah, mmg puas hati lah anak anak enjoy
best tempatnya..murah pun murah
Yup, berbaloi