Salam dears… Si kembar ni kalau bab mengayat memang terror. Daripada kita nak marah, boleh tak jadi marah. Daripada tak nak bagi, boleh berubah fikiran dan kata ok jom! Contohnyalah kan…
Dialog 1
“Mama…Fauzi nak pergi toilet ni”
“Okeh”
“Mama, Fauzi berak…”
“Ok..tak yah laa cakap”
“Mama…Mama ada kat dapur ke?”
“Iya…”
“Mama…Mama ada kat mana?”
“Laa kat dapur ni laa!”
“Mama….”
“Ishhh tak yah laa dok panggil Mama sampai sepuluh juta kali! Berak laa diam diam!”
“Mama…Fauzi nak cakap…”
“Iyerrr…” (rasa nak marah dah)
“Fauzi love you Mama!”
“Okeh…I love you too…” (tak jadi nak marah, nak senyum ada laa hahaha)
Dialog 2
Komen si kembar masa tengok iklan produk kecantikan kat TV…
“Pompuan tu bukan cantik pun. Mama laaagiii cantik!”
Hamboihhhh kembang kempis hidung Mama ni haaaa. Hilang rasa penat seharian bekerja hehehe. Time tu kalau diorang mintak apa apa, InsyaAllah dapat hahaha
Dialog 3
Masa ambik si kembar dari taska, masuk je kereta terus tanya “Kenapa Mama wangi ni? Hmmm wanginya…wanginya! Kita suka lah” sambil buat muka dok hidu bau paling sedap dalam dunia.
Lepas tu…”Nak buka puasa kat Aliff boleh? Kita nak makan ABC, boleh Mama?” dengan muka paling baik, paling comei. Pastu pakat datang kiss kiss pipi. Okeh…Mama kalah! Walaupun baru semalam makan ABC dan Mama kata itu last, tapi takpa lah…jom lah pergi…
Haaa nampak tak? Nampak tak? Pandai mengayat sungguh laa si kembar tiga orang ni kan? Tambah plak bila ada udang disebalik mee! Bijak…bijak!
Nak mengayat Mama takpa ye anak anak. Dah besar nanti jangan dok mengayat anak dara orang merata sudah laa. Mama piat telinga korang sorang sorang kang! Hahaha 😉
8,037 total views, 2 views today





hahaha…. Tentu berbunga-bunga rasa hati Mama kan bila anak-anak buat macam tu… Dah lah dapat sentuhan kasih sayang daripada 3 orang dalam satu masa… memang Taouching habis ni…
Anuar recently posted…Nak Makan Laksa Sarawak lagi? Kena tunggu lepas Ramadhan..
Tau takpa…meltinggg hehehe
Alhamdulillah betul la selalu kita dengar anak itu unik…adakala racun tapi banyaknya menjadi penawar..syukur…sampai besar pun tetap jadi sweet talker pada mama tau anak2 bertiga ni…kalau tak nanti hati mama jadi sour..kesian mama 🙂
Harap harap sampai besar laa pandai ambik hati mama kan PC 🙂
kemainnnnn si bujang2 ni ,mudah cair laaaa macam ni hahahha
sue izza recently posted…Ramadhan 10 : Resepi Yee Mee Kicap
Tau takpa cik sue hehhe
kemain lagi diorang ek…hehehe
Tu laa mana laa mama depa tak melting hehe
Kak nani…hahhahahha julia baca ni kat opis berdekah2 ketawa tau…amboiiiiiiiiiiii pandai depa puji melambung2…kalau juju kat tempat akak pun tak jadi marah…siappp join makan sekali kt restoren depa nak pi tu tau hehehhe bijak2 anak2 buah auntie ni tau…
JULIA JOHARI recently posted…Julia Johari Blogger Pilihan Harian Metro “Kongsi Maklumat Dalam Blog”
Tu laa mmg tak jd nak marah hehe.
Hihi…kiut ja dorang nj
syiok je kan keletah anak-anak ni. Dhia pun dah pandai bercakap gak tu. KAalu kita tinggi suara. Dhia akan tnaya ‘”mummy..kenapa mummy marah-marah ini”. Kalau daddy cakap tinggi pun sama…”daddy, kenapa marah mummy”
Allahuakbar…sebak !
Lynda recently posted…Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya
cerdik !!!
yes. ayat mama ajer ye uolls cerdik cerdik sekalian.
tau takpa hehehe