Salam dears… Happy! Lega…dan nak terus amalkan, itu lah yang Mama rasa lepas hadiri sesi pemeriksaan kesihatan percuma buat kali kedua di Shaklee Home Office baru baru ni. Paling menggembirakan Mama ialah…Mama dah jumpa cara mudah dan berkesan untuk meningkatkan ketumpatan dan kesihatan tulang, yayyy! Alhamdulillah 🙂

Muka happy sebab keadaan tulang dah semakin baik 🙂
Risau Tulang Mudah Patah
Serius, antara benda yang paling merisaukan Mama ialah bila diberitahu yang Mama ni ada osteoporosis. Maksudnya tulang Mama rapuh, jadi risiko nak patah tulang kalau terjatuh ke terhantuk apa apa tu adalah tinggi. Mama ni dah laa jenis yang tak dak angin tak dak ribut pun boleh tetiba je ehhh….tergolek! Clumsy lah omputih kata.
Iyer, tak percaya tanya Ayah. Tengah saja saja jalan pun Mama boleh terpeleot kaki. Orang lain main terompah gergasi elok ja, aii baru beberapa langkah dah gedebukkk tergolek terseliuh kaki. Nasib baik lah tak patah tulang masa tu huhu. Sebab tu lah Mama nak sangat sangat jaga kesihatan tulang Mama ni.
Masa hadiri sesi pemeriksaan kesihatan yang pertama tu, pakar nutrisi menasihatkan Mama tentang betapa pentingnya kalsium untuk kesihatan tulang. Jadi Mama cuba untuk minum paling kurang segelas susu setiap hari. Tapi…masalahnya kadang-kadang Mama terlupa. Sebabnya Mama ni memang jenis yang ‘liat’ sikit nak minum susu. Bila minum pun, memilih…nak ‘fresh milk’ yang sejuk jer. Mengada ngada kan? Huhu.

Kadang jenuh juga nak menghabiskan segelas susu tu. Korang yang tak gemar minum susu pun mesti faham macam mana payahnya nak habiskan segelas tu kan, kan?
Jadi, untuk membantu Mama dapatkan kalsium yang secukupnya setiap hari, Mama ambil suplemen juga. Bagi Mama, suplemen ni mudah sebab boleh telan je hehehe. Lagipun, dalam suplemen tu bukan sekadar ada kalsium tapi mineral lain yang juga penting untuk membantu membina kepadatan tulang contohnya vitamin D, magnesium, zink, tembaga, mangan dan boron.
Berusaha Tingkatkan Kesihatan Tulang
Masa kali pertama check dulu, keadaan tulang Mama dikategorikan sebagai osteoporosis dimana kepadatan tulang sangat rendah dan tulang rapuh. Hasil pemeriksaan masa tu, umur tulang Mama seolah olah tulang orang tua umur 65 tahun keatas! Adehhh padahal Mama masih muda remaja, tentulah Mama risau kan… Aii baru sweet 17 kot…ehh? Hehehe
Tapi…dalam masa beberapa bulan je amalkan pengambilan kalsium dalam rutin harian, Mama dah nampak perubahan yang positif! Walaupun tahap kepadatan tulang Mama masih belum mencapai tahap normal untuk umur Mama, masih kategori osteopenia, tapi ianya jauh lebih baik daripada sebelum ni

Sebelum dan selepas – keadaan tulang Mama semakin baik, yayyy!
Dan Mama yakin, dalam masa beberapa bulan saja lagi amalkan pengambilan kalsium dengan konsisten, tulang Mama akan kembali normal, sihat dan kuat! InsyaAllah…

Sebahagian daripada rutin harian Mama sekarang.
Kesan Lain Selepas Mengambil Suplemen Dan Cara Hidup Sihat
Selain daripada dapat meningkatkan tahap kesihatan tulang, banyak lagi kesan positif yang Mama rasa lepas mengambil suplemen dan cuba amalkan cara hidup yang lebih sihat, diantaranya ialah…
- Tiada Lagi Sakit Tapak Kaki dan Tumit
Korang biasa tak bila bangun pagi, jejak je kaki kat lantai rasa sakit menyucuk nyucuk terutama kat tumit tu. Sakit oii, macam ada jarum!

Tak pasti samada apa yang Mama alami tu ialah plantar fascitis, tapi sakit kat kawasan tu lah (sumber gambar).
Mama dulu selalu macam tu, sampai kadang tu bila bangun pagi nak pijak lantai pun fikir dulu, takut sakit huhu. Tapi sekarang ni Alhamdulillah dah tak ada rasa sakit tu. Bangun pagi dengan confident je terus pijak lantai hehehe
- Tak Sakit-Sakit Sendi dan Kebas Jari
Bermula sejak mengandung dulu, Mama selalu rasa sakit sakit sendi atau rasa lenguh kat joints, kat lutut…kat jari pun ye. Kadang kadang nak bengkok kan jari pun ada rasa sakit camna ntah. Bila pegang sudu dan garfu lama lama nanti rasa kebas semacam dan genggaman kurang kuat, sampaikan boleh terlepas sudu dari tangan tau.
Tapi sekarang dah tak macam tu, dah tak rasa kebas jari dah bila pegang sudu lama lama. Bila genggam tangan atau bengkok kan jari pun dah tak ada rasa sakit atau tak selesa macam dulu.
- Kejang Kaki Semasa Tidur
Ini pun bermula semasa mengandungkan si kembar juga. Kerap terbangun tengah malam sebab kejang atau cramp kaki kat betis. Sakit oiii boleh meleleh air mata gak laa bila jadi camtu. Siapa yang pernah kena tu tau lah camna sakitnya kan?
Tapi Alhamdulillah sekarang ni dah tak kena kena kejang kaki ni. Lena jaa tidur malam dibuai mimpi indah gitu hehehe
Hmm melalui apa yang Mama Google, kebanyakan masalah yang Mama hadapi sebelum ni adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium dan mineral yang diperlukan oleh badan. Jadi Mama rasa gabungan suplemen yang Mama ambil tu sangat membantu dalam membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh Mama termasuklah kalsium, vitamin C, B-Complex, vitamin E, asid folik, beta karotena, protein, perlindungan antioksidan dan ehh macam-macam lagilah! Alhamdulillah 🙂
Serasi…
Mama rasa berbaloi sangat pergi buat pemeriksaan kesihatan percuma tu, sebab Mama rasa ia sangat membantu untuk mengetahui apa supplements yang paling sesuai untuk Mama. Malah, pakar nutrisi tu turut nasihatkan Mama tentang cara hidup dan pemakanan yang sihat.

Pakar nutrisi cadangkan Mama lebihkan makan sayur sayuran. Buat salad macam ni pun sedap tau. Rapuh kacang almond tu buat krup krap krup krap mengunyah, sedar sedar dah habis sebekas, yummy!
Hmm lain orang…mungkin lain keperluannya. Ye lah, badan semua tak sama kan. Mungkin badan Mama ni paling perlu kan kalsium, tapi tubuh badan korang plak perlukan benda lain. Jadi, alang alang dah ada pemeriksaan kesihatan percuma di Shaklee Home Office tu, why not korang pun ambil lah peluang untuk buat health check ni?
Check je dulu, pastu terpulang pada diri sendirilah nak ikut apa yang dicadangkan atau tidak. Sekurang kurangnya dapat nasihat percuma daripada orang yang lebih pakar daripada kita. Tak rugi apa pun aihhh. Ehhh jangan risau….pakar nutrisi kat Shaklee tu tak makan orang lah, diorang baik dan friendly jer hehehe 😉
Maklumat Lanjut:
Shaklee Malaysia
Website: Shaklee Malaysia
Facebook: ShakleeProductsMalaysia
Instagram: ShakleeProductsMalaysia
Alamat:
Shaklee Home Office
Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 1 800 88 6577 / 603-5622 3188
Email: customerinquiry@shaklee.com
2,574 total views, 1 views today
Kita pompuan memang berpotensi
tinggi tuk kekurangan kalsium. Bagus ada check up, then tau result report kat shaklee macam tu… Nak try pi. Check laaa…
Thanks info Nani
Sama sama 🙂
memang bagus shaklee ni..kte mmg consume ostematrix mmg bagus sgt
Alhamdulillah geng lah kita hehe
bagus info macam ni, kadang rasa macam kuat, tapi tulang dah mkin rapuh plak,
teringin nak cek jugak
Yup, bila check ni bagus sebab kita tau apa yang kena buat untuk improve.
memang bagus.sekarang Vivix dah jadi amalan suami.. ostematrix utk ina yang kurang kalsium.
Haa geng lah kita hehe
Produk shaklee ni memang bagus. Fiza sekarang makan supplement bawang putih tu.
Alhamdulillah Shaklee elok
banyak juga kena makan tu …
Bila dah jadi rutin dah tak rasa banyak dah hehe
waahh,, tq untuk info penting ni kak nani 😀
Feel free to comment entry Lyssa ni —> http://www.lyssasecret.com/2018/03/ipc-shopping-centre-pusat-beli-belah-sesuai-untuk-seisi-keluarga.html
Thanks kak 😀
Sama sama 🙂
kesihatan terlalu berharga ..
malah boleh masuk dalam kategori tidak ternilai..
dengan suplimen dan makanan sihat memaang terbaik untuk diambil secara konsisten dan berterusan
mrhanafi recently posted…Bagaimana Urus Duit RM50 Untuk Makan Seminggu
Ya betul, tak ternilai
Nak kena check jugak ni. Tapi kita memang pengamal sayur dan buah setiap hari, cuma supplemem camtu tak amiklah. Kena cuba jugak ni.
Bagus betul Mas amalkan pemakanan sihat
menjaga kesihatan sangat penting, terutama kesihatan tulang, tidak hanya untuk usia tua, usia muda kena jaga ya kan kak?
aizeindra yoga recently posted…BLOG M; PASAR MALAM; DAN RINDU MASA KECIL
Ya betul, jaga dari muda lagi bagus
Pernah makan vit c dan b complex waktu preggy .. sangat membantu
Alhamdulillah 🙂