Salam dears… Hari Sabtu dan Ahad lepas Mama sekeluarga pergi ke Melaka, saja jalan jalan. Itu pun sebab nak gunakan voucher bilik di Hotel Sentral Melaka yang dah nak expired akhir bulan ni. Mama beli voucher tu dah lama, masa MITA Tourism Fair bulan Januari dulu lagi. Tapi asyik bertangguh je. Akhirnya hujung minggu lepas baru laa sempat pergi, tu pun buat plan agak kelam kabut. Tak rancang betul betul nak jalan mana dalam Melaka tu. Yang penting, nak duduk hotel dan mandi kolam!
Haruslah posing dulu sebelum masuk hotel kan
Masa sampai ke Hotel Sentral Melaka tu cuaca panas terik, jadi Mama dah pasang angan angan nak check-in bilik ber-aircond dan golek golek jap sebelum keluar jalan jalan. Tapi…masa check-in Mama dah rasa pelik sikit, sebab staff kat kaunter tu ambil masa agak lama juga nak cari dan bagi kunci bilik, sedangkan Mama dah buat tempahan melalui telefon 5 hari sebelum tu dah.
Masa sampai tu, tak ramai pun pelanggan kat kaunter.
Dalam 15 minit juga lah dia dok belek selak beberapa buku rekod, seolah dok tercari cari mana booking bilik Mama sebelum bagi kad kunci bilik. Lepas dapat kunci dan bayar deposit semua, kitorang pun naik ke bilik. Tapi sebaik saja pintu bilik dibuka, Mama terus rasa nak mengamuk! Sebabnya….
Bilik berselerak!
Waktu check-out 12.00 tengah hari. Kitorang check-in dalam kul 2.30 petang dah. Banyak masa tu! Kalau bilik ni dah di reserved untuk kitorang, patutnya bilik dah kemas cantik laa kan? Tapi ni…berselerak! Sampaikan kitorang terkonpius…ehh termasuk salah bilik ke? Ada orang lain masih guna bilik ni ke? Huhhh memang rasa nak marah je lah masa tu!
Dengan rasa tak puas hatinya Mama telefon kaunter reception dan terus cakap “kenapa bilik belum kemas ni?!”. Agaknya dengar nada suara Mama yang macam nak marah je tu, staff yang jawab tu terus minta maaf dan suruh kitorang tunggu sekejap, katanya dia akan bagi bilik lain. Beberapa minit lepas tu dia sendiri naik ke bilik kitorang dan bagi kad kunci baru sambil dok minta maaf lagi. Tengok dia camtu, Mama pun mula cool balik.
Dan…sebaik sampai ke bilik yang baru tu, terus sejukkk hati aii ni. Rupa-rupanya dia upgrade kitorang ke Deluxe Family Room yang lebih besar dan lebih mahal daripada voucher RM99 yang Mama beli tu! Mama tengok kat website, Family Room ni harganya RM250++ juga lah. Tu pun harga promosi Internet, kalau walk-in mungkin lebih mahal lah kot.
Ada dua katil saiz queen! Daripada rasa nak mengamuk, terus bertukar jadi rasa nak joget joget laa plak bila tengok ni hehehe
Selesa!
Ada cermin besar, aii like 🙂
Peti sejuk kecil, almari, air mineral, peket gula, teh & kopi semua ada.
Cukup suis untuk nak charge handphone. Penting ni hehehe
Bilik air pun bersih
Kat tepi lif ada disediakan seterika, senang tak yah nak minta lagi dah. Bawa je baju pi seterika kat situ.
Ada kolam, yayyy! Tapi tak ada kolam untuk kanak-kanak, jadi kalau bawa anak kecil seeloknya pakai pelampung dan kena pantau sentiasa. Nasib baik kat satu bahagian tepi kolam ni airnya setinggi paras ketiak si kembar, jadi dapatlah diorang masuk berkubang sepuas hati. Dengan Mama pun masuk sekali, sebab nak jaga diorang supaya tak terlepas ke kawasan yang airnya lebih dalam. Padahal mak nya pun sama naik teruja nak mandi kolam hahaha 😉
Hmm nasib baik lah Hotel Sentral Melaka ni ada staff yang cepat bertindak untuk ambil hati pelanggan. Daripada awalnya nak marah, terus Mama rasa seronok dan puas hati menginap kat situ. Kalau tidak…haa tak tahu lah apa yang Mama akan tulis review pasal hotel ni haaa. Ehh terlupa plak nak tanya nama staff tu – lelaki Melayu, kurus kurus dan pakai spek. Terima kasih banyak banyak lah ye sebab upgrade kan bilik kitorang 🙂
InsyaAllah kitorang akan menginap kat Hotel Sentral Melaka ni lagi. Sebab lokasinya dekat dengan pusat bandar Melaka. Wi-fi percuma pun ada dan signal nya agak bagus. Tapi lain kali sebelum pergi nak kena rancang betul betul, ambik bilik Deluxe Family Room macam ni juga supaya selesa. Seeloknya beli bila ada harga promosi supaya jimat, barulah berbaloi baloi kan, kan? 🙂
Maklumat lanjut:
Website: Hotel Sentral Melaka
Facebook: Hotel Sentral Melaka
No. 20, Jalan Tun Sri Lanang,
75100 Melaka, Malaysia
Tel: +606-284 0088
Fax: +606-284 8125
Email: hsmeinfo@hsm.my
Coordinate: 2.203928, 102.253138
Pstt…jom baca cara merawat ekzema dan psoriasis.
18,345 total views, 6 views today
nasib baik dia upgrade kan bilik…mampu la memujuk hati kan
Kira ada hikmah juga disebalik bilik sepah n mmg rezeki u ols utk dpt bilik besar
Tu laa pasal, terus tersuka plak hotel ni hahaha
nasib baik la staf tak kemas bilik lagi..kan??hahahah..dapat bilik mahal..
Rezeki… ehehehe
Hahaha rezeki tu. Untung lah…!
Shiqeen Sattar recently posted…Baru Ku Sedar Diri 😢
Tu yg dr nak marah terus tak jadi, rezeki! hehe
Vavavaa…. beruntung nya! Jeles tengok dpt bilik besar…
Nina pun suka stay Hotel Sentral ni. Bersih kann?
Nina Mirza recently posted…Dup dapp dupp dappp …. Risaunya menanti saat tanda nak bersalin
Aa ahh bersih, cadar & towel bau wangi je. Suka! Thanks Nina sbb rekemenkan hotel ni kat i 🙂
Rezeki nk dpt bilik lg mahal tu mama. Hehe 🙂
Tu laa… Alhamdulillah 🙂
Nape x roger?
bleh singgah umah aida 🙂
Hari tu main terjah je Melaka, tak plan betul betul nak jalan mana haha
haha…nasib baik tak terputus angin..
apa2 pun cnti kblik deluxe tu..
Jie Susanos recently posted…Temuduga Besar-Besaran Daripada SPA
Tu lah… nasib baik dapat bilik cantik…kalau tak…
huyo. macam best je 😀
Uncle Zuan recently posted…Apa Yang Menarik di Bandar Seri Begawan?
Memang best! Rezeki dpt bilik besar hehehe
Dulu tak silap Hotel Grand Continental Melaka masa saya menginap kat situ. Dulu pun diorang tukar bilik jugak sebab aircond bilik sebelum tu tak kuat. memang mgt sama agaknya dari dulu sampai skang.. bagus PR dia 🙂
Yup PR bagus 🙂
mujur jugak dia upgrade bilik. selesa juga tu
Raihanah recently posted…Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium
Alhamdulillah, mmg selesa bilik tu
Fuhhh masuk2 bilik berselerak haaaaaaa…diorang bagi kunci tak cek la tu dah kemas ke belum…mujur la staf situ prihatin dah terus tukar bilik super duper ohsem besar dan bersih…terbaiklah…ada kolam yipppiii…murah la rate tu kak nani…rasa nak dok sini gak la hehe
JULIA JOHARI recently posted…Jalan-jalan cari makanan original Terengganu di dELONG coffee & such
Akak beli masa promo MITA Fair juju, berbaloi!