Salam dears… Sebenarnya Mama dah lebih 6 bulan guna Bio-Essence 24K Bio-Gold Rose Gold Water tapi terlupa nak tulis review. Ni dah nak habis dan dah start guna Bio-Essence Gold Water plak, baru lah nak review..boleh tak? Errr apsal macam berbelit belit plak ayat Mama nih? Korang faham ke tak faham eh? Hahahaha
Bio-Essence Rose Gold Water Review
Alkisahnya Mama mula guna ni sebab terpengaruh ramai dok cakap pasal rutin penjagaan kulit wanita Korea. Bila borak dengan Mommy Shehan, dia kata salah satu benda paling penting dalam Korean skincare ialah penggunaan essence untuk muka.
Lepas dah Google punya Google, Mama berkenan dengan Bio-Essence 24K Bio-Gold Rose Gold Water. Terus pergi beli kat Watsons, tapi masa tu Mama cuba yang botol kecil dulu. Beli masa sales yang kecil 30ml harganya dalam RM15++ gitu (harga asal RM21.90).

Kesan Guna Bio-Essence Rose Gold Water
Seingat Mama, lepas lebih kurang seminggu guna Mama dah nampak kesannya! Fuhhh pantas! Tapi tu kat kulit Mama lah, kulit korang tak tau laa macam mana kan.
Mama memang guna setiap hari dan hasilnya kulit terasa lebih lembab, lembut, pori pori nampak lebih kecil dan tona kulit nampak lebih cerah (bukan putih tau, tapi cerah). Kulit lebih bersih berseri glowing gitu lah hehe.

Lepas dah pakai Bio-Essence Rose Gold ni Mama rasa bila pakai moisturiser jadi lebih cepat menyerap dan muka kurang berminyak. Memang best!
Suka punya pasal, habis je botol kecil tu Mama terus beli yang botol besar 100 ml plak. Kebetulan masa tu ada sales kat Guardian, diskaun 40% jadi harga tinggal dalam RM45++ saja (harga asal RM75.90).
Ikut pengalaman Mama, dengan penggunaan 2 kali sehari (pagi dan malam) sebotol 100 ml tu tahan dalam 6 bulan juga. Jadi bagi Mama memang berbaloi lah beli, sebab tahan lama kan.
Cuba Bio-Essence Gold Water Pula…
Bila Bio-Essence Rose Gold tu dah tinggal sikit, Mama pun nak lah beli baru. Tapi masa dok belek belek kat instagram Bio-Essence ternampak komen katanya Bio-Essence Gold Water lebih sesuai untuk yang usia dah tak berapa remaja macam Mama ni haa.
Aiseh…sudah salah guna ka? Ehh tak lah, tak salah pun nak guna yang Rose Gold tu, dan Mama tetap dapat hasil yang memuaskan juga.
Cumanya bila dah tahu bahawa yang Gold Water lebih sesuai untuk range umur 35 tahun dan ke atas, maka Mama pun belilah yang Bio-Essence Gold Water pula.

Lagi sekali Mama bernasib baik dapat beli masa Guardian buat sales ada 40% off skincare, jadi harganya tinggal RM45.54 saja, yayyy! (Harga asal RM75.90)
Apa Beza Bio-Essence Rose Gold dan Gold Water?
Ikut apa yang Mama baca dan juga berdasarkan pengalaman Mama sendiri, kedua dua essence ni macam lebih kurang sama ja tapi:
- Bio-Essence Rose Gold sesuai untuk usia 25-35 tahun. Ada ekstrak Japanese Rose Eijitsu untuk melembapkan kulit, mengecilkan pori dan menghalang kedutan dan garis halus di wajah.
- Bio-Essence Gold Water pula untuk yang berumur 30 tahun dan ke atas. Fungsinya ialah mengecilkan pori-pori di wajah, menghalang kedutan dan garis halus, menyeimbangkan kelembapan, meningkatkan keanjalan kulit, menjadikan kulit wajah lebih berseri serta glowing.



- Tekstur – Mama rasa yang Gold Water teksturnya lebih pekat sedikit berbanding yang Rose Gold. Tapi kedua-duanya cepat menyerap dan tak melekit.

- Bau – Ikut hidung Mama ni, yang Gold Water ada bau macam citrus sikit dan yang Rose Gold opkos lah bau rose kan. Tapi dua dua bau nya tak kuat pun. Soft smell ja.
Hmm itu ja lah yang Mama tahu tentang produk Bio-Essence 24K Bio-Gold ni. Tapi yang pasti, Mama sukakan kedua duanya! Both pun sesuai dengan kulit Mama ni dan Mama rasa sangat berbaloi beli.

Samada sesuai atau tidak untuk korang, itu korang kena cuba sendiri lah yer. Kot masa tengah ada sales kat Guardian ka Watsons ka, boleh laa try beli kan? Selamat mencuba 😉
232,297 total views, 4 views today






dah try.. rasa segar je bila pakai!
Kann..best!
Dh try 3~4 mgu.. BE 24K GOLD.. kulit rasa halus n lembut
Alhamdulillah 👍👍
Nak tanya kalau umur 23 bole guna ke essense ni ?
Kalau ikutkan target age 25-35 yrs old, tapi mungkin u boleh cuba dulu? Try beli yang botol kecil & buat patch test tengok efek kat kulit u macam mana.
nak tanya .. blh ke pakai bio essence goldrose digantikan dgn moisturizer?
Yang Mama tahu, seeloknya pakai moisturiser juga lepas essence. Sebab fungsinya tak sama.
Pelembab ape yg elok nye😟
Maaf lambat reply. Kalau pelembap/moisturiser Mama pakai Vitamin E Cosmoderm dan Hansaegee Nature
Umi pun nak share juga bio essence. Skg ni baru sebulan pakai bio essence rose water. Umi berumur 50 ++ . Muka rasa perbezaannya nampak glowing dan muka tak kering, lembab dan ianya juga mengecilkan pori-pori. Mungkin umi ni sensitiv. Tp dgn bio essence ni mmg sesuai.
Alhamdulillah, seronok kan bila dah jumpa produk yg serasi
kalau umur 17 blh pakai ka yang rose gold tu ???????
Kalau ikutkan target age 25-35 yrs old, tapi mungkin u boleh cuba dulu? Try beli yang botol kecil & buat patch test tengok efek kat kulit u macam mana.
ammi ada beli essense jenama lain…tp bila tgk post mama baru teringat. Dasar makcik pelupa sungguh ammi ni. Sok pagi bolehlah letak kat muka sebelum gi kerja
Sheila recently posted…Saka Bubble Wraps
Hehehe sila sila 🙂
Umur 18 tahun boleh pakai ke yg rose gold tu?
Kalau ikutkan target age 25-35 yrs old. Tapi mungkin gak bergantung pada kulit masing masing, suggest you tanya Bio Essence sendiri berkenaan produk mana yg lebih sesuai utk umur & jenis kulit u, cuba tanya kat IG diorang.
Thanks Mama atas reviewnya. 😘
aienienka recently posted…NAYLA, ONE YEAR AND HALF
Sama sama 🙂
Nk tnya. Masa bila nk pkai g
Rose gold water dgn gold water. Sy skrg pkai rose gold water.nk cuba gold water. Ke pkai slah 1 je?
Boleh pakai salah satu, ikut kesesuaian umur & kulit
Oleh campur ngan produk lain ke..
Mama guna campur dengan produk lain ok ja.
Alamak ! Before beli tak baca dulu yang product ni sesuai untuk peringkat umur berapa. Agaknya rose gold tu sesuai tak untuk umur 20 tahun ?
Maaf tak pasti plak, kalau ikut yang di IG Bio Essence tu sesuai untuk 25 tahun..mungkin u boleh dm tanya kat Bio Essence produk mana lebih sesuai untuk umur u.
Pakai bio essence ni lepas pakai toner ke?
Ya, Mama pakai ni lepas toner.
Betul tu. Saya Pon guna bio essence ni. Serasi. Nak2 time preggy hrtu ya ampunnn syok !
Lega bila dah jumpa yang serasi kan
saya dah salah beli ke..ke ok je..?umur 26½ baru nk try..tapi beli yg gold..takit plk rase..hihi..beli set trial..7+ jugak laa..takut juga..
Mama rasa boleh try dulu pakai, buat patch test tengok macam mana samada sesuai atau tidak dengan kulit u. Macam Mama, sesuai ja pakai kedua duanya.