Salam dears… Hari ni Fauzi tak berapa sihat, semput…asma. Dah beberapa hari batuk batuk, tapi pagi ni mula semput dan dada berbunyi wheezing sikit. So terpaksa laa bawa pergi klinik ambil gas nebulizer sebab mesin yang ada kat rumah kitorang dah rosak. Alhamdulillah, dia ni walaupun semput tapi masih aktif dan ceria. Nak ambil gas neb pun senang, rela ja bila disuruh.
Terus teringat masa si kembar tiga ni kecil dulu, masa umur bawah setahun tu, boleh dikatakan hampir setiap bulan keluar masuk hospital. Dah jadi macam ‘rumah kedua’ kitorang je, kalau seminggu berumah di wad tu perkara biasalah. Masuk plak beramai ramai. Ye lah, kalau sorang kena…pasti berjangkit kat yang lain juga.
Sampaikan doktor suruh kitorang beli mesin nebulizer sendiri je. Pastu doktor suruh simpan stok ubat dan ajar macam mana nak pantau asma si kembar ni. Bila batuk lebih sikit dan dada dah mula berbunyi wheezing je, Mama akan mula bagi puff ventolin. Kalau tak jalan gak, bagi nebulizer. Dah macam doktor je tahu nak bagi ubat apa dan banyak mana kat anak anak sendiri hehe.
Lagi satu sebab doktor suruh kitorang beli mesin neb sendiri ialah untuk kurangkan kena masuk wad tu. Kadang kadang tahan kat wad tu sebab nak kena ambik gas nebulizer ja, so doktor kata bila dia tengok si kembar ni dah makin ok, dia bagi keluar wad dan suruh kitorang bagi sendiri je kat rumah. Lagi senang macam tu.
Ingat lagi, pernah doktor pesan bagi neb setiap sejam atau dua jam. Bergilir gilir tiga orang, sementara nak habis kan tiga tiga dah berapa lama tu. Lenguh gak laa tangan dok dukung atau riba diorang sambil bagi neb tu. Tambah lagi malam malam, sambil diorang tidur tu pelan pelan angkat riba dan bagi neb, sambil enjut enjut kan dan selawat, agar diorang boleh terus lena dan tak bangun menangis tengah malam buta.
Fuhhh memang tak tidur malam dan tak cukup rehat lah tiap kali si kembar ni sakit. Bila diingat balik macam mana kelam kabutnya handle si kembar semasa diorang kecil dulu, rasa macam tak percaya je dapat harungi semua tu. Pengalaman yang sangat berharga wooo.
Alhamdulillah sekarang dah umur 8 tahun dah. Dan insyaAllah penyakit asma diorang pun dah semakin kurang. Moga Fahmi, Faris dan Fauzi sentiasa sihat dan bahagia selalu, Amin… 🙂
Bila rasa ok sikit je, terus laa menggedik balik budak tecik ni hehe. Takpa lah, daripada duduk senyap lemah je, biar aktif macam ni, tak lah risau sangat kan?
8,442 total views, 1 views today
risau bila anak tak sihat… smg cpt sembuh k…
Amin… TQ 🙂
bila anak tak sihat, secara automatiknya emak jadi terlebih sihat. kdg taktau drpd manatah tenaga tu dtg.
bila anak da sihat, mulala emak pun tiba2 rasa x sihat… asyik sgt kuar tenaga transform jd hijau, merah, biru, coklat…
bila tengok dorg terlebih tenaga, kalau boleh nak je mnta dorg share tenaga tu sket…
kita keep calm and stay strong je la, kan sista kan?
ch@ recently posted…Hanya di Zalora!
Yup betul tu Cha, terpaksa jd supermommies 🙂