Salam dears…. Bayangkan, acara lumba lari khas untuk kanak-kanak…mesti meriah kan? Mesti comel, mesti cute ja tengok budak budak lari terkedek kedek beramai ramai hehehe. Budak budak kan, aktiviti lari lari ni mesti diorang suka. Tambah plak lari dengan geng rakan sebaya, wahhh mesti best! So…kalau korang dok mencari aktiviti riadah yang sesuai untuk kanak-kanak, apa kata korang bawa anak-anak ka adik-adik korang untuk sertai ‘fun run Kids Eco Dash 2.0 2017‘ ni…

Kids Eco Dash 2.0 2017
Kids Eco Dash 2.0 2017
Acara Kids Eco Dash ni adalah satu acara larian khas untuk kanak-kanak berusia dari 4 hingga 12 tahun. Ianya disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak menyertai aktiviti riadah serta menghargai alam sekitar.
Kanak-kanak berpeluang untuk merasai keseronokan menyertai perlumbaan ala ala orang dewasa, tapi pada jarak yang sesuai untuk kanak-kanak lah. Ishh budak budak mesti enjoy nanti kan?

Syoknya! Ni gambar kanak-kanak yang turut serta masa Kids Eco Dash yang pertama kali diadakan di Shah Alam dulu (sumber).

Ni pula aktiviti yang akan diadakan semasa cara pada 28 Oktober nanti.
Ibu Bapa Nak Join Juga?
Risau nak biar anak anak lari sendiri nanti? Laaa tak yah risau. Ini lah masanya nak bagi peluang anak-anak bersosial, belajar berkawan. Bagus untuk bina keyakinan diri anak anak kan.
Tapi…kalau korang risau gak, korang daftarkan lah diri sendiri sebagai sukarelawan. Pihak penganjur akan bagi tugasan kat ibu bapa semasa larian tu nanti. So sambil sambil tu boleh laa pantau anak anak kan? Hmm…apalagi, jom lah bawa anak anak sertai fun run ni!
Maklumat Lanjut:
Tarikh: 28 Oktober 2017
Lokasi: Taman Eko Rimba, Bukit Nenas Forest Reserved @ Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Masa: 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
Umur peserta: 4 hingga 12 tahun
Facebook: Kids Eco Dash
Pendaftaran: Kids Eco Dash 2.0 2017
1,450 total views, 1 views today
Memang menarik bila ada program seperti ini.. boleh laaa ajak anak2 join nanti..
Tu lah, anak anak mesti enjoy
dekat dah dengan rumah,,tapi umur anak tak boleh pulak..hahaa
Tunggu kot kot in future ada lagi leh join