Salam dears… Apa ada di Pusat Sains Negara? Best ke kat situ? Jawapan Mama – macam macam ada! Dan best! Bagi Mama ianya memang tempat yang menarik dan murah untuk bawa anak anak. Destinasi bajet gitteww hehe

Si kembar ni enjoy sangat masa kitorang ke sana baru baru ni. Ehhh bukan si kembar je lah, Ayah kembar pun sama naik ja dok main itu ini hehehe.
Ingatkan kejap ja kat dalam tu, Mama bajet dalam sejam dua dah boleh balik laa kot. Rupa rupanya, sampai 4.5 jam kitorang kat situ! Masuk pukul 9.30 pagi, pukul 2 petang baru keluar. Tu dia sakan nooo hehehe
Ehhh tak yah cerita panjang, Mama tepek gambar je lah yer. Bagi korang ada idea tentang apa yang ada di Pusat Sains Negara ni.

Laluan masuk ada akuarium.








Pukul 12 tengah hari ada ‘science show’, menarik!

Kat bahagian luar bangunan Pusat Sains Negara tu ada taman gak tau. Turun tangga untuk nak kesitu.



Kolam mandi pun ada! Airnya cetek ja, sesuai lah untuk budak budak kecil. Kolam ni percuma ja.
Harga Tiket dan Waktu Operasi Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur
Salah satu benda yang menjadikan Pusat Sains Negara ni best bagi Mama ialah sebab tiket masuknya murah je wehhh!

Harga Tiket Pusat Sains Negara (dengan MyKad)
– Dewasa – RM6
– Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun – RM3
– Warga Emas – RM3
– Kanak-kanak 6 tahun dan kebawah – Percuma
– Orang Kelainan Upaya – Percuma
Lagi best, parking pun free! Aii like hehehehe
Waktu Operasi Pusat Sains Negara Kuala Lumpur:
– Sabtu sehingga Khamis (9:00 pagi – 5:00 petang).
– Ditutup pada hari Jumaat.
– Kaunter tiket ditutup pada jam 4:30 petang.
Lapar dan dahaga? Kat situ ada kafe. Kecik ja tapi boleh laa nak beli makan dan minum buat alas perut. Kitorang tak makan situ pun, takat beli aiskrim ja.

Kafe ada di luar, kat sebelah kedai cenderahati.
Haaa menarik kan? Hujung minggu tu kalau tak dak idea (atau bajet ciput) nak bawa anak anak jalan jalan, pergi je lah ke Pusat Sains Negara ni. InsyaAllah enjoy!
Jadi lah untuk nak gembirakan hati anak anak daripada dok memerap kat rumah je, dapat gak berhibur sambil belajar kan..kan? 😊
Nak tau maklumat lanjut, boleh tengok kat website: http://www.psn.gov.my
47,367 total views, 4 views today




dulu nak p time free, serabut ramai orang. leh la p lps ni
Sila sila, pi awai pagi sebelum orang ramai
This very helpful, thanks
Masum Billah recently posted…8 Tips For Booking An Amazing Cruise
Welcome 🙂
Thanks share kak.. Tgh cari tmpt jugak nak habiskan weekend ni
Haa leh laa pi situ 🙂
penah pegi masa sekolah tapi tak meriah macam ni,rasa nak pi bawa anak2 buah la nanti hehehe
Bawak laa, budak budak mesti suka pi.
murah ni, boleh bawa anak jalan2 sambil belajar ni
mariana recently posted…Makan dan menang cabutan bertuah di D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet
Yup, bawak laa 😊
ok port baru nak bawak budak2 ..selalu petrosains jer kita kan….ni nampak lagi adventure….
Saidila Rahman recently posted…MY NEXT STOP TRIP ? LETS FLY TO SINGAPORE BEBEH
Sila sila…tiket pun murah ja tu