Salam dears… Sedar tak sedar dah masuk bulan Disember dah, tahun ni terasa cepat sangat kan? Tiba tiba ja macam…ehhh tahun depan si kembar ni dah nak masuk sekolah menengah dah, akan pakai ‘seluar hijau’ plak laa wehhh! Hahaha

Tapi tak kira lah anak sekolah rendah ke menengah ka, Mama ni tetap sejenis yang kalau boleh semua nak senang…tetap nak cari baju sekolah yang mudah nak diuruskan. Jadi Mama dah order baju sekolah mudah gosok jenama ThomX School untuk si kembar ni pakai tahun depan.
Sejak bulan lepas lagi dah order, tapi ni baru nak cerita kat korang hehehe. Ehh pertengahan Januari 2021 baru nak sekolah, awalnya dah siapkan uniform? Ya, Mama siapkan awal sebab tak nak kelam kabut kot kot nak kena alter ke apa ke, terutamanya kalau kaki seluar panjang sangat.
Lagipun barang untuk persekolahan kan banyak, bukannya baju uniform sekolah saja. Nanti nak beli kasut laa, beg laa, buku laa. Jadi bila siapkan sedikit demi sedikit, tak lah rasa ‘perit’ sangat keluarkan belanja segedebukkk gitu kan. Maklumlah, anak ramai hehehe
Beli Baju Sekolah Online di ThomX School
Dalam keadaan sekarang ni, Mama agak risau nak bawa si kembar ni keluar kemana-mana pun, memang lebih selesa shopping online ja. Errr…dari sebelum Covid-19 pun Mama dah memang online shopper tegar dah pun hehehe.
Mama lebih suka beli barang secara online sebab rasa senang klik klik pilih…klik klik bayar, pastu tunggu ja abam posmen hantar depan pintu. Jimat masa, jimat tenaga, jimat duit minyak, jimat duit parking gak kan. Senang!

Dan Mama rasa best shopping kat website ThomX School ni sebab laman web ni mesra pengguna (user friendly). Senang nak cari apa item yang kita nak, nak tahu saiz apa nak pilih pun senang sebab ada carta ukuran kat page yang sama.

Lepas dah pilih saiz dan kuantiti masukkan je dalam shopping cart, checkout dan bayar online dalam beberapa minit ja dah siap! Tak payah nak penat beratur panjang kat cashier counter bagai.

Baju Sekolah Mudah Gosok
Ohh yaa…lagi satu sebab Mama suka uniform sekolah ThomX School ni ialah sebab material/jenis kainnya yang anti-kedut dan mudah digosok. Jahitan pun kemas, memang puas hati. Bagi Mama kualitinya tip top!

Kemejanya kain jenis licin dan lembut. Sangat mudah nak gosok, tak payah dok tenyeh seterika lama lama nak bagi hilang kesan kedut lepas masuk mesin basuh tu. Gosok manja manja ja dah hilang kedut dan licin elok. Senang hidup mak hehehe


Tak Muat? Boleh Tukar Saiz Lah…
Hmm tak risau ke beli awal ni kot kot nanti masa buka sekolah baju ka seluar ka dah tak muat macam mana? Kot laa anak-anak makin meninggi ka ‘melebar’ ka? Maklumlah, dok rumah ni kerjanya makan tidur, makan tidur je kan hehehe.
Haaa itulah salah satu sebab Mama suka order baju sekolah ThomX School uniform ni sebab boleh tukar dalam masa 365 hari dari tarikh belian. Bagus kan?
Kalau nak tukar, cuma perlu poskan balik kat diorang dan diorang akan ganti yang baru. Tapi dengan syarat item yang korang beli tu masih belum dipakai lah yer. Kalau dah pakai kehulu kehilir pastu nak tukar memang no, no, no lah hehehe. Nak tahu lebih lanjut tentang syarat-syaratnya boleh baca kat link ni yer.

Ohh yaa… kalau korang nak order baju sekolah mudah gosok ThomX School ni boleh lawati laman web http://www.thomxschool.com/. Dapat free shipping untuk belian berjumlah RM150 dan keatas. Dan sekarang ni tengah ada macam macam promosi lagi, boleh jimat! Yahooo! Hehe




Haishhh…macam tak percaya je anak anak aii kena pakai ‘seluar hijau’ dah tahun depan! Anak dah makin besar…maksudnya Mama nya pun dah makin ‘senior’ lah ni. Tapi tetap nampak macam ‘sweet 17’ ja kan, kan? Perasannn! Hahahha
Baju Sekolah ThomX School
Website: ThomXSchool.com
Facebook: ThomX School
Whatsapp: 016-5822343
2,954 total views, 1 views today
Menarik yer baju dan seluar sekolah daripada ThomX Uniform School nih.
Makin mudah nak pilih size yg sesuai.. Senang gosok lagi.
Terbaik lah!
Ya, memang berbaloi.
Nina pun tengah survey baju sekolah untuk bebudak ni..
Nak try macam baju kembar ni laaa, senang keje abah nya tak perlu beria menggosok nanti.
Sila sila..mesti abahnya suka less work hehe
Uish… Nmpk menarik ni. Harga pun berpatutan. 👍👍
Yup, berbaloi!
amboi kemain kembar. best gila boleh tukar klu x ok saiznya. less iron lak eh? Cun. nk jgk la..
Yup, boleh tukar saiz tu best
Bgus produk dia.. Berkualiti setanding harga
Ya, memang berbaloi
Cepat betul anak-anak membesar. Tahu-tahu dah sekolah menengah.
Otak Kiri recently posted…Syiling Perak 999 AG Thank You Frontliner.
Tu lah, cepat sangat rasa
Senang kerja kalau mcm nie, kembar 3 pula tu lagilah rasa bertuah anak2 dpt pakai baju thomx school
Alhamdulillah, uniform ThomX memang best & memudahkan.