Salam dears… Mama bukan peminat cerita Korea mahupun K-pop. Tak ambil kisah sangat pun pasal tu semua. Lee Min Ho hensem? Ishh Shah Rukh Khan lagi hensem kot hahaha. Tapi…Mama dah laaama teringin nak bercuti di Korea.
Sebab selalu tengok gambar pemandangan cantik cantik kat sana. Tambah plak lepas baca catatan rakan-rakan blogger #KBBA9 yang pernah bercuti di Korea dulu, Mama terus pasang angan angan…suatu hari nanti aku pun nak bercuti ke Korea juga!
Alhamdulillah… ‘Suatu hari’ tu sudah pun tiba. Angan angan kini telah jadi kenyataan…
Mama dan seorang lagi blogger #KBBA9 iaitu Saidila kini telah pun menjejakkan kaki di bumi Korea! Yayyy! Yahooo! *joget joget sikit hehe*
Kali Pertama Naik AirAsia
15 Disember 2017 kitorang bertolak dari KLIA2 naik flight AirAsia. Terasa sedikit jakun gak Mama ni tau, sebab dah lama tak naik kapal terbang. Kali terakhir…rasanya 3 tahun lepas kot! Dan…tak pernah merasa naik AirAsia. Mau tak gedik kan, kan?
Nak pergi mana, check-in kat mana, apa prosedur semua tak tahu. Menonong jaa ikut Kak Long Saidila mana dia pergi, macam anak itik ikut mak gitu hahaha.
Nasib baik lah kak long dah terror bab bab naik kapal terbang ni, lepas pengalaman dia terkandas kat airport Dubai masa buat umrah baru baru ni. Harapkan Mama? Errr mau macam gaya pelancong di negara sendiri ja kot hahaha.
Flight kitorang patutnya pukul 2.40 petang tapi flight delayed sebab ada masalah. Dalam kul 3.30 petang camtu baru berlepas. Mama ni masa dengar je suara pilot bagitau ada masalah tu dah cuak skit dah. Maklumlah, orang jarang naik kapal terbang kan.
Nasib baiklah masalah aircond je, dan dapat diatasi. Kot masalah lain dan flight cancel? Itu kalu, mau Mama nangis guling guling kat situ sambil hentak kaki “aku nak pi Korea! Aku nak pi Korea jugak jugak!” Hahahaha

Nasi Lemak Pak Nasser
Benda yang paling ditunggu tunggu masa dalam flight. Sedap gak, kena dengan selera tekak Mama.
Sejuk Giler!
Dalam pukul 10.30 malam waktu Korea, kitorang mendarat di Lapangan Terbang Incheon. Syukur yang amat masa ni. Dari saat roda kapal tu kena tanah lah Mama asyik dok fikir “akhirnya…aku dah sampai Korea!”. Tak boleh nak stop senyum lah aii tell u, excited sangat! hehehe.

Sejuk hati aii sampai je Lee Min Ho sambut hehehe
Sebaik saja sampai tu, tour leader kitorang dah sedia menanti. Dia whatsapp bagi arahan mana nak pergi dan berkumpul kat mana. Sementara nak tunggu luggage keluar dan nak berkumpul semua, dalam pukul 1 pagi jugak lah baru gerak dari airport ke hostel tempat kitorang menginap.
Masa dalam airport tu Mama releks lagi, tak rasa sejuk sangat pun. Tapi…sebaik saja melangkah keluar dari pintu airport tu untuk pergi naik bas, barulah terasa betapa sejuknya bumi Korea semasa winter ni.
Suhu masa tu -2 degrees! Memang sejuk giler lah! Bila hembus nafas keluar asap uolls! Terasa macam Mama dragon masa tu tau, Mama ngan kak long punya lah jakun sampaikan pakat dok main hembus hembus nafas kat tengah jalan hahahaha
Jom Mengembara ke Korea!
Haaa korang boleh laa ikuti pengembaraan kitorang bercuti di Korea ni kat Instagram dan Facebook Mama. Pastu jangan lupa like gambar aii semua yer.. like tau, nak love pun boleh…jangan lupa tau! Ni paksa ni hahaha 😉
Ohh yaa…terima kasih kepada Cosmoderm dan Ayden Averroes Travel kerana menjadikan impian Mama satu kenyataan… 😘😘😘
Doakan kitorang selamat dan sihat sepanjang di sini yer.
———
Kerjasama Kembara @kelabbloggerbenashaari ke Korea bersama :
@Cosmoderm
@AydenAverroes_Travel
@PakejMurahMurahKakJoyah
FB : fb.com/Cosmoderm
FB : fb.com/AydenAverroesTravel
FB : fb.com/PakejMurahMurahKakJoyah
8,572 total views, 1 views today
Hahahahhaha.. bes oit. enjoy tauuu
Besttt
Bestnya..nak ikut!nak ikut!!(sambil hentak2 kaki)
Hahahahaha
Wahh bestnya! Comel tau nak hentak kaki gituuuuu 😂
Kalau betoi buat tatau laa comei ka tak hahaha
wow bestnya pegi korea,harap satu hari nanti zura pun berpeluang pegi korea.
InsyaAllah
Bestnye… enjoy ur trip MK3
TQ Haida
Excited baca cerita Nani.
Enjoy trip & save journey
Thank u Nina
Happy Holiday Kak Nani dan Kaklong
Thank u Lynda
hehe.. cantik korea ni.. patut la ia menjadi pilihan rakyat malaysia
Memang cantik!
Bestnnyaa. Semoga ada chance nak sampai sana jugak 🙂
InsyaAllah
weeee…teringin nak ke korea! teringin nak rasa kesejukan winter dekat sana. huhu.. happy holidays mama!
Pi lah IQ! Ambik pakej ngan Ayden, best!
best yer! teringin juga semoga “suatu hari nanti” itu akan muncul. hehe
Aaminn
cepat cerita..lagi dan lagi..nak temgok tempat menarik
InsyaAllah coming soon hehehe