Salam dears…. Selamat hari raya Aidilfitri! Korang beraya kat mana tu? Ehh masih ada mood raya ke dah puas? Baru raya ketiga, tak kan dah habis mood raya kan.
Mama ni belum puas makan ketupat lemang ni haa. Ketupat pulut berkacang cicah gulai daging cincang hasil air tangan mak sendiri, fuhhh marvellous! Makan tak pandang kiri kanan dah oiii hahaha
Warna Warni di Aidilfitri
Ehh raya kali ni korang pakai baju kaler apa? Kitorang tahun ni temanya warna warni di Aidilfitri.
Ada yang kata, macam kaler paddlepop ja hahaha. Paddlepop pun paddlepop lah, janji cun kan, kan? Hehee

Warna warni di Aidilfitri 😊
Ini lah jadinya bila si kembar nak pilih sendiri baju raya diorang. Semua pilih warna kegemaran masing masing, tak sedodon lah jawabnya. Mama pasrah ikut je lah.
Tahun ni Mama tak beli baju baru untuk diri sendiri pun. Siaran ulangan baju kurung raya tahun dulu dulu jer. Jimat skit. Lagipun sayang plak baju kurung banyak dalam almari tu tapi jarang sangat dipakai, sebab Mama memang jenis tak suka berbaju kurung, rasa rimas hehe.
Naik Tow Truck di Hari Raya
Haaa Aidilfitri tahun ni memang betul betul penuh ‘warna warni’ untuk kitorang tau. Bukan setakat baju je, tapi siap ada pengalaman baru lagi…dapat merasa naik tow truck di hari raya! Haaa rare tak? Ko hado? Hahaha
Alkisahnya…malam raya pertama tu, masa on the way balik dari rumah mak mertua Mama di Bukit Beruntung, tiba tiba kereta kitorang ‘mati’ kat highway! Enjin pelan pelan nak stop!
Dah sudah…berhenti laa kitorang kat tepi highway, dalam gelap gulita tu lepak laa tunggu Plus Ronda datang.

Bila keta rosak kat highway di malam raya, maka kita posing ja lah seround dua hehhe

Beraya naik tow truck hehe
Pastu merasa laa naik tow truck seround hehe. Si kembar ni kan, punya lah seronok siap “waahhh bestnya!”. Adehh…sabar je lah, diorang ingat happy happy ka naik tow truck? Tak tau mak pak nya ni dok garu kepala jaa nampak duit terbang melayang layang dah ni huhuhu
Lagi sedih, dah laa plan pagi raya kedua nak balik kampung Mama plak. Kereta rosak, camna nak balik ni wehh? Aii dah nak nangis kat tepi highway dah masa tu huhuhu
Relek ja depa lepak kat tol, Mama ni dah risau dok pikir tak kan tak dapat balik kampung kot? Huhu
Mama cepat cepat check tiket bas ada lagi ke tak, aii nak balik jugak jugak! Tengok ada, tapi bas lewat petang esoknya. Dan untuk 5 orang, harga tiket bas je dalam RM450 gak untuk pergi balik, perghhh mahai! Lagi jimat kalau drive naik keta balik. Dok fikir camna ni eh…
Nasib baik lah masa tu mak mertua Mama cadangkan pinjam kereta diorang je lah. Ni adik adik ipar pakat balik beraya kan, jadi ada laa kereta extra.
Fuhhh nasib baik! Dapat laa kitorang pinjam satu buat balik kampung Mama kejap, yahooo! Alhamdulillah. Tak jadi nak nangis guling guling tepi highway hahahaha

Dapat juga balik kutip duit raya…ehhh balik beraya hahaha
Tapi kan…dalam dok syok beraya ni, teringat ingat gak berapa laa agaknya kos nak repair kereta tu nanti? Alahai duit ohh duit huhuhu
Takpa takpa, kita fokus makan ketupat lemang dulu, bab repair kereta kemudian cerita. Ini kan raya, so jom beraya dulu naaa.
Lemang mana lemang? Hahaha
7,890 total views, 2 views today







fuyyooo.. drama betul kisah raya akak. hihi… lepas ni boleh buat drama ni.. btw, selamat hari raya mama. maaf zahir batin
Hahaha drama raya 😊
Hehehe.
Selamat Hari Raya kak. Maaf Zahir & Batin.
Selamat hari raya Adeeya 🙂
boleh jadikan kenangan sambut raya ni…hehehe..
Kan..kenangan seumur hidup hehe
This is really a lovely post. It’s very helpful and informative. Thanks for sharing this with us.
Alaaa siannya, memang dugaan raya betul. Meh repair dengan abam pomen kita, hehehee.
Laaa terlupa yg hubby mas leh repair keta.
Aiyo,,pengalaman betul lah naik tow truck masa nak balik raya. Mujur dapat balik jugak akhirnya. Anak2 seronok lah dpaat pengalaman naik truck, VIP gitu XD
Hahaha VIP sangat kan haha
nasib dapat balik kampung juga ye
Alhamdulillah, lega dapat gak balik hehe