Salam dears… Dalam group Whatsapp Mama, kawan-kawan pakat dok bercerita pasal makanan sedap kat Kelantan. Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Tumpang, Ayam Percik, Ketupat Sotong, Kuih Akok lah apa lah…adeh kecur air liur aihhh! Terus rasa teringin nak pergi Kelantan…
Mama dah lamaaa sangat tak jejak kaki ke Kelantan, dah lebih 10 tahun kot rasanya. Jadi sebenarnya tak tahu sangat nak pergi jalan jalan kat mana, nak duduk mana kalau ke Kelantan tu.
Tapi daripada apa yang Mama Google, kalau ke Kelantan salah satu tempat yang ‘wajib’ pergi adalah Wakaf Che Yeh. Katanya kat situ memang best untuk shopping dan makan-makan.
Waktu siang ada pasar borong yang jual barangan basah dan barangan asas. Bila malam pula, ada pasar malam yang jual macam macam jenis barangan macam baju, tudung, kain batik, makanan dan macam macam lagi. Memang ‘syurga’ untuk shopping lah kat situ.


Ridel Boutique Hotel Bajet Di Wakaf Che Yeh
Kalau nak ke sana, Mama rasa nak cuba menginap di Ridel Boutique Hotel sebab lokasinya yang strategik. Mama tengok di Facebook page diorang, Ridel Boutigue Hotel terletak di dalam kawasan Pasar Malam Wakaf Che Yeh tu sendiri. Katanya jalan kaki 20 langkah je dah sampai ke pasar. Senang laa nak ulang alik ke bilik hantar barang barang shopping kan? Hehehe


Walaupun hotelnya harga bajet tapi nampak bersih dan selesa. Caj sewa bilik dalam RM120 -RM190 ja untuk satu malam, ok laa kan.











Lagi satu, nak parking pun senang sebab ada ruang parking kat depan hotel ja. Kalau hotel lain kat situ, biasanya bila pasar start maka kena alihkan kereta. Tapi untuk Ridel Boutique Hotel ni tak perlu. Harga parking pun RM2 ja satu malam, berbanding tempat lain RM5 semalam. Murah ja, ok laa kan? Tak perlu pening kepala cari parking dan alihkan kereta lah apa lah.


Ishhh bestnya lah kalau dapat jalan jalan cuti cuti Malaysia ke Kelantan kan? Kalau korang ada nak ke sana, nak booking bilik di Ridel Boutique Hotel ni atau nak tanya apa apa, boleh laa hubungi diorang melalui nombor kat bawah ni yer…
Whatsapp: https://wa.me/c/60139024492
Facebook: https://web.facebook.com/ridelboutiquehotel/
Telefon: 09-7434888 / 019-9320773
Alamat: Pt 760, Blok H, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh , Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
3,490 total views, 4 views today
Paling seronok kalau ke Kelantan sudah tentulah sebab banyak pilihan makanan yang sedap belaka. Murah pula tu. Memang berbaloi sangat bercuti ke Kelantan kalau dapat harga hotel yang rendah, dengan keluasannya yang memang nampak selesa itu.
Tu lah, jimat dok hotel bajet camni. Duit lebih leh buat makan makan sampai puas hehe
Ermm geram betul tengok batik batik tu ha..
Tu lah, kena siap bawak duit lebih ni haha
Best jugak nih. kalau memborong sakan pun tak la lenguh tangan dan kaki.
Kannn hehe