Salam dears… Cepatnya masa berlalu – ni salah satu benda yang selalu terlintas difikiran mak bapak bila tengok anak anak sendiri kan? Rasa macam pejam celik, pejam celik ehh anak anak dah besar? Hmm Mama ni lah selalu rasa macam tu. Kalau korang tak rasa camtu, tak tau lah kan.
Macam baru baru ni, masa pergi belikan pakaian baru untuk si kembar, semua yang Mama beli tu tersalah saiz belaka! Sebab Mama dok rasa macam anak anak Mama ni masih kecil lagi huhuhu
Dah Besar Si Kembar Ni…
Alkisahnya Mama pergi ke Sogo, nak belikan baju raya lah untuk si kembar. Mama selalu camni, dari awal tahun dah belikan sikit sikit baju dan seluar baru untuk si kembar pakai masa hari raya nanti. Supaya bila dekat nak raya tak lah terasa beban sangat kena keluar belanja banyak sekaligus.
Mama pergi ke Sogo tu tak bawa si kembar, so main agak agak je lah belikan baju dan seluar untuk diorang. Angkat letak, angkat letak…betul ke saiz ni? Ambik saiz 12, nampak macam besar sangat. So belilah yang saiz 10 semua. Ohh yaa si kembar ni saiz badan lebih kurang sama je, Fauzi je yang kurus sikit. Jadi beli saiz sama InsyaAllah semua boleh pakai.
Tapi bila balik rumah dan bagi diorang cuba, aisehhh yang t-shirt semua muat fit fit saja…memang tak tahan lama laa jawabnya. Macam mana nak tunggu sampai raya? Silap silap bila sampai masa dah tak boleh pakai dah. Pastu, seluar jeans plak ketat yang amat. Nak butangkan seluar pun tak muat! Memang tak leh pakai langsung lah.
Tukar Lagi…
Nak tak nak, terpaksa lah pergi balik ke Sogo untuk tukar saiz. Ambil plak saiz 12. Balik cuba, ok t-shirt semua muat elok. Tapi seluar jeans, tetap ketat! Buncitnya lah perut anak anak aii ni hahahaha.

Ingatkan saiz 12 dah ok dah.
Ni nampak gayanya kenalah pergi tukar saiz lagi. Kena ambil saiz 14 pula lah ni. Tapi tak tahu lah boleh ke tidak nak tukar lagi, sebab hari tu dah tukar dah kan. Kalau tak boleh, rugi lah huhuhu
Lain kali nak beli kain baju untuk si kembar ni, memang kena bawa diorang sekali lah. Mama dah tak pandai dah nak agak agak saiz diorang. Di mata dan minda Mama ni, masih dok nampak diorang kecil je lagi. Padahal anak anak dah besar dah pun.

Dok terbayang bayang lagi diorang duduk dalam rocker macam ni, tergedik gedik terkepak kepak je tangan ngan kaki. Alahaiii comelnyaaa hehehe

Rindu babies Mama ni π
Hmm sikit hari lagi, sedar sedar dah pakat masuk universiti. Pastu kerja…pastu kahwin…pastu tinggal lah Mama Ayah berdua je kat rumah ni. Huwaaa apsal cepat sangat korang besar ni? *nangisss*
10,330 total views, 2 views today
Comelnya dorang masa kecil. Kejap je kan kak dah besar macam ni.
Tu lah, cepat sangat besar
best yer kak nani, Allah bagi rezeki 3 anak yang comel ni. Aah, memang cepat masa berlalu, kita pun makin tua. hehe
Alhamdulillah, rezeki π
bila dah besar memang rasa cepat sangat semua berlaku kan kak MK3?
Tu lah, cepat sangat
alah comelnya…
TQ unty yanie π
alaaaaa comeynyaaaaaaa
Macam Mama depa kannn hehehe
cepat je masa berlalu..besar dah triplet
Yup, Alhamdulillah…
salam..
betul..kalau kita tgok ank ni,cpt btul mbesarnya..
yg kita ni pula, terasa cam lmbt je waktu berlalu..lebih2 lagi time keje..
#ehh hahahaha tetibe =p
Hahaha time keja tu betul, apsal laa jam lambat sangat haha
Saya pun suka shopping raya awal, tapi tahun ni nampaknya tak ssmpat. Kena last minit la gayanya
Raihanah recently posted…Jadi Anak Yatim Selepas Bapa Diserang Serangan Jantung
Tunggu next sale pula π
seronoknya tengok kembar tiga orang nih
semoga sentiasa support each other
Aaminn. TQ π
kejap jea kan anak membesar..anak saya pun sat lagi jea nak masuk tadika..
Tu lah kan
besar dah anak-anak mama ni . membesar dengan baik henakNYA
InsyaAllah
seronok ada kembar..tak terlayan sorang-sorangkan..tapi itulah anak sekarang cepat benar membesarnya.
Alhamdulillah rezeki dapat kembar
lama dah mama tak ke sini.. tetiba nampak si kembar dah besar2 dah.. sekejap aje masa berlalu kan
Tu lah, cepat sangat
wah seronoknya sekali anak kembar tiga..
mesti banyak bersabar kan
Alhamdulillah rezeki
Itulah bila tengok anakΒ² membesar ni memang sebak, rindu zaman mereka masih baby!
Kan…pastu mula laa dok belek gambar masa baby
Geramnya tgk derang. Skrg bdn semua sedap2 tu.. x dpt bayangkan nani handle derang masa kecik mcm mana .. mmg rezeki kembar 3 ni kan
Alhamdulillah, rezeki. Syukur sgt sgt π
salam perkenalan.
wah comey nya anak kembor 3.
Wsalam. Thank you π