Salam dears… “Biar betul harga ni? Giler murah!”. Pastu terus tergedik gedik excited membelek satu demi satu. RM10 je sehelai. Iyerrr..RM10 saja sehelai hokey! Mau tak teruja aii menengoknya. Ini baru betul kedai bundle baju winter murah ni!
Mama terjumpa kedai bundle ni secara tak sengaja. Sebenarnya Ayah yang ajak tengok kat situ. Sebab kebetulan pergi repair kereta kat area tu. Ayah ajak masuk tengok, mula mula Mama tak nak. Siap kata “tak kan ada kat sini lah, kedai bundle biasa je ni, bukan bundle winter clothes…” sambil cebek mulut muncung kalah Donald Duck hehehe.

Tengok dari luar mula mula Mama tak nak masuk pun *poyo* hahaha
Masuk kedai je Ayah terus tanya “ada baju winter?”. Adik jaga kedai tu tunjuk satu area, Mama pun melangkah longlai ke arah tu sebab masih macam “betul ke ada kat sini”. Pastu kedai plak agak gelap dan panas, tak dak aircond. Aii is jenis poyo sikit kan, tak tahan panas hahaha. Sekali tengok, hambik ko sejam lebih Mama kat situ! Dok angkat letak, angkat letak mencuba hampir semua yang ada kat sana hahaha.
Baju Winter Murah Giler!
Walau pun tak lah banyak sangat pilihan, Mama tetap excited yang amat memilih sebab paling penting – ada saiz Mama! Sebelum ni dah beberapa kedai dah Mama pergi tengok, kat Bangi…dan jauh sampai ke Klang pun dah survey. Tapi pulang dengan hampa dan kecewa…
Sebabnya saiz yang ada tak sesuai ngan Mama. Ada yang bila disarung, atas muat tapi kat montot ketat. Atau kat ‘bumper’ muat, atas plak besar menggelebeh. Frust giler kot, susahnya laa haii nak nak cari baju winter untuk saiz ‘Baymax’ ni huhuhu. So bila dah jumpa kat kedai bundle ni, opkos lah Mama teruja kan…

Sederet ni semua baju winter murah
Hmm yang jadi susahnya untuk Mama sebab Mama cari baju bundle winter murah murah je. Tak nak beli yang baru, sebab kalau baju baru mau beratus ringgit harganya. Aii is no bajet hehehe. Lagi pun banyak lagi benda nak beli ni, baju thermal lah, kasut lah, stokin lah, sarung tangan lah..ehh banyak lagi nak keluar duit ni! Jadi, untuk baju sejuk, baik beli yang bundle murah je, jimat. Betul tak? Betul, betul, betul! Hehehe
Harga Murah dan Baju Elok
Bila dibandingkan dengan kedai baju bundle lain yang Mama dah pergi, kat kedai ni lah paling murah Mama jumpa hokey. Memang aii is very happy nak joget joget je rasa, sambil hati berbisik “yahooo selamat duit aku!” Hahahaha
Serius Mama rasa macam tak masuk akal je harga baju winter kat kedai tu. Ye lah, RM10 ja sehelai! Apa giler baju winter coat tebal dan elok lagi harga RM10 saja? Setakat yang Mama tengok masa Mama pergi tu, memang baju baju tu dalam keadaan elok. Zip ok, tak dak tercabut butang, tak kotor dan tak berbau busuk. Ehh memang ok lagi lah!

Berkenan yang ni, tapi kecik la plak huhu

Dua dua ni pun elok gak

Macam tak percaya jer, ni RM10 kan?

Baju winter coat kanak-kanak ni RM5 saja wehhh! Tapi ada beberapa helai jer, tak banyak.

Tempat try baju ada satu jer, bilik kecik dan panas sikit lah. Tapi ada aku kesah? Janji murahhh…..
Puas Hati Beli Baju Winter Murah Kat Sini…
Mama beli sampai 3 helai baju winter coat, walaupun bukannya nak pakai semua tapi sebab murah Ayah kata beli je laa semua. Ye Ayah yang suruh tau, bukan Mama yang nak sampai 3 helai tau. Yang sebenarnya rambang mata semua berkenan, pastu murah kan…belasah je lah hahaha.
Pastu, si kembar pun menyibuk nak gak. Diorang terbekenan sweater/jaket. Disebabkan RM5 je sehelai, Mama pun “ambik lah sayang, ambik lah…”. Ayah pun opkos shopping jugak. Di angkutnya 3 helai t-shirt dan 3 helai seluar. Total semuanya 12 helai tu hanya RM100 saja! Murah sangat kan, kan? Yahooo hehehe

Si kembar pun nak jugak, siap pakai terus kat situ hehehe

Hasil tangkapan hehehe
Ohh yaa, kalau korang pun nak cari baju bundle winter jacket murah gak, cuba lah pergi ke kedai Nordin Bundle ni kat Kajang. Camna direction nak pergi sana Mama tak pasti, pandai pandai laa korang Waze sendiri yer…

Nordin Bundle ni kat no. 29G, Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Ehh Mama nak pergi mana ni beli baju sejuk winter bagai? Haaa ada lah, biarlah rahsia. Sampai masanya kalau betul ada rezeki Mama ke sana, konpem Mama akan cerita kat blog punya lah. So tungguuu…. 😉
31,164 total views, 1 views today





Wah! Seronoknya! Saya pun berura-ura mencari baju winter…. murah giler hargaya tu! Rezeki awaklah ye…
Alhamdulillah, happy sgt dpt beli yang murah camni 🙂
wow murahnya…! nak pegi jugak lah.. nak tambah koleksi baju winter ni.. beli murah mcm ni ok la.. sbb byk simpan jer baju winter ni. sesekali jer pi obersi…
Pi laa bam hoq, kot ada yg berkenan tak rugi beli. Simpan ja pun takpa sebab murah ja hehe
Haaa tu laa. Awal awal cebik lagi. Kang dah teruja. Hahahahaaa murahnya harg winter coat tu!
Masuk cebik, balik senyum hahaha
Biar betul harga baju sejuk ni RM10? Murahnya…
Betul, masa beli tu RM10 ja sehelai
nak prgi holiday lettewww, hehe, bundle memang best, boleh dapat murah tapi berkualiti!
Yup puas hati membeli, jimat duit hehehe
tiba-tiba nak beli juga walaupun tak pergi bercuti mana..hahaa..sebab minat baju winter bulu-bulu tu..
Beli simpan pun tak rugi, murah giler kot hehehe
haa syok gila. kalau tau boleh beli 50 helai. hahahah
amboih sampai 50 tu nak buat apa? hahahahaha
Aiseyyyman…. Jeles nya! Murah , paatu jimat sungguh
Rezeki rezeki.
Tak sabar nak tunfgu citer obersi dia
Kan…rezeki sangat dpt murah camni. Tungguuuuu hehehe
kt mana lokasi kedai tu?? murah gilaaaaaa….
Nordin Bundle kat Reko Sentral Kajang, alamat ada dalam entry.
Hai..morning..sya dri Sabah..ble nda order secara online ?
Sinaritah Assin recently posted…Ada BOH, Ada Ummph!
Maaf, saya tak tahu boleh atau tidak.