Salam dears… Ingat teh, ingat BOH. Sebab bila ada BOH, baru ada Ummph! Haaa itu lah Mama. Kalau bab nak beli teh ja, memang tak perlu fikir panjang. Bila ke kedai, terus cari teh BOH kat rak, masukkan dalam troli….pergi bayar. Takdenya nak belek belek teh jenama lain dah.
Mana tak nya, sejak kecil lagi Mama dah terbiasa minum teh BOH. Sekarang dah beranak pinak pun, masih ‘setia’ dengan BOH. Sampai kan rasanya, aromanya dah sebati dalam jiwa, gittewww hehehe

Si kembar ni pun dah terikut sama, bila sarapan ka minum petang ka…mesti minta nak minum teh O. Mama lagi suka, sebab senang yang amat nak buat kan.
Masukkan satu uncang teh BOH dalam teko atau jug, masukkan air panas, rendam kejap ja pastu masukkan gula…done! Dah boleh hidang dah. Senanggg hidup mak hehehe
Nak lagi sedap, Mama suka campur ngan madu dan lemon. Rasa masam masam manis tu buat lagi ada Ummph gitu hehe

Minum sejuk pun sedap gak, teh O ais….langgah gulp gulp gulp…fuhhh segar je tekak! Tapi dalam banyak banyak, memang teh ais (teh susu) lah yang paling favourite bagi Mama. Sampaikan kawan kawan Mama pun tahu… ‘Nani teh ais’! Hehehe
Teh BOH Adalah “Experteas”
Masa pergi bercuti ke Cameron Highlands dulu pun, Mama tak lepaskan peluang melawat ladang BOH kat sana. Happy sangat masa tu, dapat jejakkan kaki dan bergambar kat ladang teh favourite Mama ni hehehe.


Masa kat ladang BOH tu juga Mama sempat melawat museum BOH dan belajar serba sedikit tentang cara pembuatannya. Daripada situ Mama dapat tahu yang hanya daun teh yang terbaik saja digunakan untuk kekalkan rasa dan kualitinya. Dengan 90 tahun pengalaman, tak hairan lah teh BOH adalah “experteas” pilihan ramai!
Ada BOH, Ada Ummph!
Hmm…Mama suka BOH berbanding jenama teh yang lain sebab bagi Mama satu uncang je dah cukup untuk satu teko teh O, tak terlalu pekat atau terlalu cair. Warnanya just nice, gelap gelap gitu. Taklah nampak cair je, baru lah lebih berselera nak minum kan.

Pagi petang siang ke malam ke…tak kira waktu lah, Mama suka minum teh BOH ni. Masa tengah stress pun…pekena teh panas secawan boleh buat rasa tenang je. Sebab bila ada BOH, ada Ummph! Tak gitu? 😉
Maklumat Lanjut:
Website: www.BOHtea.com
Facebook: BOH Tea Malaysia
Instagram: BOH Tea Malaysia
2,626 total views, 1 views today
Sep! Sama pilihan kita. Semestinya BOH
Suka rasa dan aroma nya yang tersendiri.
Nina Mirza recently posted…Asal pasta jer Spaghetti. Boring! Masak Makaroni Goreng lak.. Sedap Senang jer..
Kann…BOH lain dr yg lain
ya. mix lemon over sedap wuuuu.. tringat mnum teh lemon kt nz. tiber
Jom pi minum BOH kat NZ hehehe
Boh mmg sedap. Suka suka suka! Favourite Athirah, teh o! Semestinya Boh! ❤️
Yayy geng! hehe
semestinya BOH..
tau jenama tu je pon..hehe
Cik Yaya recently posted…WORDLESS WEDNESDAY : 1ST WORD YOU SEE
Ingat teh, ingat BOH..gittew 😉