Salam dears… Korang biasa tak rasa lenguh atau tegang tegang kat bahu? Mama ni selalu rasa gitu, kadang tu sampai nak angkat lengan pun payah sebab rasa stiff dan berat macam ada batu ja. Jadi Mama dok mencari gak, kat mana ada tempat urut yang best di Kuala Lumpur ni?
Kebetulan plak ada kawan cadangkan Mama pergi berurut kat Pro MMR Sport Massage di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Dia dah pernah pergi dan best katanya buat urutan sukan kat situ.
Urutan Sukan Untuk Ahli Sukan Saja Ke?
Bila dengar sport massage atau urutan sukan, Mama macam hmm aku ni bukannya atlit, bersukan langsung tidak. Jadi boleh ke buat urutan sukan?
Bila belek belek kat instagram Pro MMR tu, Mama tengok yang urutan sukan ni sesuai untuk semua orang. Diantara fungsi dan kebaikan urutan sukan ni ialah untuk:
- Melegakan kelesuan
- Mengurangkan tekanan
- Mengembalikan tenaga
- Membantu fleksibiliti otot
- Mengekalkan kecergasan
- Meningkatkan prestasi tenaga
- Mencegah dan merawat kecederaan

Pelbagai kebaikan urutan sukan.
Apa lagi Mama pun terus buat temujanji untuk ke sana. Mula mula sampai di Pro MMR, Mama isi borang dan borak borak dengan juru urut kat situ untuk kenalpasti apa masalah. Mama pun cerita lah kat dia pasal lenguh dan tegang kat bahu ni, kadang tu naik sampai ke kepala dan migrain jadinya.

Ni..selalu sakit lenguh lenguh dan tegang kat bahu ni haaa…
Lepas borak borak, Mama pilih ‘Upper Half Body Massage’ sebab nak fokus kat bahu. Lagi pun pertama kali nak cuba kan, takut gak kot kot sakit jadi buat urut separuh badan dulu lah hehe
Apa Itu Urutan Sukan?
Masa kat sana, Mama tanya lah apa beza urutan sukan dengan urutan tradisional ka urutan cara Thai ka? Kata Nurul, juru urut Mama hari tu, yang membezakan urutan sukan atau sports massage ni ialah teknik yang digunakan.
Kata Nurul, urutan sukan ni fokusnya lebih kepada otot dan ‘deep tissues’ dengan menggunakan teknik picitan dan urutan khas. Masa urut diorang akan tekankan lebih pada ‘pressure points’ yang berkaitan untuk membantu otot bergerak dan mengurangkan tekanan pada otot.
Ohh yaa…kat Pro MMR ni ada juru urut lelaki dan wanita. Pastu ada bilik persendirian (private room) gak, jadi tak risau lah bab nak jaga aurat tu.

Salah satu bilik rawatan yang ada.

Bilik yang lebih luas ni biasanya digunakan untuk lelaki, ada 4 katil dalam ni.
Sakit Ke Urutan Sukan?
Nak kata sakit atau tidak urutan sukan ni adalah bergantung pada diri kita, sebab setiap orang kan lain tahap penerimaannya.
Tapi jangan risau, sebelum mula urut tu Nurul tanya dulu Mama ni jenis yang boleh tahan sakit atau tidak. Dia nak kenalpasti pain threshold katanya. Kalau jenis yang tak berapa tahan sakit, dia tak akan urut kuat kuat sangat.
Tapi Mama kata kat dia, Mama ok boleh tahan so urut laa kuat kuat pun takpa hehe. Pastu Nurul pesan, jangan buat keras badan, bila buat keras tu yang nanti boleh jadi sampai lebam tu. Masa urut, kena relaks relaks tau.
Macam Mama hari tu, tak lah sakit tapi ada kalanya urutan tu ‘terasa’ gak lah terutamanya bila Nurul tekan ‘pressure points’. Masa tu ada laa rasa ehh ehh adoii tapi fuhhh bestt! Nak urut lagi tak? Nakkkk! Haaa gitu lah kot hahahaha

Mama bersama dengan Nurul, salah seorang juru urut wanita di Pro MMR. Memang best lah Nurul urut.
Berapa Kerap dan Berapa Harga Urutan Sukan Ni?
Bak kata Nurul, kekerapan adalah mengikut keperluan. Untuk atlit sukan tu ada urutan pra-aktiviti (pre-event), selepas aktiviti (post-event) dan urutan penyelenggaraan (maintenance).
Tapi kalau untuk kita kita yang bukan ahli sukan ni, yang nak urut sekadar untuk maintenance saja, buat dua kali sebulan pun dah ok dah. Untuk lembutkan dan relaks kan otot otot ni haa.
Harga urutan sukan di Pro MMR Sport Massage ni bagi Mama berpatutan dan mampu bayar. Nak lagi murah, ambil yang pakej promosi terus, berbaloi baloi!

Ada pelbagai pakej dan harga di Pro MMR Sport Massage ni, jadi boleh pilih ikut kesesuaian.
Kurangkan Stress Dengan Urutan Sukan
Ohh yaa Nurul kata bila urut ni umpama kita ‘paksa’ otot otot kita untuk bekerja. Sebab tu biasanya sesetengah orang lepas urut dia rasa letih, nak balik tidur. Ehhh masa tengah urut tu pun rasa macam nak lena gak lah. Maklumlah, syiok oiii kena urut, rasa releks ja.
Mama hari tu pun ada rasa macam nak lena, tapi tak lena sebab dok rancak berborak ngan Nurul hehe. Tapi kan, kalau korang jenis yang nak relaks tak nak borak ngan juru urut pun boleh. Katanya ada gak pelanggan dia yang datang lepas kerja dan bagitau dia nak rehat tidur, siap tutup lampu lagi hehe.

Mama diurut guna minyak ni je hari tu, Tapi Nurul kata kalau pelanggan nak bawa minyak sendiri pun boleh.
InsyaAllah lepas buat urutan sukan ni, badan akan rasa lebih relaks dan kurang stress. Macam Mama ni haa hilang terus rasa tegang tegang dan stress kat bahu ni. Serius legaaa!
Urutan Sukan Sesuai Untuk Semua
Hmm surirumah pun ada risiko kena muscle strain gak kan. Masa dok angkat barang kemas rumah, masa dukung anak boleh tiba tiba tersalah urat lah orang tua tua kata. Orang yang kerjanya duduk lama mengadap komputer pun ada juga risiko muscle strain atau muscle tense sebab tekanan kerja.
Ehh yang dok vakum rumah sambil bergelek dengar lagu dangdut pun ada risiko tergeliat pinggang juga tau 😂😂
Tak tergeliat, tak sakit apa pun takpa…boleh ja buat urutan sukan ni bagi relaks itu otot otot semua. Lega ja rasa lepas urut, memang syiok!

Lokasi Pro MMR Sport Massage. Kalau tak nak drive, pergi naik LRT pun boleh. Turun di stesen Bandar Tasik Selatan dan jalan kaki ke seberang jalan.
Mama cadangkan korang pergi lah cuba urutan sukan di Pro MMR Sport Message tu. Mana tau serasi ngan korang gak kan? Kalau nak pergi, korang hubungi ja nombor kat bawah ni yer…
Pro MMR Sport Massage
Facebook:Â PRO M – Sport Massage & Treatment
Instagram:Â pro_m.sportmassageandtreatment
Alamat:Â No 20-4 jalan 3/146, Metro centre, Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon:Â 012-3992109
Waktu Operasi:
Isnin hingga Sabtu dari jam 10 pagi hingga 10 malam
4,845 total views, 2 views today
nak cuba juga laaaa
Pi laa, recommended!
Nak cuba tapi takut sakit..
InsyaAllah tak sakit, boleh bgtau juru urut jangan tekan kuat kuat sangat
Best ni lama tak mengurut .. tak pernah lagi urutan sukan ,urutan bidan je tu pun nangis sakit hahah
Try laa urutan sukan plak, syiok
macam best je…badan ni pun tengah lenguh-lenguh..lagi hat pinggang
Pi laa try Nad
nak jugaklah cuba urut kat sini …nak urut pangkal peha ni…selalu rasa sakit sebab macam tergeliat lepas main bowling
Haa pi la try
best nya pergi urut badan… rasa segar lepas berurut.
Yup, syiok!