Salam dears…
Kejadian semasa membeli belah di kedai…





Haaa korang pun mesti pernah alami situasi macam tu kan? Terutama sekali jurujual yang dok ikut ja kita ke hulu ke hilir, annoying giler! Daripada dok syok memilih barang, boleh terbantut terus nafsu nak membeli huhuhu
Lagi satu, bila bawa anak anak ke kedai dan diorang buat kedai tu macam rumah sendiri, hoihhh serius rasa nak balik masa tu juga kan, kan?
Tak Perlu Pening, Shopee Je!
Sekarang ni Mama dah tak risau sangat tentang semua tu dah. Bukan masalah tu saja dah bye bye, malah dapat jimat duit minyak, tol dan parking juga. Sebab…sekarang Mama dah jadi ‘online shopper’ tegar. Dan port terbaru Mama membeli belah ialah Shopee.com.my.
Setakat ni apa yang Mama nak, semuanya ada kat sini. Tambahan plak ada banyak benda yang harga murah giler wehhh! Huishhh memang rasa nak joget joget je lah tiap kali berShopee hehehe

Macam macam ada! Fidget spinner murah pun ada kat sini
Haaa salah satu benda yang Mama dah lama dok cari ialah car seat cover, sebab yang ‘kantung’ kat belakang kerusi kereta kitorang dah koyak. Pastu nampak buruk laa sebab si kembar ni pun selalu dok tendang tendang ja. Tapi Ayah kata dia tanya kat kedai aksesori kereta, yang full cover tu mahal sampai RM300 lebih! So Mama fikir baik tengok kat sini dulu, kot boleh dapat lagi murah kan. Dan yaa memang ada!

Berjaya juga cari car seat cover murah, yayy!

Mama beli yang ni je dulu sebab belakang kerusi ja yang koyak. Guna ni dah boleh cover bahagian yang koyak tu.
Biskut Gery murah pun ada kat sini. Hari tu Mama beli kat kedai RM3.90 sepeket, tu pun harga promosi tu. Tapi yang ni lepas tambah shipping pun, cuma RM3.34 ja sepeket. Berbaloi! Boleh laa aii makan sampai buncit..ehh bertambah buncit hahaha
Kenapa Mama Suka Shopee?
Mama ni kan ‘online shopper’ tegar. Dah biasa membeli belah kat tempat lain juga. Tapi ada beberapa benda yang menyebabkan Shopee ni semakin hari semakin menjadi pilihan hatiku gittew. Haaa meh nak cerita meh….
- Boleh chat dengan seller. Kalau masa tu seller online, boleh live chat jadi senang nak tanya soalan ka nak pastikan barang ada ke tak ke kan. Dan ada seller yang kita boleh tawar menawar harga gak. Tapi Mama belum cuba, sebabnya beli benda yang harga dah murah pun, segan plak nak mintak kurang lagi hehehe
- Kumpul Shopee Coins. Setiap kali membeli boleh dapat Shopee Coins, dan setiap 100 Coins boleh guna untuk redeem RM1. Best kan?
- Shopee Guarantee. Bayaran akan dibuat oleh Shopee kepada Seller hanya selepas barang diterima oleh Buyer. Rasa lebih terjamin macam ni.
- Macam macam ada dan banyak pilihan. Daripada pakaian, barangan sukan, telefon, komputer, alat solek, makanan….ehh semua ada lah! Tapi korang jangan dok menggatai nak beli rumah kat situ plak, itu memang tak ada lah. Ishhh aii cubit kang baru tau hehehe
- Harga murah dan mampu milik. Barang bawah RM5 pun ada wehhh. Kalau masa tengah ‘gatal tangan’ nak shopping tapi bajet ciput, buka je Shopee ni mesti ada benda boleh beli. Yang ‘shopaholic’ macam Mama mesti faham kan, sekali sekala mesti nak lepas gian membeli. Siapa macam Mama? Angkat tangan skit, kita geng! *high five* hehehe
- Boleh membeli dan juga menjual. Siap ada program Shopee University untuk sesiapa yang nak belajar menjual di Shopee
- Mobile app. Muat turun je aplikasi dari Google Play Store ke telefon bimbit dan boleh membeli belah tak kira masa dan tempat. Sambil tengah ‘memerut’ pun boleh bershopping. Tapi hati hati jangan sampai telefon terjatuh dalam lubang jamban plak tau hahaha
Ohh yaa…Mama daftar sebagai ahli, supaya lebih senang nak masukkan barang dalam shopping cart. Kalau ada yang tak berkenan atau jumpa yang lebih murah, boleh add dan delete je barang ikut suka hati. Dan perangai Mama ni memang gitu lah, kejap tambah kejap delete…dah puas hati membelek baru check out dan bayar. Pastu rasa macam ‘ehh bijaknyaaa aku’ sebab dapat beli benda yang nak pada harga terbaik, yahooo! hahaha
Hmm lagi satu…kena ingat, bila membeli belah online ni kita kena bijak dan luangkan masa sikit untuk pilih seller. Risau gak kalau kena tipu kan. Macam Mama, biasanya Mama akan pilih yang ada status preferred/trusted seller, lepas tu akan tengok rating dan juga komen pembeli pembeli sebelum ni. Dah puas survey berapa seller dan jumpa yang Mama rasa yakin, baru beli. Alhamdulillah setakat ni Mama belum ada pengalaman pahit shopping online.
Cahaya Raya Bersama Shopee
Haaa semalam Shopee dah mula buat promosi sempena nak Raya ni tau. Dah laa barang memang sedia murah, masa promosi ‘Cahaya Raya Bersama Shopee‘ ni plak akan ada potongan harga sehingga 90%! Uishhh mau lagi meroyan aii bershopping ni nanti hahaha


Bersiap sedia nak membeli lah yer hehehe
Korang dah daftar? Guna jaa Shopee ID tu untuk masuk contest ’45 Hari Hadiah Kejutan’ ni.
Alang alang dah ada akaun Shopee ni, Mama pun nak join lah. Mana tau ada rezeki nak menang telefon ka televisyen ka kamera ka kan. Tiap tiap hari aii nak masuk! Fuhh fuhhh tiup sikit doa kasi menang kat aii hehehe. Korang nak join juga? Tu….klik link kat bawah tu dan pergi baca sendiri lah yer. Happy Shopee uolss 😉
Website: Shopee Malaysia
Facebook: Shopee Malaysia
Instagram: @shopee_my
6,699 total views, 2 views today





Gambar anak dok perang sakan tu hahhahaha memang betul kak nani…pening! juju anak sorang pun dah fengsan apatah lagi akak anak 3 hehe…mujur ada Shopee!
Kannn…boleh kurangkan mak jadi raksaksa kat kedai hahahaha
Syokkan Shopee, sambil masak pun boleh lagi pilih² barang. Lagi² nak raya ni, promo memang bikin sesak nafas. 90% tu, penuh ler troli ai nanti. Hahahaa!
Hahaha macam biasa buat ja, sambil masak sambil Shopee hehe
Nak shopping tak selesa bila ada mengekor jer… orang nak pilih..tenung lama pun tak jadi..last-last balik tangan kosong.
Kan…mati nafsu nak membeli, teruih balik!
Bestnya dapat shopping tanpa gangguan hanya dihujung jari .. kan Mama..
Yup, releks releks ja dah penuh shopping cart hahahaha
cepat mudah dan jimat masa sambil layan kopi sambil shopping ngan shopee
Betoi betoi, lagi selesa dengan Shopee
kalau saya pun gi shopping dgn anak2 mmg haru biru
RAIHANAH AHMAD recently posted…15 Kepentingan Magnesium Untuk Kesihatan
Jenuh nak kawal kan bila bawak anak anak pi shopping
hahaha kelakar tengok gambar2 tu
azni recently posted…Shopee.com.my murah weh!
kisah benar tau tu hahaha
Hahahahah sama laaaaa.. x suka sopeng luar sgt. Peningggg
Kann…dr syok nak membeli boleh jadi stress!
Shopee best .. sekali terjebak susah ooo nak keluar tp ok la harga kat sini jauh lebih murahh
Tau takpa, tiap tiap hari nak check harga kot ada diskaun lagi haha
Mudah kan shopee nie…dambil baring2 pun boleh bershooping
Memang pun, selalu dah buat hehe
Haha terhibur pula saya baca dialog2 tu.. Boleh buat komik bersiri ni.. Kadang2 best juga beli barang secara online, boleh pilih2 sambil berehat2 je..
Memang terbaik Shopee ni
Betul, belum mandi pun dah boleh shopping dah ahaha
betul mudah jew tak payah pening pilih kalau lama2..hihih
3 hari 3 malam belek barang pun tadak sapa marah hahaha
wahhh, entry kak nani memang superb laaaa…all the best kak!
TQ! 🙂
Kita baru anak sorang pun dah malas nak shopping kt kedai..prefer shopping online jea..
Online lagi senang kan
Hahaha… Kelakar kak nani… Tp memang mudah shopping online ini.. Jimat minyak dan masa… Hihihi
Yup, mmg jimat masa. Tengah malam pun boleh shopping
Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.
Sekali bukak Shopee, memang kemungkinan terjebak tu ada hehhehe. Murah & berbaloi.
Nak bershopping kena angkut 4 org anak.. Kalo asben tak ikut.. Jadi rimau le jawabnya.. Sekrg.. Klik klik jer brg sampai umah.. Abis cerita
Betulll! Senang kan
hahahaha~ mak tak boleh tahan gelak tang “nak 2 jahit sendiri tu..”.. tu la tu..
atiehilmi dot com recently posted…KEMPEN DARIPADA IBU KEPADA IBU MERINGANKAN BEBAN IBU TUNGGAL
hehehe 🙂
suka shopping kat shopee gak.. cepat & mudah.. tak annoy dengan salesgirl.. hahaha..
Kan..releks dan selesa nak pilih barang tak dak sapa kacau haha
hahahha…mcm tu lakalau nak shopingg luar
Tu lah, baik shopping online je aman hehe
Shoppee best!
Kannn…best!
Mudahnya shopping. Hanya di hujung jari saja
Yup, mudah dan jimat