Salam dears… “Dia guna kamera mahal, patut lah gambar lawa lawa. Aku ni pakai handphone jer, memang tak kan dapat laa gambar cun camtu!”. Itu yang selalu terdetik diminda Mama. Nak gambar lawa, kena ada kamera mahal, contohnya kamera DSLR tu. Korang pun mesti ramai yang fikir camtu kan?
Sebenarnya tidak! Ya, berbekalkan kamera handphone pun boleh juga hasilkan gambar yang cantik tau. Asalkan tahu teknik yang betul, asah skill dan bakat, InsyaAllah boleh! Itulah yang Mama belajar semasa ‘Bengkel Fotofon Kelab Blogger Ben Ashaari bersama SONY dengan kerjasama MATIC dan COSMODERM’ baru baru ini.
Bengkel Fotofon Membuka Mata dan Minda Mama…
Selama ni bila ambil gambar guna handphone, Mama tak pernah pun ubah apa apa setting…main petik guna ‘auto mode’ saja. Lepas tu kalau rajin, edit laa skit gambar tu. Pastu bila tengok gambar kawan kawan, rasa jeles “apsal gambar aku ambil tak lawa macam gambar diorang?”.

Ni lah sifu kitorang masa bengkel tu – En. Rahman Roslan, fotografer hebat dari SONY Malaysia
Haaa sekarang Mama dah tahu rupa rupanya kalau nak ambil gambar yang lebih cantik tu, boleh laa ubah setting kat handphone ni, boleh guna ‘manual setting’. Bak kata En. Rahman Roslan, yang penting kena tahu teknik asas tentang fotografi termasuklah…

Kena cuba cuba lagi ni guna ‘manual mode’ kat kamera handphone.
Yang tu ‘manual setting’ kat handphone Mama, Huawei P10 yang Mama dapat masa kontest Shopee dulu. Kat handphone korang, sila godek godek sendiri ya. Tapi, kalau IPhone rupa rupanya tak ada ‘manual setting’, itu korang kena download apps. Tapi Mama lupa plak ada nama apps tu hehe.
Selain daripada tiga teknik asas tu, untuk hasilkan gambar yang cantik perlu juga beri perhatian kepada beberapa elemen lain iaitu:
- Light
- Frame
- Rule of third
- Foreground
- Reflection
- Perspective Line
Kata En. Rahman, seorang fotografer juga perlu ada kesabaran yang tinggi. Nak tunggu momen yang sesuai untuk hasilkan gambar yang terbaik tu boleh ambil masa sampai berbulan bulan lama pun ada tau. Ye lah, nak tunggu lighting yang sesuai, nak tunggu objek atau orang yang dikehendaki masuk dalam frame gambar dan ehh macam macam lagi lah.

Cantik kan gambar gambar ni? Ni dihasilkan guna kamera handphone je tau.

En. Rahman tunjuk macam mana nak adjust setting kat kamera handphone. Pastu ramailah yang pakat “Oooo kat situ kaa!” hahahaha

Kusyuk serap ilmu dari sifu.
Sesi Praktikal Semasa Bengkel Fotofon
Lepas dah belajar teori tentang perkara asas dalam fotografi, semua blogger yang hadir diberi peluang untuk aplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi ‘outdoor photoshoot’ plak. Sambil sambil tu, kitorang juga diberi peluang untuk masuk kontest fotofon anjuran COSMODERM.
Perghhh bersemangat semua pakat dok ambil gambar. Mama ni mula mula blur juga…gambar apa aku nak ambil ni? Kecut perut pun ada, takut malu dan mengecewakan sifu kalau gambar yang diambil buruk! hahahaha

Macam macam gaya nak dapatkan gambar yang terbaik (kredit gambar Nina Mirza).

Salah satu gambar yang Mama snap masa sesi outdoor di bengkel fotofon tu.

Diantara penyertaan untuk #ContestFotofonCosmoderm. Nak tahu siapa menang? Tengok kat Instagram Kelab Blogger Ben Ashaari yer…
Hmmm…masih terlalu banyak yang perlu Mama pelajari tentang fotografi ni. Dan Mama rasa, paling penting untuk Mama sekarang ni ialah praktis apa yang dah dipelajari. Kena praktis guna ‘manual setting’ kat kamera handphone ni. Dan kena fikir lebih sikit sebelum ambil gambar, bukan main petik jer macam dulu.
Makan, Makan dan Makan!
Yaa…semasa bengkel tu, selain daripada belajar dan ambil gambar, aktiviti lain kitorang ialah makan, makan dan makan! Hahaha. Langsung tak sempat nak rasa lapar kot. Dah laa semua makanan dan minuman sedap sedap, memang syiok ooo!

Sarapan pagi dari Restoran Nelayan Gombak. Karipap tu sedap, 3 biji Mama ngappp! (kredit gambar Nina Mirza).

Makan tengah hari Nasi Beriani Kambing terbaik dari Cafe Cerita Kambing.

Sedap sangat Cream Puff dari Tasty Bake ni.

Roti gebu gebas dari Ira Bakeri.

Sedap giler kopi dari BrillPremiumCoffee ni! Mama paling suka yang Mocha.
Terima kasih beribu ribu lemon lah kepada semua para penaja yang sudi menyediakan makanan dan minuman untuk kitorang hari tu, serius semua sedap! Makan bertambah tambah sampai lupa segala diet. Ehhh…bila masa plak Mama diet ni? Hahahaha
Terima Kasih Para Penaja!
Tempat selesa, makan sedap sedap, sifu yang sempoi, ilmu baru berbakul bakul…memang best lah Bengkel Fotofon hari tu. Terima kasih sangat sangat kepada semau penaja termasuklah COSMODERM, MATIC dan SONY Malaysia!

Terima kasih COSMODERM dan SONY Malaysia

Terima kasih MATIC kerana menyediakan tempat yang selesa dan lengkap untuk bengkel kali ni (kredit gambar KBBA9).

Terima kasih para AJK yang bertungkus lumus untuk bengkel ni, jasamu ku kenang!

Happy semua 🙂 (kredit gambar KBBA9).
Mama rasa seronok sangat dapat hadiri Bengkel Fotofon tu, banyak ilmu dan tips berguna yang Mama dapat. Dan Mama harap akan ada lagi bengkel macam ni di masa hadapan, InsyaAllah…
15,301 total views, 1 views today
alaa bestnyerrrr ade kelas camni..cane nak join ekk..? mahal x, sis..?
Kelas fotofon yg ni untuk blogger KBBA je, kitorang dpt sponsor so tak yah bayar apa apa 🙂
TQ kongsi ilmu, bolehlah cuba praktikkan lepas ni.
Moga bermanfaat.