Salam dears… Selamat tahun baru! Selamat datang 2018! Macam tak percaya je kan, dah masuk tahun 2018. Terasa macam terlalu cepat berlalunya masa, rasa macam baru je lagi sambut 2017. Pejam celik, pejam celik…tup tup…ehh dah tahun 2018?

Semoga tahun ini akan membawa lebih banyak kebahagian untuk kita semua. Doakan yang baik baik ye
So, apa azam korang untuk tahun 2018 ni? Mama macam tahun tahun yang lalu, tak pernah buat azam apa apa pun sebenarnya. Setakat pasang angan angan banyak lah. Tapi harapnya angan angan tu boleh jadi kenyataan, mana tahu kan? Yang paling penting, Mama berdoa agar tahun ni kami sekeluarga akan dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia. Itu sudah cukup bagi Mama ๐
Kenangan Indah 2017
Hmm bila 2018 dah menjengah ni barulah Mama terfikir balik, apa yang aku lalui sepanjang tahun 2017? Mula laa nak throwback segala kenangan indah setahun yang lalu….
Hari Keluarga #KBBA9 di Kuantan
Awal tahun 2017 kitorang berpeluang merasai kemeriahan berkumpul bersama geng bloggers semasa Hari Keluarga #KBBA9 di De Rhu Beach Resort Kuantan. Memang best bila dapat bertentang mata dan beramah mersa dengan geng yang selalunya hanya bertemu di wassap saja. Pasangan dan anak anak pun dapat berkumpul sama. Meriah! Rasa macam satu keluarga besar dan bukan setakat kenalan dialam maya saja, Alhamdulillah.

Anak anak pun dapat ramai kawan ๐ (pic dari UmmiNani)
Menang Kontest Tyzara
Mama menang kontest ‘Kenapa Aku Pilih Tyzara‘. Dan hadiahnya ialah Iphone7! Satu kemenangan yang tak dijangka, sebab Mama bukanlah blogger pilihan, kiranya macam ‘underdog’ lah dalam kontest tu hehe.

Terima kasih Pn Ezza, founder Tyzara kerana mencipta shampoo soya yang berjaya merawat masalah rambut aii ๐
Photoshoot Raya #KBBA9
Setelah bertahun dok tengok je geng KBBA9 berposing, akhirnya tahun 2017 Mama berpeluang merasai pengalaman beraksi umpama model (syok sendiri) bersama geng KBBA9 semasa Photoshoot Raya #KBBA9 di Muzium Warisan Melayu UPM. Best! Meriah! Walaupun dalam cuaca panas dan berpeluh peluh, masing masing gigih bergaya depan kamera.

Meriahnya bila adik beradik semua pakat balik kampung ๐
Dan…Mama dapat fefeeling anak dara hasil sentuhan magik MUA Faeezah Pija ๐

Opkos kena bergambar dengan Faeezah Pija kan, MUA terbaik di KL ni!
Menang Kontest ShopeexKBBA
Dapat telefon bimbit Huawei P10 sebab menang ‘ShopeexKBBA Blogging Contest‘. Satu lagi kemenangan yang tidak dijangka, sebab Mama masuk pun untuk support KBBA9 saja sebenarnya.
Bukan setakat menang tu yang jadi kenangan indah, tapi juga daripada join kontest Shopee ni lah Mama mula belajar untuk edit video. Sebelum tu, nak guna apps apa pun Mama tak tahu. Demi nak buat video untuk kontest ni lah Mama belajar ๐
Si Kembar Bersunat
Setelah berminggu minggu hati berdebar, akhirnya pada 30 November 2017 selesailah si kembar tiga ni bersunat. Walaupunย penuh dengan drama air mata – dua meraung, sorang cool tak nangis langsung hehehe. Apa apa pun, legaaa! Syukur sangat segalanya berjalan lancar ๐

Selesai sudah satu tanggungjawab, lega ๐
Pencapaian Si Kembar Tiga
Gembira, itu yang Mama rasa bila tahun ni si kembar menunjukkan peningkatan dalam pendidikan. Walaupun bukan lah sehebat anak anak orang lain, tak dapat nombor satu atau terbaik dalam kelas…tapi bagi Mama, diorang dah buat yang terbaik dan itu sudah cukup untuk buat Mama happy.

Sorang naik pentas, dua lagi tukang sorak hehehe. Moga tahun 2018 ni, tiga tiga orang akan merasa naik pentas ambil hadiah, InsyaAllah.
Impian Untuk ke Korea Tercapai!
Satu lagi angan angan yang tak pernah Mama jangka akan tercapai….iaitu dapat merasai percutian ke Seoul, Korea atas tiket sebagai seorang blogger! Sebenarnya tak dapat nak diungkapkan dengan kata kata, segala rasa yang dilalui sepanjang berada di sana.

Mama dan Saidila di Seoul, Korea
Terima kasih kepada Cosmoderm, Ayden Averroes Travel dan Ben Ashaari atas kepercayaan yang diberi. Syukur, inilah salah satu rezeki sepanjang bergelar ahli #KBBA9.
Sepanjang tahun 2017 ni juga Mama telah berpeluang bekerjasama dengan beberapa buah syarikat terkenal untuk review produk mereka. Rezeki hasil daripada berblog yang dapat dikongsi dengan suami dan anak anak, Alhamdulillah ๐
Kejayaan Kelab Blogger Ben Ashaari
Tidak pernah pudar rasa syukur, kerna dapat jadi sebahagian daripada Kelab Blogger Ben Ashaari. Banyak kejayaan dan sumbangan komuniti ni dalam tahun 2017, yang buat Mama rasa bangga menjadi blogger #KBBA9! Antaranya…
- Kerjasama Dengan Lembaga Zakat Selangor dalam menyebarkan maklumat yang tepat disamping menyeru masyarakat beragama Islam untuk menunaikan tanggungjawab berzakat.
- Lawatan sambil belajar ke Halal Hab JAKIM. Banyak ilmu yang diperolehi para blogger yang hadir tentang persijilan Halal Jakim, serta dapat menyalurkan maklumat tersebut kepada orang ramai.
- Dilantik sebagaiย Komuniti Blogger Rasmi Kejohanan Supermoto FIM Asia. Bangga melihat logo KBBA9 terpampang di litar sirkit dimana berlangsungnya kejohanan ini.
- Program Kembara #KBBA9 ke luar negara dan juga dalam Malaysia, hasil kolaborasi dengan para penaja yang berprestij. Antara lokasi yang telah dijelajahi termasuklah Tanah Aina Fahad, Royal Belum Rainforest, Lost World of Tambun, Perth Australia, New Zealand, Korea dan banyak lagi!

Blogger KBBA9 di Lost World of Tambun

Di Tanah Aina Fahad

Di Perth, Australia

Di New Zealand
Sesungguhnya, dalam KBBA9 kitorang dididik agar tidak berblog secara sia sia, maksudnya menulis bukan sekadar suka suka saja. Tapi biarlah hasil penulisan kita tu akan dapat memberi manfaat kepada pembaca juga. Jadi saham akhirat, InsyaAllah.
Tidak Tertulis Segalanya…
Banyak lagi sebenarnya kenangan sepanjang tahun 2017 ni, pelbagai rezeki hasil berblog dan juga kemanisan yang dirasai secara personal dan juga sebagai sebahagian daripada komuniti KBBA9. Tak dapat nak dicoretkan segalanya disini, cukuplah ianya kekal dalam ingatan Mama saja ๐
Selamat tinggal 2017 yang penuh dengan kenangan indah. Moga tahun 2018 hadir dengan lebih banyak kemanisan dan kejayaan, InsyaAllah…
7,655 total views, 1 views today
Moga terus tercapai impian indah di 2018.
Aaminn.
hebat giler pencapaian.. tahniah
Alhamdulillah rezeki
The best of #kbba9..gudluck sis . Pencapaian yg membanggakan ๐
Thank you ๐