Salam dears… Bayangkan…anak anak atau adik beradik korang dah menang sesuatu pertandingan dan berpeluang mewakili Malaysia. Tapi…tak ada penaja (sponsor), kena cari dana sendiri untuk tanggung segala perbelanjaan. Haaa…bayangkan betapa berdebarnya perasaan, cukup duit tak nak pergi ni?
Mungkin itu lah yang dibermain difikiran pasukan SYNCHRO9 yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, yang telah layak mewakili Malaysia dalam pertandingan ‘F1 in School Technology Challenge’ di Singapura pada September 2017 nanti.
Ohh yaa pertandingan ‘F1 in School’ ni bukannya para pelajar tu bawa kereta F1 untuk berlumba tau. Tapi diorang reka model kereta F1. Err Mama nak cerita tak pandai lah, korang boleh baca lebih lanjut kat blog Nina Mirza pasal kereta yang diorang reka tu. Yang pasti, Mama kagum dengan budak budak ni!

Pasukan SYNCHRO9



Fund Raising Gala Dinner SYNCHRO9 F1 in School World Finals
Untuk makluman semua, pasukan SYNCHRO9 akan mewakili Malaysia dalam pertandingan ini dengan tajaan sendiri. Dengan itu, memohon jasa baik Tuan/Puan budiman untuk membantu pihak sekolah menambah kutipan dana dengan memberikan sumbangan dengan cara pembelian meja sempena MAJLIS GALA DINNER SYNCHRO9
Moga dengan jasa baik Tuan/Puan pasukan sekolah ini dapat menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa dan seterusnya merealisasikan impian pelajar yang terlibat demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

FUND RAISING GALA DINNER SYNCHRO9
Tarikh : 21st April 2017 (Jumaat)
Tempat : Concorde Hotel Shah Alam
Masa : 7:45 – 11 malam
Tetamu Kehormat : DYTM Tengku Amir Shah Bin Sultan Sharafuddin Idris Shah
Raja Muda Selangor
Artis jemputan : Jamal Abdillah
Harga meja
Ruby : RM1,800
Emerald RM5,000
Topaz RM10,000
Buat yang berminat boleh sertakan cheque dialamatkan kepada
PIBG SEK MEN KEB SEKSYEN 9 SHAH ALAM
Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut
Hubungi
Kashnani 019-241 4090
Norazlin 012-266 0669
Datin Azizah 019-359 7550
Good luck team SYNCHRO9! Good luck Malaysia! 🙂
6,183 total views, 1 views today





Ummi tak faham, nak pergi sana kena ada dana sendiri. Y dinner ini utk apa yer, sbb kos dinner pun dah tinggi. Macam bazir disitu jika serius perlukan dana, tak perlukan gala dinner tu kot.
umminani recently posted…Dexandra Perfume Wangi dan boleh bawa solat!
Dinner ni untuk bantu sekolah ni kumpul sumbangan dana melalui jualan meja, dinner ni sponsored & Jamal pun dtg sbg kerja amal. Sek perlu dapatkan dana sebab for now diorang tak ada penaja yang akan tanggung semua perbelanjaan untuk team Synchro9 nanti.
all the best, semoga cukup dana tu nanti
raihanah recently posted…Resveratrol Dalam Vivix Bantu Mitokondria Tingkatkan Tenaga Sel
Aminn…