Salam dears… Dalam pukul 11.30 pagi tadi Mama dapat panggilan dari nombor yang tidak kenali. Bila jawab, suara lelaki tanya “ni emak Faris ke?”. Ishhh masa tu terus berdebar dah rasa.
Rupa rupanya, itu cikgu kelas tempat si kembar ada program cuti sekolah kat kampung Mama. Katanya si Faris tak sempat pergi tandas dan terkotor seluar, dan Faris bagi nombor telefon Mama. Hmm nasib baik lah si kembar ni memang dah hafal nombor Mama.
Bila telefon mak Mama, katanya masa bangun pagi tadi Faris dan Fauzi sedikit tak sihat. Fauzi muntah sekali dan Faris cirit. Tapi lepas tengok diorang ok dan aktif je, maka hantar lah ke sekolah. Dan masa tu mak Mama rasa tak perlu bagitau Mama lagi. Nak tengok dulu macam mana, takut Mama kalut risau je.
Opkos laa kan, kalau tau anak tak sihat je kita dah tak senang duduk kan? Masa tu Mama dah dok berkira kira dah…nak balik kampung atau tidak. Sebab patutnya hari Sabtu nak hadiri acara ‘Kuala Lumpur Modest Fashion Week’, dah lama janji jadi tak sedap juga kalau batal ‘last minute’ kan.
Tapi bila petang tadi mak Mama call lagi bagitau yang diorang bawa si kembar ke klinik sebab si Faris cirit birit lagi, dan si Fauzi pula mengadu sakit perut…ishhh terus Mama buat keputusan nak balik kampung tengok anak anak! Walaupun mak Mama kata takpa, Opah & Wan boleh uruskan si kembar…tapi korang rasa mampu ke nak tahan hati yang meronta ronta nak tengok anak anak depan mata, bila tahu anak anak tak sihat?
Terbayang muka anak anak, tak tahan nak balik tengok diorang dengan mata sendiri!
Tambah plak, masa cakap dengan Fauzi lemah mendayu dayu je dia ngadu “Mama, Fauzi tak sihat ni… Fauzi sakit perut ni Mama, tadi Fauzi muntah….”. Ko rasa? Nak menitik dah air mata Mama masa dengar suara dia tu tau. Lepas tu mak Mama bagitau plak yang doktor kat klinik tu suruh bawa si Faris dan Fauzi ke hospital untuk masukkan drip. Sebab diorang dah banyak kali muntah dan cirit birit, badan lemah dan takut jadi ‘dehydrated’ sangat.
Dah…tak payah pikir panjang dah, terus Mama whatsapp bagitahu sesiapa yang patut untuk tarik diri dari program esok. Lepas tu Mama terus pergi beli tiket bas untuk balik malam ni juga! Nasib baiklah masih ada tiket, dapat tempat duduk yang paling belakang sekali pun tak kisah lah. Janji dapat balik kampung tengok anak anak kan.
Teringin nak pergi, tapi tak dak rezeki tahun ni. Takpalah, anak anak lebih penting kan 🙂
Err…kenapa tak naik kereta je? Ayah kata kereta dah lama tak servis, tak konfiden nak pandu jarak jauh sampai ke Kedah tu. Lebih baik naik bas saja, dapat juga rehat tidur dalam bas malam ni.
Hmm doakan lah moga kami selamat sepanjang perjalanan pergi dan pulang. Dan doakan moga si Faris dan Fauzi cepat sihat ye… 🙂
4,246 total views, 2 views today
Bila anak2 tak sihat kita mak2 ni mmg bimbang ..tambah2 bila anak2 takde kat depan mata..lagila rasa bimbang walaupon kat kg ada nenek tokwan mereka..Kan mama..
Tu laa pasal balik kg jugak, biar puas hati tgk sendiri
risau juga ka klu dapat panggilan tambah2 drpd nombor asing, .. tapi alhamdulillah x da apa2..
Semoga perjalanan balik selamat dan anak2 sembuh segera…
Alhamdulillah dah makin sihat 🙂
semoga kembar cepat sembuh ya…jauh ke kampung nya tu? perasaan nya rasa mcm nak terbang balik kan
Memang pun! Kalau sekali kelip mata dah sampai lagi bagus hehe. Kampung kat kedah. Alhamdulillah diorang dah ok 🙂
Klau sy pun akn pikirkn ank2 dulu. Mereka lbih utama..
Syamimi recently posted…Box Of The Joy | Suprise Dari Lazada Sempena Lazada Online Revolution
Kita geng 🙂