Salam dears… Masa hantar si kembar ke taska pagi semalam, nampak sorang budak menangis meraung raung kat pintu kereta. Budak kecil lagi, rasanya dalam umur 4-5 tahun kot sebab pakai uniform tadika. Mak nya plak, duduk kat seat depan sambil tolak tolak anaknya, macam gaya menghalau ja. Cara…agak kasar sikit.
Masa tengok tu, tersentuh hati Mama. Terasa sedih dan kesian kat anaknya. Rasa macam nak pergi tegur je. Nasib ada cikgu datang tanya mak nya kenapa. Mama dengar mak nya jawab dengan nada tinggi “ni haa buat perangai lagi…sakit hati saya!”, sambil dok tolak tolak lagi anaknya tu.
Aduhaiii…tambah terkedu Mama jadinya. Si kembar pun, macam terhenti depan kereta tu, dok tengok je. Tapi Mama suruh diorang cepat cepat jalan masuk taska dan Mama pun beredar dari situ. Tak tahu lah apa jadi lepas tu.
Tapi Mama terkesan sangat tengok kejadian tu, Ayah pun sama. Ayah kata “boleh dia main tolak tolak je anak dia macam tu”. Pastu Ayah kata dia risau je kot kot bapak budak tu start kereta dan terus jalan (masa tu bapa budak tu dok pegang stereng dah).
Hmm Mama faham, mungkin mak nya stress sebab pagi pagi lagi anaknya dah buat perangai. Dah laa kita tengah kelam kabut nak pergi kerja kan, memang boleh naik hangin satu badan! Mama ni pun garang bak raksaksa gorgon gak, biasa gak marah si kembar pagi pagi. Tapi Mama akan pastikan yang Mama tak akan tinggalkan diorang dalam keadaan tak elok.
Teringat dulu dulu si kembar pun biasa macam tu, meraung tak nak pergi taska, atau buat perangai. Tapi macam mana marah dan lambat pun, Mama & Ayah akan dukung angkat masuk ke taska dan pujuk sampai tangisan reda baru lah tinggalkan diorang. Paling tidak pun, peluk cium dan bagitau yang Mama Ayah sayang kamu! Sebabnya Mama tak nak emosi anak terganggu, seharian dia tunggu kita balik kerja, apa lah yang bermain difikiran anak agaknya kan?
Mama selalu fikir…andai kata itu kali terakhir anak menatap wajah kita, biarlah anak ingat yang baik baik saja. Kalau marah sekali pun, sebelum tinggalkan anak tu pastikan anak tahu kita sayang dia. Pujuk lah dulu. Biarlah kita terlambat masuk kerja dan kena marah dengan bos, daripada anak seharian dok ingat yang kita ni marah kat dia!
Bukan tak pernah dengar…kisah masa hantar anak ke taska, anak masih elok. Tapi petang nak ambik…anak dah kaku tak bernyawa! Atau bayangkan…pagi tu tinggalkan anak dalam keadaan marah marah. Pastu, ajal sampai dan dijemput Illahi. Anak kat taska dok laa tunggu kita tak sampai sampai, tak mustahil anak kecil tu fikir…mak ayah tak nak dia dah sebab dia buat nakal! Budak kecil, apa laa yang dia tahu tentang qada dan qadar kan?
So…seboleh bolehnya, sebelum berpisah berjauhan dengan anak anak walaupun sekejap, pastikan lah yang kita tinggalkan diorang dalam keadaan elok. Sebelum tidur malam pun, pastikan anak anak tahu yang kita ni amat amat amat sayangkan diorang! Jangan biar anak tidur dalam kesedihan atau keresahan, takut ada kesan pada emosi, perilaku dan keyakinan diri (self confidence) anak tu nanti.

Sentiasa ingatkan diri sendiri “kalau lah itu kali terakhir anak jumpa aku, apa yang aku nak anak ingat?“…
11,431 total views, 1 views today





tak tergamak nak tolak2 anak macam tu…at least hantarlah sampai dalam taska..kalau jadi apa2 kat anak,kita jugak yang menyesal…ingat balik kenangan kita bila anak2 di dalam perut…kita belai bersungguh-sungguh…bila dah keluar,belailah dia juga seperti dia di dalam perut..Marah tu memanglah kan,tapi budak,kalau kita berlembut dengan dia,maka lembutlah dia,kalau kita berkeras,keraslah mereka…
Moga dijauhkan sifat seperti itu..
Yup betul tu. Moga dijauhkan drpd kita bersikap camtu gak…
Hurmmm tergamaknya mak dia buat camtu.
Mas kalau stress sekalipun dengan anak menangis masa nak pi taska mesti dukung hantar depan pintu. Pastu cium ckp I Love You dan cakap balik nanti mama beli gula², hehehee! 10 minit lepas tu call teacher anak dah diam.
mas saari recently posted…Pupuk minat anak ke sekolah
Sama laa kita, tak sampai hati nak tinggal macam tu je, mesti dukung gak bawak masuk taska
anak-anak kita marah lepastu kta peluk..kejap dia dah okey…
ema recently posted…Cara Buat Donut Bebola Isi Kentang Lembut Dan Sedap
Anak anak nak perhatian, itu je kan
Allah kasi kita tengok macam tu untuk bagi peringatan pada kita supaya kita tak buat benda yang sama.
IK Tia recently posted…37 minggu : HB naik lepas dapat suntikan inferon
Yup, ada hikmah nampak kejadian tu. Jadi peringatan.
Aduii bab anak ni mmg sensitif. CAm azni ni haaa dah lah susah dpt anak… tp yerlah bersangka baik jer.. ada masalh tu kut.
AZni recently posted…15 Ikhtiar dapatkan zuriat yang aku buat
Mungkin juga, moga tak kan berulang lagi dah
Aduh tersentuh dengan ayat ” Andai itu kali terakhir..” Selalu nampak kadang-kadang ibu bapa buat penderaan mental macam ni tanpa mereka sedari.
Mungkin bagi mereka tu perkara biasa, tapi akan mempengaruhi cara pemikiran anak sepanjang hidup anak tu. Benda-benda yang kena pandang ringan macam ni la yang boleh membawa kepada mental illness seperti anxiety, dan depression.
Semoga dijauhkan dari perkara-perkara macam ni.
dedauncomel.coom recently posted…Cara Ekstrim Untuk Kuruskan Badan Dalam 1 Minggu
Yup betul, tanpa sedar boleh effect mental anak
Kesiannye…. Saya sebolehnye tak nak biarkan anak nangis semasa hantar di taska dan sebelum tidur, sebab akan menganggu emosi anak2… Anak mesti bersebab bila buat perangai…
Yup betul tu
Tersentuh hati saya membaca kisah ni..
Semoga dapat dijadikan sebagai ikhtibar kepada sesiapa yang membacanya.. terutamanya kepada ibu bapa yg masih mempunyai anak2 kecil seperti saya..
anuar recently posted…Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Moga kita semua dijauhkan drpd kesilapan ni
Allahuakbar.. Nape buat anak cenggitu.. Teringat pulak anak sendiri bila baca entry ni.. Moga mak ayah dia sedar sebelum terlambat… Sian anak tu…
Mungkin dia terlalu stress dan tak fikir panjang masa tu. Moga tak kan berulang lagi macam tu…
Kadang- kadang perangai anak memang tak diduga..tapi kalau boleh sebagai seorang ibu kena la kawal perasaan..tak boleh tinggalkan anak dalam keadaan dia tak selesa macam tu..agaknya kalau buat macam tu tenang ke hati di tempat kerja?
Suria Amanda recently posted…Indahnya Dunia Blogging
Opkos tak tenang hati kan
Sed8h kann.. kadang2 kite pun garang kejar2 anak2 tidur… dah lewat nak main lagi..huhu.
Insof!
Tq mamaK3
nor hazmira recently posted…MASALAH SERIUS KENCING BERBUIH?..APA PATUT KITA LAKUKAN?
Garang tak dpt nak elak kdg tu, tapi kena cara nya anak anak tau kita sayang diorang 🙂