Salam dears… Selamat Hari Raya Aidilfitri! So macam mana Raya korang? Tentu berbeza dari tahun tahun sebelum ni kan? Yang pasti bagi Mama, Raya tahun ni memang lain daripada yang lain.
Kalau tahun tahun yang lalu, biasanya hari raya permata kitorang akan pergi ke rumah mak & ayah mertua Mama. Raya kedua plak balik ke rumah parents Mama. Tapi tahun ni, buat pertama kalinya merasa beraya di rumah sendiri ja.
Walaupun rumah mertua dalam negeri yang sama dan boleh merentas daerah, tapi kitorang serba salah nak kesana. Memikirkan mak & ayah mertua warga emas dan ada pelbagai penyakit..biasalah orang tua kan.
Mama plak ada keluar bekerja, Ayah pun ada gak keluar pergi beli barang dapur etc etc, jadi risau memikirkan pelbagai kemungkinan. Takut membahayakan parents in law Mama.
Ye lah kita memang tak minta benda tak elok jadi, tapi memikirkan mencegah lebih baik daripada mengubati, maka kitorang pilih untuk duduk di rumah saja lah.
Cuba Wujudkan Mood Raya

Walaupun duduk di rumah saja, Mama cuba wujudkan juga mood untuk sambut Hari Raya. Belikan juga lah baju Melayu untuk si kembar ni pakai di pagi Raya, Mama & Ayah recycle baju lama ja. Tapi masih bersiap elok elok berbaju Melayu dan baju kurung dipagi Raya. Sebab nak bergambar buat kenangan hehe.
Kuih muih Mama order banyak juga sampai 5 jenis. Sebab tahu order banyak pun konpem habis nya lah walaupun tak dak tetamu. Si kembar tiga ni saja macam ‘piranha’ bab makan, letak laa banyak mana pun kejap ja habis di ngap! Hehehe

Pagi Raya tak sah kalau tak dak rendang, ketupat & lemang kan? Jadi opkos laa Mama kena sediakan juga. Tapi Mama guna yang segera, jimat masa & tenaga, bijak bukan? Hehe. Yang sebenarnya sebab tak pandai nak masak sendiri semua tu hahaha
Rendang ayam & kuah kacang Mama masak guna paste brand Adami ja. Ketupat nasi, ketupat palas & lemang plak beli yang segera brand Nona. Jadi lah asalkan ada. Yang penting, si kembar suka & kejap ja semua licin!

Ziarah Raya Di Alam Maya
Pagi tu lepas sarapan semua kitorang ‘berziarah raya’ dengan family secara virtual melalui video call. Merasa laa gak ‘berkumpul’ di pagi raya walaupun di alam maya saja.
Dapat lah juga tengok baju raya dan kuih raya masing masing hehehe. Jadilah kan? Sedih memang terasa gak laa, tambah plak bila memikirkan mak & abah Mama beraya berdua ja di kampung. Tapi nak buat camna, tak siapa sangka kita akan terpaksa beraya dalam keadaan camni kan? Redha & raikan setakat yang boleh je lah.
Yang penting, syukur semua sihat dan masih dapat sambut hari raya bersama sama walaupun jauh dimata, namun dekat dihati gitteww.
Lepas dah video call dengan family semua, sesi bersalam salaman dan bagi duit raya plak. Tahun ni Mama & Ayah bagi lebih sikit daripada biasa, sebab kesian memikirkan tak pergi mana & tak dapat duit raya macam tahun tahun yang lalu kan.
So cuba lah cover balik setakat yang mampu. Apa lagi..punya lah happy si kembar ni sebab tak sangka masih dapat duit raya 3 angka, siap melompat lompat excited hahahaha
Hmm untuk bagi si kembar ni rasa happy dan special berbanding hari lain..maka Mama benarkan diorang tengok YouTube dan main game sepanjang hari raya pertama tu.
Kalau hari biasa Mama hadkan YouTube & game sejam dua ja, tapi sebab Raya…maka korang enjoylah seharian Mama bagi chance hehe. Apa lagi, seronok lah si kembar ni. Terubatlah juga hati yang tak dapat nak pergi beraya ke rumah atuk, nenek, opah, tok wan macam biasa…

Hmm itu ja lah kenangan Raya Aidilfitri tahun 2020 ni. Memang ‘istimewa’ sangat kannn? Hehehe. Walau apa pun, bersyukur lah masih sihat bernyawa dan berpeluang menyambut Hari Raya, tak gitu? 😉
2,300 total views, 2 views today
selamat hari raya Mama
Selamat hari raya UN 😊
hehe, seronok tengok walaupun raya hanya di rumah. lebih kurang macam IQ jugak.
https://www.izyanbalqis.com/2020/05/sambutan-raya-sederhana-bersama-keluarga.html
Alhamdulillah 😊
Salam Syawal dan Salam ukhwah dari Bunda..
Wsalam 😊
selamat hari raya
seronoknya masih meriah menyambut hari raya
Alhamdulillah 🙂