Salam dears… Semalam Mama dan Ayah pergi tengok wayang. Tapi kami tengok filem yang berbeza. Ayah tonton ‘Rouge One: A Star Wars Story’ dan Mama pula tengok ‘Dangal’, filem terbaru Aamir Khan. Kenapa tonton filem yang berbeza? Sebab Ayah berkeras tak nak tengok filem Hindustan. Penat ajak dia tetap tak nak, siap mencebik “ishh filem Hindustan?”. Chehhh berlagak sungguh…humphhh! Hehehe
Anyways, bila jumpa Ayah lepas keluar dari panggung…nampak muka dia macam kebosanan saja, katanya dia tertidur masa tengok filem Star Wars tu. Tapi Mama? Keluar dengan rasa penuh semangat dan puas hati sangat…sebab filem Dangal ni memang best! Tu laa Mama dah cakap, baik tengok Dangal je, konpem tak akan tertidur punya lah! Sebab tu lah Mama penuh semangat terus tulis review filem Dangal ni haa…

Muka happy dapat paksa laki pi panggung, walaupun tengok filem lain lain hahaha
Sinopsis Filem Dangal
Filem Dangal ni berdasarkan kisah benar tentang Mahavir Singh Phogat (Aamir Khan) seorang bekas ahli gusti India yang terlalu mendambakan anak lelaki. Sebab dia nak latih anak lelakinya untuk memenangi pingat emas diperingkat antarabangsa untuk negaranya. Tapi…lepas bertahun tahun mencuba, kesemua anaknya adalah perempuan.
Dia dah hampir putus asa dah, sampai lah satu hari ni dua orang anaknya iaitu Geeta Phogat (Fatima Sana Shaikh) dan Babita (Sanya Malhotra) terlibat dalam pergaduhan. Sejak dari hari tu Mahavir mula sedar yang tak kiralah lelaki atau perempuan, darah ahli gusti tetap mengalir dalam diri anak anaknya.
Lepas tu dia mula melatih dua anak gadisnya tu untuk bergusti. Walaupun dicemuh masyarakat, dia tetap tak peduli. Dia percaya anak anaknya berbakat dan layak untuk dapat masa depan yang lebih baik daripada sekadar buat kerja rumah-memasak-kahwin-beranak. Haa gitulah lebih kurang.
Trailer filem Dangal
Kenapa Nak Tonton Dangal?
Bagi Mama, Dangal bukan filem Hindustan yang tipikal. Tak ada adengan romantik. Tak ada adengan ayat ayat cinta, menyanyi menari dalam hujan semua tak ada…zero! Yang ada hanyalah kisah kekeluargaan, kasih sayang diantara ayah dan anak. Dan semangat juang yang kental, berusaha mengatasi segala halangan. Juga keberanian untuk ‘melawan arus’, buat sesuatu yang lain daripada lain walaupun masyarakat sekeliling mencemuh.
Masa tengok filem ni emosi Mama naik turun, naik turun. Sekejap rasa “ishh teruknya Ayah dia”, pastu rasa “ishh tak patutnya anak dia”. Part yang kelakar nak gelak pun ada, lepas tu part yang nak nangis pun ada. Ehh bukan nak nangis, tapi memang dah nangis dah pun! Lelaki yang duduk selang satu kerusi sebelah Mama pun nangis gak tau. Walaupun dia cuba cover line, tapi dengar gak dia sok sek sok sek sikit hehehe.
Memang beberapa kali juga lah air mata ku menitis. Terutama sekali masa anaknya mula lupa daratan…dan juga bila anaknya kembali kepangkal jalan. Tengok bapa dan anak nangis….dengan Mama pun join menangis. Aamir Khan lap air mata, Mama pun lap air mata juga hehe. So kalau korang jenis yang dalam hati ada taman, silalah bawa tisu barang sepeket dua tau.

Kesian tengok masa Geeta dan Babita dipaksa potong rambut (gambar Google)
Bila adengan pertandingan gusti si Geeta atau Babita, Mama sama naik berdebar debar! Terutama sekali semasa Geeta bertarung dalam sukan Commonwealth. Rasa macam nak sama sama bersorak “Geeta! Geeta!”. Pastu ketap bibir aii di saat saat terakhir perlawanan tu sebab nebes tinggal lagi 9 saat je….cepatlah Geeta oiii! hahaha…
Kalau korang ni jenis yang suka tidur dalam panggung, tak payah lah pergi tengok Dangal. Sebab konpem korang tak akan tertidur punya lah! Macam mana nak tertidur, tak ada part yang boring pun. Lagu soundtrack nya Dhaakad, Haanikaarak Bapu dan Dangal pun menarik, berbeza daripada lagu Hindustan mendayu dayu yang biasa kita dengar tu.
Hmm terngiang ngiang lagi rentak lagu “Dangal…dangal! Hoii! Hoii!”. Ishhh ni Mama rasa macam nak pergi tengok lagi je. Bila nak repeat ehh?
21,853 total views, 2 views today



Assalamualaikum Puan..
Macam seronok saja kalau tengok di panggung…baca jalan cerita pun dah seronok..
Wsalam. Memang best! Kalau ada masa pergi laa tgk
Berkobar-kobar pulak PC nak tengok la Mama… 🙂
Pi laa tgk PC
La cerita hindi ingatkan cerita tamil tadi. sebab nak tengok wayang tadi semua penuh kecil movie melayu ngan cerita ni tadi. mati2x ingat movie tamil. nak2x plak ada plakon popular tu. mlepas tengok..padah tak tengok trailer dulu..
Bahrain recently posted…Crunchy Banana Pelbagai Perisa Sangat Sedap
Alaa rugi tak tgk
Nak tengok gak.. tapi tak tengok kat wayang kot.. tengok kat tv je. hehehe
Hafiz Rahim recently posted…Berbaloi Ke Pergi Bangi Wonderland?
Janji tgk hehe
wahhhh teruja baca review nani, ni yang terus nak pi tengok.
lagi pun lama dah tak tgk wayang ni.
Sila sila…
Mcm best je..
Memang best!
menariknya, nak ajak suami tgk la dlm masa terdekat
ummi recently posted…Apa aktiviti di hujung minggu?
Pi laa tgk Ummi Nani
okeh.
kena tengok nanti bila ada masa.
titan recently posted…Mokthar Dahari – Lagenda Bola Sepak Malaysia
rindu plak nak pi wayang.
sejak ada budak kecik nih..
dekat 2 tahun tak jejak kaki ke sana.
titan recently posted…Mokthar Dahari – Lagenda Bola Sepak Malaysia
Time anak kecil mmg susah sikit kan, kena cari org tlg jaga jap.
suka sangat kalau amir khan berlakon..
bagilah watak apa…semua best
Yup lakonan dia menjadi
ALaaaaaa….nak pergi tengok la jugak…..tapi takde kawan nak pi tgok..macam mana…
Suria Amanda recently posted…Bekal Hari Ni Kari Ikan Siakap
Pi tgk sorang sorang pun ok ja SA
haaa.. amir khan nyer movie selalunya lain dari lain kan … tp nak ajak abam p tgk.. hurmm..tadk dpt laaa….
azni recently posted…Bangi wonderland theme park.. Jom kita terjun kolam!
Cuba pi tgk sorang sorang kalau boleh
Kalau Amir Khan yang berlakon dalam filem ni mesti best punya…
Kena tengok ni…
Anuar recently posted…Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Pi laa tengok, recommended!
Berbakat betoi Aamir Khan ni… ingat lagi masa zaman 1998 filem kuch kuch hota hai meletup.. time tu sekolah menengah lagi…. since dari filem tu… ramai pelakon2 hindi baru dgn filem2 baru.. antara yg masih bertahan amir khan hehe
imnajmi recently posted…Rahsia di sebalik rahsia De Javu
Yup Aamir Khan ni legend! hehe
OMG DAH TENGOK. Come on guys sapa x tgk lg pls tengok sebab mmg worth it every cents ok. I still cannot move on with this movie! Totally a must watch gurlszz & boyszzzzz ehehe. Btw aamir khan comel namati bila berisi sikit
Kannn…memang ‘must watch’!
aida x tgk lg ni.
but bila baca entry nani ni, terkenang kan satu video pasal amir khan.
dari gemok gitu and kurus within 6 weeks kot.
terus kurus and sado tau!
adianiez AIDA recently posted…Lasagna Roti Dengan Butterfly Electric Oven (B-5243) 43L
Dia mmg gemukkan badan pastu sadokan balik utk filem ni
Memang berbaloi tengok filem ni
shiqeen sattar recently posted…Resepi Kuih Keria Gula Melaka Paling Simple
Kan…best!