Salam dears… Sepanjang cuti sekolah bulan Disember yang lalu si kembar balik duduk kat kampung. Salah satu benda yang paling best untuk si kembar bila balik kampung ialah Opah dan Tok Wan rajin melayan bawa jalan jalan. Tambah plak bila bawa pergi berkelah dan mandi manda di Air Terjun Junjung, Kulim, Kedah. Perghh memang seronok enjoy sakan laa dak tecik 3 orang ni!
Mama pun ambil kesempatan pergi ke Air Terjun Junjung tu juga masa balik nak ambil si kembar ni hari tu. Tapi Mama tak sempat nak explore sangat pun kat kawasan air terjun tu sebab nak tengokkan si kembar tiga ni kan. Sampai ja terus parking dan mandi kat tempat yang Abah Mama pilih.
Sebab kat situ air tak dalam sangat, setakat pinggang si kembar ni ja. Jadi rasa selamat sikit nak biar diorang bebas mandi manda, tapi tetap kena pantau juga laa. Memang berkubang sakan lah si kembar ni. Dengan Mama si kembar ni pun sama naik berkubang hehehe.

Air Terjun Junjung ni terletak di Kulim, Kedah. Nak senang korang Waze je lah, Mama tak pandai nak cerita macam mana nak pergi sana. Geografi fail hahaha

Kitorang mandi kat kawasan ni je, sebab air tak dalam sangat dan redup. Aii kenot tahan kalau mandi bawah panas terik matahari *mengada*

Air terjun mini gitu, cantik kan? Budak budak boleh baring gak kat situ.

Mari berkubang!

Nasib baik bawa bekal, semua pulun makan bertambah tambah. Biasa laa, dah main air mesti kelaparan kan?

Tenang je…

Ada tempat nak lepak. Tapi sayang…tak berapa terjaga sangat kawasan air terjun ni.

Air tak jernih sangat, rasanya bukan sebab kotor tapi sebab warna pasir.

Kawasan bertentangan dengan tempat kitorang mandi. Mama tak pergi pun kesana sebab masa tu ramai budak budak lelaki dok mandi kat situ.

Cantikkan? Gambar ni Mama cilok dari blog Mummy JA. Tapi tak pasti yang ni kat kawasan mana, sebab kitorang mandi setempat je. Lain kali pergi nak explore cari yang ni plak.

Posing dulu sebelum balik. Tengok lah tu…gaya masing masing bukan main lagi kan? Hehehe
Kalau korang nak pergi ke Air Terjun Junjung ni, Mama rasa elok lah korang bawa bekal makanan & minuman sendiri. Sebab rasa macam tak ada pun gerai jual makan minum kat situ. Mungkin juga Mama yang tak perasan kot? Ntah lah.. Tapi lebih baik bawa je lah kan, konpem kelaparan tu lepas main air.
Lagi satu…daripada yang Mama nampak hari tu, kawasan air terjun ni macam tak terjaga sangat. Mak Mama kata, tandas dan tempat salin baju pun tak berapa elok. Budak budak macam si kembar ni takpa lah juga, boleh salin baju kat kawasan terbuka je, sambil kitorang cover dengan tuala kan.
Tapi Mama dan mak Mama, kitorang balik salin baju kat rumah. Balut badan dengan kain tuala, lapik seat kereta dan masuk dalam kereta dengan baju basah tu. Nasib baik lah rumah tak jauh. Tapi kesejukan juga lah dalam kereta hehehe.
Apa apa pun, memang puas laa si kembar ni mandi manda di Air Terjun Junjung ni. Berkali kali ajak balik pun tak nak. Rasanya dekat 3 – 4 jam juga kitorang kat sana. Sakan berkubang sampai kecut jari masing masing lah. Mama ni risau juga berendam dalam air lama lama macam tu, takut dada tak tahan kang jadi semput plak. Nasib baik lah ada Minyak Herba Asmak, lepas mandi tu Mama sapukan kat dada dan belakang diorang untuk elakkan batuk.
InsyaAllah lain kali balik kampung nak pergi berkelah lagi kat sini. Tapi harap harap lain kali pergi, keadaan tempat tu dah makin elok lah. Hmm tempat best, tapi tak terjaga sangat…sayang kan?…
19,748 total views, 2 views today




Air terjun Junjung ni cantik. Pernah jugak pergi mandi masa balik rumah mertua. Huuu
Yup mmg kawasan cantik
Cantik kawasannya mama..bila cari kawasan yang tak berapa dalam..tak risau sangat kembar nak mandikan…
Yup, tak risau sgt biar diorang mandi puas puas
dah lama jugak tak gi mandi air terjun.
rindu plak rasanya.
titan recently posted…Minyak Herba Asmak Penawar Asma pada Bayi
Bawa laa anak anak, mesti enjoy.
paling ohsem dlm gambo ni ialah kembar bertiga.
tang baju tu, memang ohsem la nani 🙂
aida setakat ni x pernah bwk anak2 ke air terjun.
pernah plan nak ke ulu bendul and sagil, tapi lom lagi tercapai hasrat 🙂
InsyaAllah bila kena masanya ada laa tu rezeki aida bwk anak anak enjoy mandi air terjun tu
Dah lama jugak x mandi air terjun…
Suria Amanda recently posted…Faiz Subri Wira Negara Harumkan Malaysia!
Bawak la anak anak, sekali sekala enjoy best
LoL banyak dah berubah.. lama dah tak pegi.. last pegi masa zaman student dulu huhu
imnajmi recently posted…ALK Momot Episod 2
Mungkin dulu lagi cantik?
Kalau blik rumah mama kat kulim.. mmg selalu pegi piknik situ.. hehe.
nor hazmira recently posted…OmegaGuard Shaklee
Tapi tengok jugak.. kadang2 pergi tempatnya kotor. Aishh… org yg duduk2 situ suka tggalkan sampah.. sedihhh
nor hazmira recently posted…OmegaGuard Shaklee
Tu laa sayang bila tempat cantik macam ni tapi ada yg tak pandai nak jaga kebersihan
Kampung saya ni. Saya tinggal di Kg Air Putih 4km ke Air Terjun Junjong. Musim Buah sangat best. Skg 2022 Air Terjun masih Sama 🙁